BonusCoin Banner

Isnin, Oktober 21, 2013

Buang 1 liabiliti

Alhamdulillah... Hari ni habis lagi satu hutang kad kredit. Lega banyak hati ni. Hidup di Malaysia dulu hampir-hampir tak dapat melarikan diri dengan hutang. Keadaan sekitar menjadikan aku sebagai rakyat berhutang. Mana taknya, selesai alam persekolahan aku diperkenalkan dengan pinjaman pendidikan. Rasa macam tiada pilihan lain, tiada opsyen lain selain tanda tangan borang pinjaman pendidikan.

Tak cukup dengan itu, sebagai graduan aku tidak dapat lari bagi mencari kerja secepat mungkin. Perkara pertama yang perlu di buat ialah memulakan pembayaran pinjaman pelajaran dengan faedah pengurusan 4%. 

Kehidupan di alam pekerjaan tidak semudah itu. Rumah-rumah yang berhampiran dengan kawasan pekerjaan memerlukan belanja sewa yang tinggi. Akibatnya aku terpaksa menyewa jauh. Keadaan kehidupan di Malaysia memerlukan aku sekali lagi membuat satu lagi liabiliti. Kali ini pinjaman kenderaan pula. Tiada opsyen lain, tiada laluan yang berdekatan boleh disampai dengan pengangkutan awam.

Setelah mempunyai kenderaan sendiri, aku telah diperkenalkan dengan satu lagi liabiliti. Kali ini 'kad kredit'. Katanya dapat memudahkan aku mengisi minyak dan dapat membantu bila mana keadaan-keadaan luar kawalan. Memang benar, aku telah di uji dengan kenderaan aku sendiri. Tayar meletup ditengah-tengah jalan raya yang tidak di turap sempurna. Akibatnya, aku terpaksa mengantikan bukan sahaja tayar kereta malah dengan rim-rim sekali perlu diganti. Di situlah bermulanya episod liabiliti kad kredit aku bermula.

Kini aku tinggal beberapa liabiliti perlu diselesaikan sebelum dapat berangkat dari dunia yang fana ini dengan aman. Aku tinggal lagi dua kad kredit, satu pinjaman pendidikan, satu pinjaman persendirian dan satu pinjaman perumahan. InShaAllah jika semua berjalan lancar 500 hari dari hari ini aku akan tinggal dua liabiliti sahaja.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...