Dari Dubai ke Malaysia: Peranan Baru Saya Sebagai Malaysia PVIP Advisor


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hidup saya banyak bergerak antara Malaysia, Vienna, Riyadh, Dubai dan beberapa pengalaman antarabangsa lain. Bila kita pernah tinggal di luar negara, kita mula faham satu perkara: memilih negara untuk tinggal, berniaga, belajar atau membina masa depan keluarga bukan keputusan kecil.

Walau di mana pun saya berada, selalu juga timbul soalan kenapa tinggalkan Malaysia? Malaysia semua ada, semua tempat yang kita pergi memberikan keinginan untuk tinggal di Malaysia. Malaysia is truly Asia. Makan, kerja, belanja, belajar... semua best lah.

Alhamdulillah, last balik masa bulan puasa di ketemukan balik dengan senior di MRSM Terendak. Tak sangka Malaysia ada satu program ala-ala Golden Visa Dubai UAE. Dia kenalkan aku dengan program Premium Visa Malaysia untuk warga dunia luar. Gedebak gedebuk, dia buka ruang untuk saya terlibat sebagai Advisor bagi membantu memperkenalkan program PVIP ini kepada mereka yang sesuai. Saya kini terlibat sebagai Advisor bersama CAN Advisory Sdn. Bhd. untuk membantu sesi penerangan awal, semakan kelayakan asas dan referral coordination.

Tetiba rasa excited dan teruja lak nak promote program ni. Seharian gak lak baca bahan promo.

Untuk maklumat ringkas, saya sudah sediakan digital card di sini: https://www.digitalcard.my/ispvip , Kalau ada sahabat, kenalan, business owner, investor atau keluarga di UAE/GCC yang sedang explore Malaysia sebagai tempat tinggal jangka panjang, business base, pendidikan anak-anak atau retirement plan, boleh terus hubungi saya melalui digital card tersebut.

Nota kecil: Semua kelayakan, syarat, fi, tempoh proses dan kelulusan PVIP tertakluk kepada ketetapan semasa Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan. Peranan saya adalah membantu penerangan awal, semakan asas dan referral coordination bersama CAN Advisory Sdn. Bhd.

Ulasan