BonusCoin Banner

Isnin, Januari 21, 2013

Buang

Tak suka buang... Sebelum ini aku memang antara seorang manusia penyimpan. Habis penuh seluruh pelosok rumah dengan barang-barang lama. Semua nya rasa sayang nak buang. Meskipun sudah rosak. Rasanya boleh diperbaiki suatu hari nanti. Cuma masalahnya tak pernah pun baiki.


Perangai ini aku terbawak-bawak sehinggalah aku berkahwin. Bila dah berumahtangga, pemikiran individu tidak boleh di guna lagi. Status rumah adalah milik keluarga. Dan aku mula belajar BUANG. Tak suka, BUANG. Dah lama, BUANG. Menyampah, BUANG....

Khamis, Januari 17, 2013

Salju di bumi Vienna

Sehari dua ni agak lebat snow turun berbanding tahun lepas. Seharian memenuhi bumi. Mengikut berita snow boleh turun sehingga setengah meter tinggi.

Pergi sekolah pagi ni agak lewat. Walaupun keluar rumah awal dari biasa. Biasanya keluar jam 7:45. Pagi ni kami sekeluarga keluar 7:30 pagi. Jalan dipenuhi snow membuatkan anak-anak berjalan perlahsn sambil menikmati snow ysng menengelami kasut.

Selepas menghantar Irisa, kami menyambung perjalanan dengan bas 23A. Dengan snow yang agak tebal, laluan kenderaan dipenuhi salji. Di kiri kanan jalan sibuk dengan jentera-jentera penolak salji sama ada manusia mahupun mesin. Kekerapan bas agak kurang akibat perkalan yang di atas salji yang agak sukar. Terasa beban enjin bas cuba bergerak di atas salji-salji yang licin.

Satu pengalaman baru aku hari ini, walaupun kereta selamat memarkir di dalam garaj. Akibat salju yang menebal. Petang ini kereta tidak dapat dikeluarkan dari garaj. Sedikit pun tidak berganjak apabila cuba untuk keluar dari garaj walaupun pedal minyak telah ditekan sehingga ke lantai.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...