BonusCoin Banner

Isnin, Ogos 13, 2012

separuh penuh atau separuh kosong

Alhamdulillah, setelah seminggu berpindah rumah baru hari ini sempat duduk dan mengadap komputer. Penat pindah dalam bulan ramadhan ni. Dah seminggu pun masih banyak lagi kotak dan beg bergelimpangan sekitar rumah. Buat ala kadar sahaja dengan niat hendak kemas selepas berbuka. Cuma  bila berbuka selepas jam 8 suku malam, solat maghrib sehingga selesai terawikh, rasa dah semakin lewat. Esok ajelah kami kemas.

Pagi ni sempat baca blog-blog melalui google reader. Membaca blog-blog pilihan, dari semua sumber baik dari pro atau tidak. Antara bahan yang banyak dilihat ialah blog-blog mesra kerajaan sedia ada memperlekehkan PAS. Mungkin ada salah seorang wartawan sempat bertanya kepada Presiden Pas, TG Abdul Hadi Awang mengenai kesediaan menjadi Perdana Menteri. Dan percayalah, apa pun jawapan beliau akan di jadikan berita bergambaran negatif.

Dengan jawapan yang diberi, mereka memberi gambaran yang PAS sebuah parti tidak bercita-cita tinggi. Tidak mampu dan layak mentadbir negara. Bagaimana kalau jawapan yang sebaliknya pula diberi oleh Tuan Presiden? Sudah pasti mereka akan menulis Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir. Mereka hanya mahukan kuasa, masing-masing merebut untuk menjadi Perdana Menteri. Dan bagaimana pula jika di berikan jawapan 'tiada komen'. Macam jawapan-jawapan piawai artis-artis. Pun mereka boleh putarkan cerita di mana-mana belah yang mereka mahu.

Teringat pada satu post di dinding mukabuku, buatlah apa pun mesti ada yang tak kena. Itu sudah lumrah manusia, dan kita perlu bersyukur kerana Allah swt dalam masa yang sama menjadikan manusia itu mudah lupa. Inilah yang menjadikan manusia itu sempurna.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...