BonusCoin Banner

Rabu, September 25, 2013

Harga kereta

Menarik dalam majalah minggu ni... Perbandingan harga kereta di Austria selepas 13 tahun. Perbandingan di buat sejak pembentukan EU.

Kalau ikutkan kadar inflasi, selepas lebih 10 tahun lebih kurang pertambahan 25 peratus. Kalau setahun 1-3%, kan dekat 25% naik. Roti canai kat depan pejabat dulu pun naik. Dari RM0.50 jadi RM0.80 paling murah... Itu dah naik 60%.



Mula terfikir... Harga-harga kereta di Malaysia. Ada buat perbandingan? Meningkat banyak macam di Austria tak?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Portheimgasse,Vienna,Austria

Khamis, September 19, 2013

Mari menabung

Tahun ni Nuqman masuk gred 5. Gred pra menengah. Dah mula banyak belajar dan lebih bertanggungjawab. Jadi tahun ni, Nuqman dah mula bawa duit poket ke sekolah. Bawak €2 je pon.

Jadi menggalakkan Nuqman menyimpan, aku sediakan tabung. Tabung siap ada counter automatik. €7 je kat Conrad Geweberpark. Memang best.



Bila tengok ada counter, semua nak sorang satu. Punyalah seronok simpan duit, kekadang tu dapat je syiling terus masuk tabung. Tak bawa pergi sekolah pon.

Selamat menyimpan...

Ahad, September 15, 2013

Visit Austria : Carnuntum

Jalan-jalan petang. Dah 2 tahun kami menetap di Austria, dan dalam pada itu dah berpuluh kali kami ke Parndorf untuk membeli belah. Baik belanja sendiri atau membawa kawan-kawan. Dan dalam pada itu jugalah, kami akan lihat signage 'Carnuntum' di lebuhraya.

Hari ini, Alhamdulillah kami singgah. Apa dia Carnuntum ni? Carnuntum ni merupakan kem tentera Rom pada 6 masihi sehinggalah kurun ke-4.  Bandar tentera Rom ini dikatakan seluas 10 km/segi.

Muzium Terbuka Carnuntum
Ismail di Tapak Arkeologi Carnuntum
Kawasan ini merupakan muzium terbuka dan bayaran masuk hanyalah EUR 10 untuk dewasa dan percuma buat kanak-kanak di bawah 10 tahun. Yang menariknya tiket masuk sah sehingga bulan November. Jadi bolehlah kami melawat lagi Carnuntum ni.

Antara yang menarik di Carnuntum ni ialah bagaimana rumah-rumahnya di lengkapi dengan sistem pemanasan bawah lantai. Tapak-tapak bangunan besar yang tidak di ketahui fungsinya. Daripada susun atur bangunan boleh di andaikan sebagai hospital, hotel atau pasar.

Antara batu nesanyang dijumpai

Pameran interaktif mengenai penduduk-penduduk Rom

Perkuburan Carnuntum pada 1800 tahun lalu

Antara Panji-panji batalion Rom

Fitriah dan Mak

Tapak perumahan Rom


Di hadapan rumah zaman Rom

Dapur rumah zaman Rom

Dapur rumah zaman Rom


Rabu, September 11, 2013

Honeywell NaturAir

Semalam di Multikauf ada midnight sale. Ini kali ke dua kami ke midnight sale di Vienna. Biasanya midnight sale ni berlangsung dari jam 6 ptg ke 10 mlm. Habis €250 gak la semalam. Tapi kira ok sebab seluruh barang ada potongan 10%.

Akhirnya kami beli humidifier untuk rumah. Dah banyak kali tengok cuma tak terbeli. Sepatutnya balik buat kajian dulu mana yang ok. Tapi dah lewat sangat, kami beli je yang mana berkenan atau berpadanan dengan bajet.


Semua boleh tahan gak harga dia. Akhirnya kami beli jenama Honeywell NaturAir Evaporative Humidifier (HH350E) untuk €51.21 tak termasuk cukai 20%.


Lepas ni ada kerja baru... Periksa air humidifier lak. Confirm takde orang yang nak check punya.

Selasa, September 10, 2013

Unfriend


Dalam zaman bersosial ala siber ini macam-macam perkara baru didedahkan. Banyak yang boleh kita belajar. Dalam pada itu memang hanya iman yang dapat menentukan sesuatu itu baik atau buruk.

Salah satu perkara yang aku suka ialah rangkaian rakan-rakan. Dengan bermedia sosial, kita dapat mengeratkan lagi jaringan-jaringan keluarga dan rakan-rakan. Cuma masalahnya kita ini hanya insan yang lemah dan kerdil. Kadang-kadang melihat gelas itu separuh penuh dan kadang-kadang dapat melihat separuh kosong.

Minggu lalu teringat seorang sahabat bersembang dengan marah-marah... Laman utama media sosial dia dipenuhi iklan-iklan peniaga. Marah sungguh dia, al maklumlah kos sara hidup meningkat sekarang ni. Semua hasutan-hasutan jualan terkenan di hati. Oleh itu, habis kawan-kawan di media sosial di buang atau di letak status tidak berkawan.

Apa masalahnya?

Bagi aku, aku lebih gemar kawan-kawan berniaga. Malah nabi sendiri berniaga. Bukankah kita dididik, 9/10 rezeki datangnya dari berniaga. Memandangkan aku tak mampu hendak membeli apa-apa yang dijual mereka, InShaAllah dalam jaringan-jaringan media sosial aku mereka boleh mendapat rezeki. Mudah-mudahan iklan mereka di laman peribadi kita dapat mengurangkan beban mereka.

Dan ingatlah, hidup ibarat roda... Hari ini kita di bawah...

Isnin, September 09, 2013

Mengapa?

Gambar ehsan pakcik google
Idea banyak... cuma tak ter'update' blog ni. Dah beberapa benda menarik berlaku dan banyak gambar nak kongsi cuma tak tertaip je. Tengoklah macamana nanti... kebanyakkan apa yang difikirkan sekarang banyak direkod dalam apps iphone.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...