Pagi Sabtu di Kite Beach : Hari Sukan Negara, Mengah Main Volleyball dan Jumpa Senior Terendak

Rancangan asalnya nak siapkan cerita ini semalam.

Tapi entah macam mana, hari Ahad berlalu dengan bermalas-malasan di rumah. 😂 Jadi pagi Isnin ni, sementara Market Bursa Malaysia tengah berehat, bolehlah sambung update cerita Sabtu lepas.

Sabtu, 3 Oktober 2026, masing-masing dalam rumah ada program sendiri-sendiri.

Intan keluar rumah seawal 4:30 pagi untuk training Dragon Boat bersama ATK. Training bermula sekitar 5:15 pagi. Lepas training, dia terus sambung pula dengan projek trip @ISIS23.travel.

Irfan pula ada kelas Wingsway, Module 2.

Saya?

Saya ke Hari Sukan Negara 2026 anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai yang diadakan di Kite Beach.

Hari Sukan Negara Diawalkan di Dubai

Sebenarnya Hari Sukan Negara disambut pada Sabtu kedua bulan Oktober setiap tahun.

Masa ucapan pagi tu, CG dan Imran ada maklumkan perkara tersebut. Disebabkan kekangan jadual, sambutan di Dubai kali ini terpaksa diawalkan ke 3 Oktober.

Tak mengapalah. Yang penting rakyat Malaysia di Dubai tetap dapat berkumpul, beriadah dan meriahkan sambutan bersama-sama.

5:30 Pagi Dah Keluar Rumah

Lebih kurang 5:30 pagi, Mail dah sampai rumah untuk ambil saya.

Jam 6:09 pagi, kami dah sampai di Kite Beach.

Awal juga.

Masa tengah berkumpul sebelum program bermula, ada satu perkara yang buat saya tersenyum.

CG dan Imran sempat beritahu mereka dah baca blog saya mengenai program Ahad sebelumnya.

Hehehe.

Kadang-kadang kita tulis saja di blog. Publish. Lepas tu tak tahu pun siapa yang baca.

Bila orang yang kita jumpa sendiri tiba-tiba cakap, "Saya dah baca blog...", rasa seronok juga.

Maknanya masih ada orang baca blog rupanya. 😅

Kalau nak baca catatan-catatan lain tentang kehidupan dan aktiviti saya, boleh singgah juga di label Life Log.

Brisk Walk di Kite Beach

Brisk Walk Hari Sukan Negara @ DXB — 3.12 km di sepanjang Kite Beach.

Aktiviti pertama pagi tu ialah brisk walk.

Saya buka Strava sekali. Biar ada rekod. 😁

Hasil pagi tu:

  • Jarak: 3.12 km
  • Moving Time: 48 minit 40 saat
  • Langkah: 4,732
  • Calories: 422 cal
  • Average Heart Rate: 92 bpm

Not badlah untuk pagi Sabtu.

Aktiviti berjalan macam ni pun masih selari dengan Project 99 — Misi Peribadi Saya ke Arah Kesihatan Lebih Baik. Tak semestinya setiap aktiviti perlu kompleks. Yang penting kita terus bergerak dan buat secara konsisten.

Kononnya Volleyball Santai-Santai...

Lepas habis brisk walk, saya sambung pula main beach volleyball.

Kononnya...

Santai-santai je.

Sekali bila dah masuk court, lari atas pasir, kejar bola sana sini...

Mengah juga rupanya. Hahaha. 😂

Tengok orang lain main nampak macam mudah. Bila kaki sendiri kena bergerak atas pasir, baru terasa lain macam dia punya exercise.

Dia Yang Tegur Saya Dulu

Jumpa Abg Rafizi, senior MRSM Terendak SPM 1994 yang datang dari Al Ain.

Dalam ramai-ramai orang yang hadir pagi tu, tiba-tiba ada seorang abang datang tegur saya.

Rupanya Abg Rafizi, senior MRSM Terendak SPM 1994.

Dia sekarang berada di Al Ain, UAE.

Abg Rafizi cerita dia sebenarnya dah datang ke Dubai sejak malam sebelumnya dan tidur satu malam di Dubai.

Logik juga.

Kalau nak bertolak dari Al Ain pagi tu juga, memang kena keluar terlalu awal untuk sempat sampai ke Kite Beach.

Yang kelakarnya...

Dia yang tegur saya dulu.

Saya pula tak cam senior sendiri. 🤦🏻‍♂️

Malu juga. Hahaha.

Tapi itulah seronoknya. Jauh-jauh berada di UAE pun boleh terserempak dengan orang Terendak.

Small world.

Bukan Sekadar Bersukan

Ramai juga rakyat Malaysia yang turun pagi tu.

Ada yang datang seorang, ada yang datang bersama pasangan, dan ramai juga yang bawa anak-anak.

Bila tengok satu kawasan penuh dengan rakyat Malaysia, bendera Jalur Gemilang di sana sini, memang terasa suasana komuniti.

Sebab itu saya rasa program macam ni bukan sekadar pasal brisk walk, volleyball ataupun sukaneka.

Ia juga peluang untuk kita jumpa orang, kenal orang baru, terserempak kawan lama dan eratkan komuniti rakyat Malaysia yang berada jauh dari tanah air.

Kadang-kadang sembang beberapa minit di tepi pantai tu yang akhirnya jadi memori.

Ada Buah Tangan Sebelum Balik

Doorgift daripada program. Alhamdulillah.

Sebelum balik, dapat juga sedikit doorgift.

Ada beg PETRONAS, croissant, jus oren, epal dan cenderamata.

Simple-simple macam ni pun seronok.

Alhamdulillah.

Benda Kecil Yang Berguna Bila Keluar Beriadah

Pagi macam ni sebenarnya tak perlu bawa terlalu banyak barang. Tapi ada beberapa benda kecil yang memang berguna, terutama kalau aktiviti melibatkan berjalan atau bersukan di luar.

Antaranya botol air untuk pastikan cukup minum, dan fitness tracker kalau suka merekod langkah atau aktiviti harian.

Nota: Pautan Shopee di atas merupakan pautan affiliate. Saya mungkin menerima sedikit komisen daripada pembelian yang layak, tanpa kos tambahan kepada pembeli.

Pagi Yang Padat

Jadi lengkaplah aktiviti pagi Sabtu saya.

Brisk walk dah.

Volleyball dah.

Mengah pun dah. 😂

Jumpa senior Terendak pun dapat.

Dan yang paling menarik, baru sampai program lagi orang dah bagitahu mereka baca blog saya.

Jadi...

Kenalah rajin menulis lagi selepas ni. 😄

Terima kasih kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai dan semua yang terlibat menjayakan sambutan Hari Sukan Negara kali ini.

Jumpa lagi di program komuniti yang akan datang, InShaAllah.

Ulasan