BonusCoin Banner

Khamis, Mei 19, 2016

Instagram

Jom cerita pasal media sosial. Episod hari ini INSTAGRAM. Instagram ni lebih kepada mikro-blog bergambar.

Seminggu dua ni banyak pulak aku main instagram... ntah apa-apa je yang aku share. Kebanyakkannya dari koleksi-koleksi aku. Terutamanya koleksi kapal angkasa Star Trek aku.

Satu yang aku suka instagram ni ialah geotag. Kalau tengok kat peta, banyak gak tempat-tempat yang aku dah jejak (perasan je lebih). Kalaulah media sosial ni dah wujud awal 90-an dulu... Mesti banyak tompok-tompok dalam peta dunia dah aku cover. Cuma semenjak dua menjak ni je aku rajin kemas kini balik gambar-gambar yang pernah aku kongsikan, saja letak geo-tag sikit.

Kepada yang ada akaun IG tu, sila-sila lah follow aku ye kat http://instagram.com/is150 .... Jangan follow je, jadilah follower yang bertanggungjawab. Sekali sekala tu boleh lah like dan komen... hehehe. Jangan risau, aku juga suka-suka komen gambar kawan-kawan kat IG mereka. Biasanya aku komen 1 atau 2 patah perkataan je. Kalau rajin dan ada masa, pandailah aku komen lebih sikit. Yang penting, sekali sekala wujudlah aku di dunia siber ni. Mungkin ini kaedah tegur di zaman kini.

Ok, sambung kerja balik

Isnin, Mei 09, 2016

Isteri Derhaka Ke?

Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.

1 - Menghina atau mengumpat suami
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.

2 - Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah saw bersabda :

Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.

3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.

5 - Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.

Firman Allah :

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)

6 - Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.

Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.

(Riwayat Ibnu Majah)

7 - Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Sabda Rasulullah saw :

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."

(Riwayat Muslim)

Sumber : FB

Ahad, Mei 01, 2016

Tram vs Kereta

Satu kelebihan tinggal di Vienna, Austria ni ialah sistem pengangkutan yang efisien. Sistem yang bagus sehinggakan pergerakan dengan kenderaan sendiri amat berbeza. Boleh aku katakan, lebih cepat aku boleh sampai sekolah anak dengan naik tram berbanding dari aku bawak kereta. Cuma masalahnya, aku kena jalan kaki sikit dari rumah ke trap stop dan ke sekolah. Itu boleh di kira sebagai senaman.




Selain masa, kos juga memainkan peranan yang besar. Impak kos besar bezanya. Sebagai contoh, tiket pengankutan awam bagi keluarga aku (2 dewasa dan 3 anak) adalah €802 setahun (2 x €365 dan 3 x €24). Lebih kurang €3 lah sehari. Jarak rumah ke sekolah dalam 9km. Pergi balik dalam 18km. Kereta aku sekarang boleh dapat 19km per liter, dan purata seliter dalam €1.04. Jadi kos extra yang aku kena keluarkan sekali keluar naik kereta lebih €1.




Di sebabkan malas nak jalan kaki, boleh lah di bazirkan €1 tu... Nampak kecik, dua kali naik kereta ke sekolah boleh beli 10 biji telur.

Ok... Malas nak panjang-panjangkan lagi. Kulum ajelah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Portheimgasse,Vienna,Austria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...