BonusCoin Banner

Sabtu, November 29, 2008

KLIFF 2008

Photobucket - KLIFF 2008

Sempat gak aku n Fit pergi Anugerah KL International Film Festival 2008. Nie kira kali pertama aku dan Fit attend majlis bersiaran langsung... sebelum nie tengok kat TV jer... kira dapat pengalaman barulah...

camanapun, terima kasih bebanyak kepada Pengerusi FINAS a.k.a Y.B. Razali Ibrahim yang sudi menjemput warga-warga extdk mengikuti majlis. Kami sampai agak awal atau on time, dan dapat ler seat yang agak baik. Di situ gak aku jumpa member exUKM dan exNIOSH... Fairuz dan Saiful Buri... Tak kemana dunia nie, tak jumpa kat Bangi, di PWTC kita berjumpa...

Majlis kena berbaju Batik... dan lepas nie kena beli banyak lagi baju batiklah gamaknya... aku cuma ada 3 helai dan dua daripadanya sama warna dan agak lama dah aku pakai... lebihan bonus hujung tahun boleh ler aku buat tambah stok baju batik... insya-Allah...

Jumaat, November 28, 2008

NIOSH 2009 Business Plan

Satu minggu duduk Mahkota Century Melaka. Attend NIOSH 2009 Business Plan.... sungguh penat dan letih... meeting dan discussion dari jam 8 pagi sampailah 11malam... ada hari tue sampai 1 pagi...

Penat n mengantuk masih tak abis...

Ahad, November 16, 2008

warded lagi

Semalam Fit warded lagi... first warded last week, balik dari Concert Krista di Wisma MAA. Last week ada rasa sakit-sakit, jadi balik singgah Hospital Pakar An-Nur. Dr check kemudian arah di warded... dari jam 7.30 malam, duduk dalam labor room sampai laa jam tengahari isnin 10hb nov.

Sabtu (15 nov) pergi buat weekly check-up... kena tahan lagi... duduk laa kami 4 beranak di ward 1 hari... Fit sepatutnya due 15 dec 2008. Last week kalau bersalin kira pre-mature atau tak cukup bulan... minggu nie kira cukup-cukup bulan jer...

Tengahari tadi Dr discharge dari ward... balik rehat kat rumah lagi... tengahari singgah rumah Zaitul Husna (kawan fit), dia jemput lunch... balik dalam jam 3 terus pengsan kat rumah... penat wooo tido wad...

Selasa, November 11, 2008

Tong NGV Meletup

Berita dah beberapa hari, cuma malam nie ada masa sedikit.... disebabkan aku ada seorang kawan yang menjadi promoter NGV nie... tong yang sebenar atau ori, memang mendapat pengesahan daripada DOSH.

Daripada Forum NIOSH

beberapa isu keselamatan yg timbul akibat dr tragedi ini:

  1. Disebabkan harga minyak yg tinggi dan kos pemasangan NGV yg tinggi, org mencari jln untuk mengurangkan beban tersebut dengan mengubah suai tong gas masak kat umah menjadi tabung NGV (which is i think dangerous)..
  2. Pemantauan ke atas syarikat2 atau bengkel2 yg memasang NGV, adakah
    mereka benar2 kompeten/bertauliah atau hanya menangguk di air keruh (untuk mengambil kesempatan/keuntungan atas keadaan semasa)
  3. Sekiranya terbukti sesuatu kemalangan berlaku disebabkan kesilapan
    pemasangan, apa peruntukan perundangan ke atas syarikat2 atau bengkel yg
    bertanggung jawab.
  4. Etika mereka yg terlibat dlm pemasangan NVG ini.. (Ada org dtg bawa tong gas masak suruh pasang jadi NGV, belasah pasang je or....)

Yg pasti, jadi mangsa adalah rakyat/ masyarakat..

Jawapan daripada NIOSH;

Ulasan ini hanyalah satu kemungkinan, berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam akhbar.

  1. Modifikasi ini adalah buatan sendiri, bukan dibuat oleh syarikat pemasang NGV. Syarikat pemasang NGV tidak akan menggunakan tangki LPG,sebab itu akan menyebabkan lesennya dicabut! Syarikat pemasang akan memberi pilihan tong yang paling murah, dari luar negeri, dari Brasil, China, -tapi masih memenuhi syarat.
  2. Saya percaya Van ini sudah dipasang dengan tangki NGV, sebab kalau belum dipasang, semua sistem assesorinya takkan ada. Tangki NGV asli ini dipasang kat belakang.
  3. Masalahnya, dengan satu tangki, hanya boleh jalan 150 km, sedangkan simamat ini selalu berjalan jauh. Maka dia perlukan 2 tangki! Maka dia pun pasang tangki LPG sebagai pengandung NGV tambahan, dan ini diletakkan dibawah tempat duduk hadapan. Gas keluar disambung terus kepada sistem yang telah sedia ada.
  4. Sekarang, apa yang terjadi : Tangki LPG dibina dengan tekanan maksimum 20 bar, atau 300 psi sahaja. LPG terdiri dari Propana 70% dan Butana 30%. Butana hampir tiada tekanan - iaitu gas untuk pemetik api. Tangki NGV bukan untuk gas yang dicairkan - tetapi gas yang dimampatkan! dan tekanan yang diperlukan adalah 200 bar, atau 3,000 psi! Tekanan gas di stesen minyak mungkin mencapai 3,500 psi!
  5. Apabila tangki LPG ini diisi, tangki ini tidak mampu menerima tekanan tersebut dan meletup - ini letupan fisikal! dan gas pun keluar. Gas ini
    terus terbakar oleh enjin yang hidup, dan ini menyebabkan letupan kedua, letupan kebakaran! Letupan2 ini sangat cepat sehingga mungkin tidak ada orang yang sedar ada 2 letupan!

Saya harap penjelasan ini adalah memuaskan. Tanggung jawab kita untuk memberi tahu masyarakat bahawa Tangki LPG hanya mampu menampung sepersepuluh daripada tekanan NGV! Menggunakan tankgi LPG untuk NGV berarti menempah maut.

Ir Daud Sulaiman

Apa yang layak aku komen???

Ahad, November 09, 2008

Krista Concert 2008

Pagi nie ke Menara MAA, ada Majlis Graduasi dan Konsert Tadika Krista. Nuqman dan Iman ambil bahagian dalam konsert "Sound of Music". Dah berminggu Nuqman dan Pica asyik nyanyi lagu Do-Re-Mi dan So Long, Farewell.... sampai tido pon terngiang-ngiang lagu tue...kemudian, Nuqman buat tarian joget dan Iman buat gimrama.

Majlis start jam 2 ptg, kami sekeluarga jam 12.46 dah sampai... dah ada parent yang sampai pon... boleh ler pilih seat yang elok sikit... Majlis start dengan graduasi pelajar K2 (6 tahun), Nuqman bagitau majlis orang dapat hadiah... kira boleh lah...

Majlis tahun nie merupakan gabungan 4 buah tadika Krista, iaitu daripada Seri Putra, Nilai Impian, Puchong Hartamas dan Seri Kembangan (ye kot)... banyak gak Krista nih...

Comel sangat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...