Visa Run ke Oman Bersama Jaam dan Ain… Sambil Jalan, Sambil Makan

Ilustrasi road trip visa run Dubai ke Sohar, Oman, pada 9–10 Oktober 2026
Visa run ke Oman… sambil jalan, sambil makan.

Jumaat lepas, 9 Oktober 2026, kami ke Oman lagi. Kali ini saya dan Intan bawa Jaam dan Ain untuk visa run.

Bila dah keluar jalan jauh tu, kita selitlah sekali makan-makan, ngopi dan jalan sekitar Sohar. Balik tengok gambar dalam Polarsteps… banyak juga gambar makanan rupanya. πŸ˜‚

Mula dengan makan kambing

Perjalanan bermula dengan mengambil Jaam di Al Sufouh. Selepas itu ambil Intan dan Ain di Dubai Hills. Kemudian kami singgah dinner di Tanoor sebelum meneruskan perjalanan ke Oman.

Malam tu Jaam belanja. Terima kasih, Jaam!

Saya dan Jaam menikmati Tanoor kambing sebelum perjalanan ke Oman
Dinner dulu sebelum sambung jalan. Terima kasih Jaam belanja!

Menu wajib kami Tanoor kambing. Saya letak gambar sebelum dan selepas makan sekali, pinggan kosong tu bolehlah jadi laporan prestasi dinner malam tersebut. Licin. πŸ˜†

Dua pinggan nasi dan Tanoor kambing sebelum makan
Sebelum makan… menu wajib kami, Tanoor kambing.
Pinggan selepas menikmati nasi dan Tanoor kambing
Laporan prestasi dinner… licin. πŸ˜‚

Perut dah berisi, barulah sambung jalan.

Barang untuk checklist road trip

Kalau telefon digunakan untuk maps, ambil gambar dan rekod perjalanan, car charger boleh masuk dalam checklist. Antara pilihan untuk dilihat ialah Retractable Car Charger 7 in 1 dengan port Type-C. Semak keserasian port dan kabel dengan telefon masing-masing sebelum membeli.

Sampai Oman, cari Mishkak pula

Antara persinggahan kami di Oman ialah makan Mishkak tepi jalan. Sejak kena Mishkak di Salalah tahun lepas, tiap kali ke Oman, mesti cari punya.

Mishkak ni sate Oman. Tengok gambar daging atas bara, memang ada suasana tersendiri. Dah makan kambing tadi pun, bila jumpa tempat macam ni, singgah juga.

Sempat kami makan Mishkak kambing, sotong dan udang. Harga secucuk Mishkak dia cuma 100–200 baisa Omani, lebih kurang dalam 1–2 Ringgit Malaysia.

Mishkak kambing, sotong dan udang yang kami makan di Oman
Mishkak kambing, sotong dan udang. Sampai Oman, mesti cari punya.

Begitulah kalau berjalan. Ada makan utama, ada makan singgah-singgah. Dua kategori berbeza katanya. πŸ˜‚

Lepas tu kami sambung ngopi. Duduk sekejap, minum dan bersembang sebelum check-in di Sama Sohar Hotel Apartments untuk bermalam.

Empat cawan kopi dan manisan ketika singgah ngopi di Oman
Lepas makan, sambung ngopi dan bersembang pula.

Singgah tengok laut dan sarapan

Esoknya kami sempat singgah tengok laut.

Ada masanya dalam perjalanan, cukup sekadar berhenti di tepi laut dan ambil beberapa gambar. Tak perlu setiap persinggahan ada aktiviti besar. Dapat keluar kereta dan tengok suasana tempat orang pun dah seronok.

Saya dan Jaam berhenti di tepi laut Sohar bersama kereta putih
Pit stop tengok laut di Sohar. Next trip mungkin boleh mandi-mandi pula.

Mungkin next trip bila suhu tak panas sangat dan ada masa, boleh mandi-mandi di Pantai Sohar.

Kemudian sambung sarapan.

Gambar meja makan muncul lagi dalam rekod trip. Kali ini roti dan lauk-pauk pula. Nampaknya kalau orang tengok gambar sahaja, boleh jadi mereka ingat kami datang Oman untuk food trip. 😁

Intan dan Ain bersarapan di Sohar dengan roti dan hidangan sarapan
Sarapan dulu. Gambar makanan muncul lagi dalam trip ini. 😁

Selesai bermalam, kami check-out dan sambung perjalanan.

Shopping, isi minyak… kemudian balik Dubai

Kami singgah di Rial Center Sohar untuk shopping, kemudian berhenti isi minyak di Omanoil Shinas dalam perjalanan balik.

Trip macam ni saya suka rekod juga persinggahan kecil. Bila tengok semula nanti, bukan sekadar ingat tempat yang dituju, tetapi ingat sekali di mana kami makan, minum kopi dan berhenti sepanjang jalan.

Dah sampai Dubai, kami singgah mamak pula sebelum balik rumah.

Mula dengan makan, hujung perjalanan pun makan. Lengkap sudah trip kali ini. πŸ˜‚

Visa run sambil berjalan bersama

Tujuan asal perjalanan kali ini memang untuk visa run Jaam dan Ain. Dalam masa yang sama, dapatlah kami berjalan bersama, bermalam di Sohar dan singgah beberapa tempat sepanjang perjalanan.

Terima kasih Jaam dan Ain kerana ikut trip kali ini. Terima kasih juga kepada Jaam untuk dinner di Tanoor.

Satu lagi cadangan untuk travel

Untuk kumpulkan pasport dan kad dalam satu tempat, boleh pertimbangkan Passport Pouch / Passport Bag ini. Semak ukuran dan kapasiti mengikut bilangan pasport yang hendak dibawa.

Saya simpan gambar dan jejak perjalanan dalam Polarsteps. Kalau nak tengok versi bergambar, boleh buka di sini:

Oman Visa Run, catatan perjalanan kami di Polarsteps

Catatan ini tentang pengalaman perjalanan kami pada 9–10 Oktober 2026. Untuk urusan visa run masing-masing, semak syarat semasa mengikut pasport dan status visa sebelum merancang perjalanan.

Pautan Shopee dalam post ini ialah pautan affiliate. Saya mungkin menerima komisen daripada pembelian melalui pautan tersebut.

Ulasan