Alhamdulillah... tak tau apa yang boleh aku ucapkan lagi dah... memang apa yang berlaku semua kehendak Allah swt. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan merancang. Sebaik mana pun perancangan kita, memang tidak boleh lari dengan perancangan Allah. Semua ini ada hikmah yang besar di sebaliknya. Betapa kita cuba mengelak sekali pun... apa yang di tetapkan akan di tentukan juga....
Semalam, bermulalah episod aku bersendirian. Kali ini tiada tempoh masa diberi. Setakat yang aku pasti, kemungkinan untuk selamanya. Kehidupan aku dah kembali kepada basic. Aku menyewa sebuah bilik kosong. Pada mulanya, aku cuba mencari apa yang aku hilang... tapi aku dapat rasakan semua ini biasa pada aku. Aku memang selalu hidup sendirian. Aku terlalu kerap di tinggalkan walaupun ada kalanya aku memohon untuk tidak di tinggalkan. Tetapi aku tidak mahu menjadi penghalang kepada sesiapa. AKu tidak mahu mengawal hidup sesiapa. Aku tidak mahu memaksa diri aku berbuat apa yang orang lain tidak suka.
Bila kemas-kemas semalam, aku dah buat beberapa senarai barangan yang aku raaskan perlu. Pertama aku hendak ambil bakul baju, rak buku kecik dan kipas. Kemudian bulan depan jika ada rezeki, insya-Allah aku akan beli cermin, tempat gosok baju dan rak gantung baju. Memandang aku nie seorang yang pemalas, jadi aku berkemungkinan besar akan menghantar ke Dobi jer semua baju-baju kotor aku.
Tempat tidur
Bantal dan anak patung anak-anak
Hakikatnya aku memang rindu kepada kehidupan aku yang sebelum ini... memang terlalu sebak rasa di hati bila mengenangkan semua yang berlaku. Aku paling rindu pada anak-anak aku... ada lebih kurang sebulan untuk aku berjumpa dengan anak-anak aku lagi.... insya-Allah. Buat masa ini aku boleh membuat persiapan untuk menerima kehadiran anak-anak aku pulak.
Kita semua tertipu, ditipu dan menipu..................
0 komen