BonusCoin Banner

Sabtu, Oktober 22, 2011

Jalan-jalan Bratislava, Slovakia




Hari ini sewa kereta (2nd time) dengan niat nak cari Tesco. Shopping center yang ada sekitar Vienna tak cukup hyper. Kerajaan Austria tak berapa gemar rakyat dia membazir dengan berbelanja. Jadi kedai-kedai tak berapa banyak barang (yang melampau) dan lagi semua kedai mesti tutup setiap ahad. Bagus gak ide ni, hari ahad memang banyak luang masa dengan keluarga dan berehat... Esoknya boleh bekerja dengan semangat.




Lepas sewa kereta amik mak dan anak-anak di rumah dan terus search TESCO kat Garmin. Yang paling dekat 66km di Bratislava, Slovakia. Memula ingat nak ke Budapes, Hungary. Dah separuh perjalanan baru perasan kami menuju ke Slovakia.

Sampai di persimpangan masuk bandar Bratislava, kami amik keputusan jalan-jalan dalam bandar. Sekali lagi guna khidmat pakcik Garmin dan search Point of interest. Asal nampak nama Palac (main agak Palace) dan terus set kesana. Alhamdulillah sampai kami ke Istana Bratislava.




Istana yang dibangun sejak tahun 900an lagi. Kiranya lebih seribu tahun dah istana ni. Istana Bratislavsk├┐ HRAD, ni terletak di kawasan tinggi.


Dari atas istana ni boleh nampak sungai yang merentasi bandar Bratislava. Sungai ni terus bersambung dari Vienna kalau tak silap. Alhamdulillah cuaca sungguh cerah, memang berbaloi berjalan. Suhu pun boleh tahan gak, dalam 9 - 12.5 darjah C. Irisa siap boleh tinggalkan jacket lah.




Dekat kawasan istana ni dalam 20 minitlah jugak. Turun amik gambar dan beli fridge magnet dan keychain. Merasalah jugak berjalan-jalan ke negara jiran. Dah lebih 3 minggu kami berhijrah di Vienna ni, kena mula rajin berjalan. Mudah-mudahan banyak berjalan ni dapat mempeluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman anak-anak kami, Insya-Allah.




Lepas melawat istana kami singgah lagi satu tempat perlancongan. Kali ini di tengah bandar Bratislava. Tak kan nak pergi Tesco je... Kasi peluang pakcik Garmin tunjuk arah, kali ini pilih salah satu nama yang aku terbaca di poskad. Seronok...




Kemudian baru kami ke Tesco. Dapatlah Nuqman senyum sikit, kalau tak asyik merunggut je. Akhirnya shopping kami hari ini berhasil dan belanja lebih €330 gak lah. Susah nak belanja lebih €100 di supermarket di Vienna. Melainkan aku beli mainanlah. Cuma belanja kami di Tesco memerlukan 2 buah trolly.




Hampir sejam gak kami bershopping di Tesco Petr┼żalka, Slovakia. Perjalanan balik amik masa 45 minit. Dan memang kena balik awal sebab dah janji nak tengok kereta dan malam nak makan kambing bakar.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bratislava, Slovakia

Ahad, Oktober 16, 2011

Naikkan page rank

Hampir sebulan aku tak berblog. Malam ini aku cuba search "Safety and Health" di pakcik Google, saja nak tahu dimana website www.mysafetyandhealth.com berada... Selak punya selak kat page 28 baru keluar. Hmmmm, banyak lagi yang perlu aku lakukan. Minggu ni dah kena berusaha lebih sedikit. Insya-Allah minggu ini aku nak start berblog lebih serius. Aku akan sediakan masa dalam sejam dahulu unyuk bekerja. Dan tengok balik, macam mana keadaan dalam minggu depan. Kalau rank tak naik 2-3 page, alamatnya aku kena ubahsuai matlamat hidup aku ni.

Aku yakin, perkara ini boleh berubah. Dan sekiranya ok bulan depan aku nak beli balik domain is150.net. Ok, cukup berangan dah mula untuk aku lebih serius...

- Posted using BlogPress from my iPad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...