Pada 28 September 2026, saya kembali berjumpa Dr Butt.
Seminggu sebelumnya saya masih dalam fasa recovery selepas angiogram. Satu stent sudah dipasang, dan Project 99 yang asalnya sekadar misi turun berat sudah berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih serius.
Beberapa hari sebelum itu, semuanya bermula apabila CT Scan mengubah arah misi ini. Saya ceritakan bahagian tersebut dalam Captain’s Log #006: Bila CT Scan Mengubah Arah Misi .
Kali ini berita yang saya terima jauh lebih melegakan.
Boleh exercise semula.
Boleh sambung Project 99.
Kalau tiada apa-apa yang luar biasa, saya hanya perlu kembali berjumpa Dr Butt dalam tempoh lebih kurang dua bulan.
Tetapi sebelum saya keluar dari bilik konsultasi itu, beliau beri satu lagi misi.
Turunkan Berat Badan
Target yang disebut ialah sekitar 25 kilogram.
Bukan kecil.
Dalam perbincangan itu, option menggunakan injection untuk membantu weight management memang ada disebut.
Tetapi bukan sekarang.
Buat masa ini, Dr Butt mahu saya cuba melalui exercise dan lifestyle dahulu.
Dua bulan.
Kemudian kita tengok hasilnya.
Kalau progress tidak mencukupi, barulah kita bincang sama ada perlukan bantuan lain.
Lifestyle first.
Data dulu.
Kemudian baru nilai next step.
Saya suka pendekatan itu.
Bukan kerana saya anti-injection.
Tetapi kerana saya sendiri mahu tahu:
Bukan Start Over
Balik daripada appointment itu, saya buka semula dashboard Project 99.
Saya tak reset Day 1.
Saya tak padam data lama.
Saya juga tak buat seolah-olah semua yang berlaku sebelum ini tidak pernah berlaku.
Emergency balik Malaysia itu sebahagian daripada misi.
Palpitation. Stress Echo. CT Scan. Admission. Angiogram. Stent. Recovery.
Semua itu sebahagian daripada Project 99.
Sebelum ini saya pernah tulis bahawa Mission Interrupted ≠ Mission Failed .
Kali ini saya sendiri terpaksa belajar maksud ayat itu.
Jadi 28 September bukan hari saya start over.
Restart Day
Pada 28 September, dashboard mencatat:
Weight: 121.7 kg
Waist: 128 cm
BP: 108/64
Resting HR: 56 bpm
Sleep: 5 jam 8 minit
Treadmill: 35 minit 41 saat
Distance: 3.4 km
Saya tidak cuba kejar pace.
Tak cuba pecah personal record.
Tak cuba “balas balik” semua hari yang hilang.
Saya cuma mahu bergerak semula.
Itu sahaja.
10 Hari Selepas Restart
Pada 7 Oktober, nombor dalam dashboard sudah berubah sedikit.
Waist: 126.5 cm
BP: 105/63
Resting HR: 59 bpm
Sleep: 7 jam 43 minit
Treadmill: 31 minit 39 saat
Distance: 3.2 km
Dari 28 September hingga 7 Oktober:
Masih terlalu awal untuk meraikan.
Berat badan boleh berubah kerana air, makanan, waktu timbang dan macam-macam faktor lain.
Jadi saya tak mahu mendakwa bahawa dalam 10 hari saya sudah “hilang 1.8 kg lemak”.
Itu bukan cara saya mahu membaca data ini.
Saya Tak Mahu Kejar Nombor Lama
Target asal Project 99 ialah 99 kg.
Dashboard juga masih menyimpan target asal 90 hari iaitu 111 kg.
Saya sengaja kekalkan angka itu sebagai sebahagian daripada sejarah misi.
Tetapi selepas apa yang berlaku sepanjang September, saya tak mahu mengejarnya secara membuta tuli.
Sekarang misi untuk tempoh sebelum review November lebih mudah.
Bergerak secara konsisten.
Turunkan berat secara beransur-ansur.
Jaga medication.
Pantau BP, HR, sleep dan waist.
Tengok apa yang badan boleh capai sebelum review November.
99 kg masih destination.
Tetapi buat masa ini:
Lihat Weekly Pill Organiser di Shopee
Satu Eksperimen Kecil: Tai Chi Walking
Dalam masa yang sama, Instagram saya pula asyik keluar iklan Tai Chi Walking.
Claim dia bukan main.
7 minit sehari.
28 hari.
Belly gone.
Back pain gone.
Body transformed.
Saya skeptikal.
Daripada terus percaya iklan atau bayar program tersebut, saya buat satu eksperimen sendiri.
Saya tambah satu tab baharu dalam Project 99:
Bukan untuk menggantikan treadmill.
Bukan kerana saya percaya tujuh minit boleh membakar belly fat secara ajaib.
Saya mahu gunakannya sebagai latihan ringan untuk mobility, balance, controlled movement dan consistency.
Hari pertama?
Nota yang saya tulis dalam dashboard cuma satu:
Gerakannya nampak perlahan dan mudah.
Tetapi bila kena pindahkan berat badan perlahan-lahan daripada satu kaki kepada satu kaki, baru terasa badan sebenarnya kena bekerja untuk maintain balance.
Hari kedua dan ketiga, saya mula buat waktu pagi.
Belum ada miracle.
Belum hilang perut.
Tetapi sekurang-kurangnya ia sudah mula menjadi satu habit kecil.
Selepas 28 hari nanti, baru saya mahu tengok sendiri.
Adakah balance berubah?
Adakah movement terasa lebih mudah?
Adakah saya berjaya maintain consistency?
Dan adakah ia memberi apa-apa kesan yang boleh dilihat dalam Project 99?
Bukan percaya iklan.
Data dulu.
Mission Status
Restart Phase: ACTIVE
Current Weight: 119.9 kg
Restart Change: -1.8 kg
Waist Change: -1.5 cm
Exercise: ACTIVE
Tai Chi 28-Day: ACTIVE — 3/28
Checkpoint Seterusnya: November
Setakat ini, saya ada satu tempoh yang agak jelas untuk bekerja.
Blood test - fasting 12 jam.
Echo test.
23 November 2026 • 10:00 pagi
Follow-up dengan Dr Butt.
Masa itu kita akan tengok apa yang benar-benar berjaya berubah dalam tempoh hampir dua bulan ini.
Dan mungkin ketika itu juga akan ditentukan sama ada saya boleh teruskan dengan exercise dan lifestyle sahaja…
atau perlukan bantuan lain.
Project 99 Sudah Berubah
Project 99 bermula dengan satu idea yang sangat mudah:
Tetapi sekarang saya rasa misi ini sudah menjadi sedikit lebih matang.
Soalannya bukan lagi sekadar:
“Berapa kilogram turun minggu ini?”
Sekarang saya juga kena tanya:
Adakah saya tidur lebih baik?
Adakah BP stabil?
Adakah saya konsisten makan ubat?
Adakah badan saya semakin kuat?
Dan adakah apa yang saya buat ini boleh bertahan?
Saya masih mahu 99 kg.
Tetapi sekarang saya tidak mahu sekadar sampai ke sana.
Saya mahu sampai ke sana dalam keadaan yang lebih sihat.
Ulasan