BonusCoin Banner

Isnin, Jun 30, 2008

MEMANG ALLAH SENGAJA

Kutip daripada blog Kak Eycha exTDK. Menarik untuk di kongsikan bersama...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
hmm... no komen...

Khamis, Jun 26, 2008

menarik

Kita merancang, Allah juga merancang... sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah...

hmmm.... itu antara pegangan aku... susah nak kata apa-apa buat masa ini... hakikatnya... hidup aku penuh dengan perancangan... perancangan hari ini, perancangan hari esok... perancangan hari-hari seterusnya... sehinggalah perancangan untuk semua... tapi... mampukah aku?

Pagi tadi, ada sesuatu yang mengamit jiwa... mungkin disebabkan kenangan-kenangan lalu... dan mungkin juga disebabkan perancangan-perancangan lalu... tiada apa yang boleh aku buat sekarang melainkan menyusun strategi-strategi baru... apa yang aku mahukan? apa yang aku harapkan? apa dan apa???? dan apa yang aku taip nie???

hari nie sibuk sedikit... jadual-jadual perancangan aku banyak yang tidak dapat dilaksanakan... schedule kerja aku kena ubah sedikit (sedikit???)... banyak sebenarnya... kehendak pelanggan... siapalah aku.... dan aku seronok dengan ini semua...

dan... blog aku yang disangkakan kosong... sebenarnya telah dipantau oleh beberapa individu... lama aku tidak update... mana gambar-gambar yang lain... apa dah jadi? di mana? bagaimana?...... aku merepek lagi...

Rabu, Jun 25, 2008

hmmm

apa nak kata yerk???

satu jer kot.. pepatah ingeris... "Hungry Man is Angry Man"

Masih lagi sibuk bekerja...

Jumaat, Jun 06, 2008

Stress Level

hmm... minyak naik lagi... terima kasih Pak Lah dan rakan-rakan.... hadiah ini memang sudah dijangka... banyak idea yang nak dicurah... tetapi apa gunanya... cakap-cakap hanya permainan sahaja... nak kata tak cuba... mmg aku ada cuba-cuba jadi pemimpin... Insya-Allah...

Di Bangkok, aku di kejutkan dengan berita kenaikan harga bahan bakar Petrol oleh Parti Barang Naik... macamana nak penuhkan tangki kereta nie? Bertalu-talu sms yang masuk... aku hanya terpaku dan mengenang nasib keluarga aku selepas ini... teruk sangat ke ekonomi negara? Takut sangat kah Malaysia dengan rakyat Singapura? Berbaloikah pulangan RM625 yang dijanjikan? Macamana lagi aku nak ubah gaya hidup?

Aku tak sempat nak memenuhkan tangki petrol kereta... al-maklum... bercuti ke Bangkok minggu lalu... tetapi hari ini, stress level di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang adalah tinggi... Di opis, kawan-kawan dah mula merunggut... kenaikan gaji baru-baru ini dikatakan tidak mencukupi...

Perkiraan aku :



tahun 2000 harga minyak baru RM1.20 (selepas naik RM0.10 pada 1hb okt. 2000), Gaji aku pada waktu itu RM1,707... jadi aku menghabiskan kira-kira 0.07% seliter daripada gaji...


hari ini, Harga minyak petrol RM2.70 (selepas kenaikan RM0.78 pada 5hb Jun
2008), gaji aku lebih kurang RM3,000... jadi aku menghabiskan kira-kira 0.09% seliter daripada gaji... ATAU... gaji pekerja baru selepas pelarasan... RM2,009... terpaksa membelanjakan 0.13% seliter minyak petrol daripada gaji..


Hakikatnya... aku kena belanja lebih untuk penggunaan yang sama... dan kehidupan aku dalam keadaan CELAKA (ciri-ciri orang berjaya...). Dan dalam aku di naikkan pangkat... di naikkan gred... aku di tipu oleh kerajaan yang bukan aku pilih...

hmm... itu belum pengiraan gaji kakitangan kerajaan... lagi menyedihkan...

Stress level di mana-mana yang aku pergi agak meningkat... Pegawai Bank yang selalunya tersenyum... hari ini melayan aku macam ^%^$&*(T%... Pegawai MPKJ tidak boleh bertolak ansur... meter parking kereta dan kereta aku adalah jauh... dia berkeras mengeluarkan saman, atas alasan dia dah print... cendol depan pejabat sudah menjadi RM1.70 (sebelum ini RM1.30)... itu baru sedikit... tak kira lagi beberapa kawan dah mula meminjam duit... harga roti canai dah naik RM0.90.... hmm...

UBAH GAYA HIDUP... hari tue dah kena makan separuh pinggan... ini kena buang lagi separuh... secara umumnya, aku cuma dapat makan suku sahaja daripada selayaknya....

Sampai bila kita mahu berdiam diri? Memang aku ada rasa nak bunuh diri bila buat semua kajian ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...