BonusCoin Banner

Selasa, November 28, 2017

Pelamin Anggan Ku Musnah

Dua tiga hari kebelakangan yang sungguh mncabar. Selesai satu aktiviti, datang lagi aktiviti yang lain. Tak cukup nafas pula rasanya. Apa yang paling sedih 2-3 hari ni. Aktiviti kripto terbantut... permainan-permainan online yang aku main pon terganggu.


Yang paling sangat-sangat terkilan, bila buka website MoonDoge, MoonBit dan MoonLite. Tengok claim terakhir lebih 24 jam. 34 jam tu. Kalau 25 atau 26 jam, ada harapan tarikh belum bertukar. Ini bermakna loyalti bonus di reset kembali ke '0'... Rasa nak nangis pun ada ni. Apa taknya, loyalty bonus MoonDoge aku dah 100% kot... Di kala nilai dogecoin meningkat 2 kali ganda dalam tempoh 100 hari yang lalu... Jadi pegangan Dogecoin aku makin meningkat nilai dia.

Mati-mati aku ingat, dah claim sebelum tidur semalam. Maklumlah selalunya setiap pagi dan malam akan buka sekali. Kali ni memang hectic aktiviti harian. Kerja-kerja DramaQueens dan ANSARA pun banyak tertangguh ni. Cerita-cerita TV yang ikut setiap minggu pun banyak terlepas. Sempat kot nak cover semua dalam masa terdekat ni.

Doakan yang baik-baik... InShaAllah

Ahad, November 19, 2017

Jom Melombong

Bila bersembang pasal matawang kripto ni. Tak lari dari pertanyaan mining atau melombong. Secara konsepnya, matawang kripto ni wujud dengan adanya perisian yang menggali cakera keras komputer kita. Lebih kurang macam gali atau lombong emas. Cuma semua di buat secara maya.

Aku juga tak lepas daripada aktiviti melombong ni. Cuma buat masa ni belum mengeluarkan duit beratus-ratus untuk beli peralatan melombong je. Buat masa ini semua aktiviti melombong aku adalah dari perkongsian alam maya. Salah satu yang aku selalu kongsi ialah lombong melalui Faucet Cloud Mining. Dan lagi satu yang tak pernah mengecewakan ialah melalui coinpot sendiri.


Sekali-sekala aku buka blog aku dan biar je dia guna kapasiti komputer. Kalau nak buat kerja yang berat sikit, aku pause la dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...