Maal Hijrah
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1428.
Semalam aku sempat menyambut di surau Vista. Sampai dalam jam 7 petang, Ustaz dah mula memberi tazkirah. Kebelakangan ini memang aku kurang memberi tumpuan dalam mendengar tazkirah-tazkirah... fikiran aku sentiasa melayang-layang... Alhamdulillah, aku dapat satu cerita yang sungguh menarik semalam, yang mana ceritanya lebih kurang begini:
Pada zaman Nabi Musa a.s., ada suatu hari, baginda berjalan-jalan dan telah didatangi oleh orang kaya. Bertanya orang kaya "Wahai nabi Allah, bagaimanakan aku mahu mengurangkan rezeki yang diberi oleh Allah?". Jawab nabi Musa a.s "Cuba kamu berhenti bersyukur. Nescaya Allah akan mengurangkan rezeki kamu". Kemudian menjawab orang kaya tersebut "Bagaimana aku boleh berhenti bersyukur? Sedangkan itu merupakan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan
terhadap sebarang rezeki yang aku terima". Dan dalam pada itu, rezeki orang kaya
itu terus bertambah.... kemudian Nabi Musa a.s. berjalan lagi... kali ini baginda di datangi dengan seorang yang amat daif, kurus dan miskin. Bertanya orang miskin ini "Wahai Nabi Allah, Bagaimana boleh aku hidup senang dan kaya?". Berkata Nabi Musa a.s. "Cuba kamu bersyukur". Berkata kembali orang miskin itu "Bagaimana aku boleh bersyukur? Tidak nampakkah kamu betapa kurus dan kotornya diri aku ini?" dan tiba-tiba datang satu angin dan menerbangkan pakaian daun orang miskin ini sehinggakan dia tidak memiliki apa-apa lagi.....
Lebih kurang begitulah cerita ustaz... kemudian ustaz menyambung.... semua yang berada di muka bumi ini (baik makan, harta, kecantikan, usia, malu, marah, dsb) adalah bersifat sementara... manakala semua yang ada di akhirat adalah kekal... Insya-Allah...
0 komen