BonusCoin Banner

Selasa, Ogos 30, 2005

Kereta Pinjam

Memandangkan kereta aku kat workshop... kena ler pinjam kereta Abah dulu...

Oleh kerana kereta jarang digunakan, ada ler beberapa malsah... Semalam tukar wiper... beli BOSCH dalam RM70... dapat RM50 dari abah, jadi cuma RM20 jer lah kena keluarkan dulu... ok lah tue... tanya bos, biasanya dalam RM80 wiper...

Hari nie kena keluar pergi Shah Alam. Air-Con lak problem... Tengahari lak tue... balik kerja check air-con di Kajang (kedai Bobby Chin)... check, presure switch rosak... mengakibatkan gas air-con keluar... kena ler tuka pressure switch dan tambah gas... campur dengan workmanship abis RM210.. itu kira murah lah utk merc E200... kalau kat kedai lain mau 3-4 ratus kena ketuk..

repair aircon 01

repair aircon02

Bagus kedai Bobby nie... dia bekas Tentera, Kor Kesihatan... jujur dan baik... setiap benda yang diperiksa diterangkan... lepas bayar pun dia siap cerita lagi kenapa kena tukar... itu tak termasuk tip-tip penjagaan kereta yang di bagi... memang aku syorkan kepada sesiapa yang nak repair/ check air-con kereta... sempoi jer...

Jumaat, Ogos 26, 2005

accident

hari nie, lebih kurang jam 0714 hrs... aku memandu kereta ke pejabat bersama isteri... didalam perjalanan melepasi deretan kedai di Jalan Seri Putra 1/3... tiba-tiba sebuah kereta Proton Saga telah keluar daripada sebuah lorong di penghujung deretan kedai dan menghentam kereta aku... perghhh...

aku memberhentikan kenderaan dan keluar... daripada dentuman yang dengar menderau juga perasaan dengan keadaan kereta... didapati sebelah penumpang hadapan kenderaan aku remuk dan tayar hadapan termasuk sedikit dipercayai shaft tayar berkemungkinan patah... bila dilihat kepada pemandu kereta yang menghentam aku, terdapat kecederaan di dahi... selepas seketika, setelah pemandu yang melanggar aku bertenang baru aku bertanya keadaan dan situasi... perkara pertama, segala butiran kenderaan yang melanggar diambil, kemudian baru ambil data pemandu seperti no kad pengenalan dan no lesen memandu... malang bagi pemandu yang melanggar kerana tiada lesen D yang sah...

Image hosted by Photobucket.com
kereta student

acc01 - Image hosted by Photobucket.com
kereta yang melanggar dari hadapan

Acc 2 - Image hosted by Photobucket.com
kereta yang melanggar keseluruhan

acc 3 - Image hosted by Photobucket.com
kereta yang melanggar dari pandangan sisi

acc 4 - Image hosted by Photobucket.com
no pendaftaran kereta yang melanggar

acc 5 - Image hosted by Photobucket.com
kereta yang dilanggar

acc - Image hosted by Photobucket.com
kereta yang dilanggar dari hadapan

accident seterusnya - Image hosted by Photobucket.com
kereta yang dilangga dari sisi

Begitulah keadaannya.. kita kena bertenang... bawa ke balai terdekat, buat laporan dan lantik workshop yang sesuai... mulanya, repot dibuat di Balai Polis Seri Putra... kemudian baru dibawa ke Trafik terdekat iaitu di IPPD Kajang... proses repot dan penyiasatan termasuk mengambil gambar kecederaan kenderaan dilaksanakan... kemudian baru dihantar ke workshop... habis satu hari

kereta yang melanggar merupakan kereta pinjam daripada rakan serumah... pemandu merupakan seorang pelajar KUIS yang akan bertolak ke Universiti Al-Azhar, Mesir... dia memohon laporan dibuat kepada pemilik kereta, tapi itu merupakan kesalahan kerana polis akan menyalahkan pemandu dan impak kepada pemandu adalah banyak...

selepas itu baru aku dibawa pulang ke rumah, lebih kurang jam 1230 hrs... emergency leave ler hari nie...

Rabu, Ogos 24, 2005

Exchange Rate

hmm... memandangkan orang di sekeliling aku nie gemar outstaion ke luar negara... jadi aku merupakan pakar rujuk benda pelik-pelik... perkara rujuk yang selalu aku dapat ialah nilai pertukaran matawang... perghhhh... musti semua ingat aku nie tiap-tiap hari baca forex index... anyway, nie ada satu cara macamana nak cari nilai pertukaran yang paling mudah... 'GOOGLE'...

contoh search forex caranya mudah:

  1. lawat laman web google.com atau google.com.my
  2. taip "1 MYR to USD" untuk mengetahui pertukaran Ringgit Malaysia ke US Dollar. Anda boleh masukkan apa-apa kod matawang negara seperti AUD (Australian dollar), SGD (Singapore Dollar) dsb
  3. haa... dapat dah jawapannya..

Tak paham lagi!!! perghhh.. semua benda korang boleh dapat ngan google nih... nak duit pon boleh... cuma nak rajin ler... kalau tak... memang hampeh ler korang semua nih..

bak kata laman web GoogleItYouMoron "Next time search Google before asking a question, and only if you couldn't find anything should you ask someone for help."

Selasa, Ogos 23, 2005

Rich Dad, Poor Dad

Buku yang dah bertahun aku nak baca, cuma last month dapat gak buku nie... semalam baru bukak... itupun baru baca depan.. daripada banyak-banyak buku investment yang aku baca... memang ini antara buku yang disyorkan... secara amnya aku dah dengar CD ceramah dia, berdasarkan buku ini jugaklah... cuma nak refresh balik point-point dia dengan membaca nie...

Aku 1st discover buku nie masa kat MPH Singapore... masa tue aku baru kahwin kalau tak silap... so dalam penghujung tahun 2001 lah... masa tue nie buku yang pertama yang dikeluarkan oleh Robert T. Kiyosaki.

Menarik atau tidak... tunggulah... Biasanya aku suka buku-buku yang boleh disesuaikan kandungannya dengan keadaan di Malaysia nih. kalau aku dah baca dan rajin buat ulasan, aku buatlah... kalau tak... takdelah... hmmm.... time nie kalau ada iPaq kan senang boleh bawa dan baca dimana-mana... kena masukkan iPaqlah nampaknya dalam 'wish-list' aku nih...

Khamis, Ogos 18, 2005

Program Assessment Center (PAC)

Memandangkan aku nak kena gi PAC nie... cari ler maklumat-maklumat yg patut...

Bagi sesiapa yang apply kerja dengan kerajaan.. contohnya Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD). Eksekutif Penaksiran LHDN... etc.. anda akan melalui satu program yang menilaI diri anda sebelum di panggil interview/kerja...

Program ini adalah bertujuan menilai diri anda...
dalam erti kata lain....program ini adalah program PENONJOLAN DIRI....dari sini ..mereka akan menilai sifat kepimpinan..cara penyelesaian masalah yang dilakukan oleh anda..cara persembahan/presentation anda.... sifat keyakinan , jati diri dan keaktifan anda dalam sesuatu perbincangan berkumpulan...

Antara agenda yang ada dalam program ini ialah:

  1. Pengenalan Diri
  2. Public Speaking (B.M n B.I)
  3. Latihan Fizikal (sukan)
  4. Menyelesaikan Masalah (Simulation)
well..itulah antara maklumat yang dapat is150 kongsi bersama... hasil daripada search di Internet....

Rabu, Ogos 17, 2005

bosan

20 hari tanpa anak-anak... bosannya...... minggu lepas (120805) wife aku kena outstaion ke Padang Besar, shopping paradise... dikesempatan itu, anak-anak telah disinggahkan di rumah Tuk n Wan di Pokok Sena... esok wife aku kena kursus Biro Tata Negara di Manong, Perak selama 5 hari... minggu depan lak kena outstion ke Sydney, Australia... tinggallah aku keseorangan di rumah... ada kamera, tapi tak tau nak amik gambar apa... 2-4 Sept aku ada 'Program Assessment Center' (PAC) di INTENGAH. PAC nie saringan kedua utk pengambilan PTD...

hari nie satu hari buat memo kajian kepuasan pelanggan untuk bahagian dan unit yang berkaitan... petang meeting unit lepas tue settlekan permohonan tukar dokumen... hari nie balik lambat lagi memandang kan wife aku ada sukan Ping Pong kat office dia...

new autosurf is150 blog

mulai hari nie... blog nie cuma utk diri dan family is150 jer... pasal autosurf semua masuk akan diletakkan di blog as.is150.net. Semalam bila sesaja jer aku baca blog... rasa macam autosurf nie dah mengunggulli blog.is150 nih...

Isnin, Ogos 15, 2005

payout 15hb...

dah masuk 15hb... sepatutnya dalam beberapa hari nie aku bakal dapat USD 70-80 dalam bentuk e-Gold... 4Daily ada dalam USD55++ dan CobraPay USD20++. bulan nie bakal menyaksikan banyak eGold akulah sepatutnya... harap-harap takler lebih 5 hari utk mereka bayar... :)

Jumaat, Ogos 12, 2005

4Daily dah OK

Alhamdulillah... perkembangan 4Daily beransur baik... dah boleh surf balik... macamanapun, mereka ganti balik 2 minggu website down... surf tadi siap sempat cekau 2 bonus $0.04... harap-harap payout bulan nie berjalan lancar... tidak tersekat lagi macam bulan lepas... 4Daily nie ajelah yg aku banyak active referral... kalau sangkut lagi... alamat melepas ler... akaun level dah nak cecah USD 100 nie...

Payout Dreamz-Unlimited lagi

is150 DUN payout hehehe... nie kali kedua aku post penerimaan payout daripada Dreamz-Unlimited. setakat nie dah USD 2.10 aku terima daripada tarikh join pada 3 Ogos lepas.. masuk hari nie baru 9 hari.... jadi aku dah dapat balik lebih 25% daripada 1st investment aku...

setakat nie jangan tamak-tamak dulu.. biar dah untung daripada investment aku baru tambah lagi... manalah tau... dunia internet nie selalu berubah... hari nie untung, bila org dah mula tambah keyakinan dan invest banyak-banyak... dia lari/ tutup syarikat lak... haaa... masa tue baru nak menangis tak berlagu...

Insya-Allah dalam beberapa hari nie aku nak promote Dreamz-Unlimited banyak-banyak... dapat 5-6 referral pun jadilah... kalau dapat lebih alhamdulillah... cuma masalahnye Dreamz-Unlimited tak kasi free intial investment, kita kena masukkan duit kita dulu... dan ini menunjukkan company nie boleh bertahan sbb dia tak sewenang-wenang nya bagi duit free kat orng lepas tue rugi...

semoga berjaya "Dreamz-Unlimited"

Khamis, Ogos 11, 2005

Lasak

Hari nie balik ikut highway.... dalam kereta semua anak-anak buat bising.... dari Bandar Baru Bangi sampai Ke tol Putra Mahkota... toleh belakang, Pica dah hampir boleh keluar dari car-seat... patutler excited semajam jer bunyi dia... nie kalau lama sikit musti dah tergolek jatuh dari kerusi tue...

Image hosted by Photobucket.com
lasak tak?... dah nak kuar nih...

Image hosted by Photobucket.com
dah nak kuar dah...

hmm .... bijak-bijak.... ada jer akal dia nak keluar... lepas nie tak tau nak buat camana lagi... ikat dan pekak kan telinga jer lah sepanjang perjalanan... abang dia memang merayap dari depan ke belakang dan ke depan balik... tue yg adik tak boleh tahan... nie Pica masih tak boleh jalan, baru merangkak...

Rabu, Ogos 10, 2005

Milestone StudioTraffic

klik untuk lihat imej lebih besar is150 mula join StudioTraffic pada mei 2004... tanpa mengeluarkan satu sen pun.. program autosurf nie dibuat dengan gigih tanpa rasa jemu... dalam masa itu ramai kawan-kawan yang tidak henti-henti menurunkan semangat utk is150 melibatkan diri dalam program seperti ini... ada yang kata buang masa, tak percaya, benda-benda tipu,...

tapi itu alasan itu semua ditolak tepi... yang penting masa yang terluang boleh diisikan dengan perkara-perkara berfaedah... diam tak diam, setahun dah program autosurf nie bermain-main di komputer is150... tak kira di rumah, pejabat, outstation atau masa di kampung... program-program autosurf tetap cuba diteruskan.... matlamat, satu hari nanti boleh kurangkan beban membayar bil-bil rumah... maklumlah setiap tahun gaji naik cuma 4-8% tetapi harga barang rumah (inflasi) naik lebih dari itu...

kini, alhamdulillah... walaupun tidak dapat menjelaskan semua bil rumah, tetapi sebahagian dah memadai... beban terasa kurang, keseronokan berautosurf semakin dikecapi... sehingga hari ini telah7 program sedang diikuti iaitu:

  1. StudioTraffic - bayaran setiap bulan
  2. AussieEarner - bayaran setiap bulan
  3. 4Daily - bayaran setiap bulan
  4. CobraPay - bayaran setiap bulan
  5. SurfMunkee - bayaran setiap bulan
  6. 12DailyPro - bayaran setiap 12 hari
  7. Dreamz-Unlimited - bayaran setiap hari

kini, kawan-kawan yang dahulu tidak mahu ikut serta, berebut-rebut join... hahahaha, is150 hanya boleh gelak...

amacam? ok tak????

Selasa, Ogos 09, 2005

Kepenatan

hehehe... hari nie bawak kereta ke rumah Mak ros tenang jer.... toleh belakang dua-dua tido... kalau tak, tak tau diam dua-dua...

Ismail tertido
Nuqman tengah rehat

Iman tido atas kereta
Picapah tertido atas babyseat

Nuqman tersedar dah sampai
"sampai dahhhh"

rasa tenang jer drive... kalau tiap-tiap hari masuk kereta terus tido kan senang...

priceless - aniversary

hari nie merupakan aniversary kamy yang ke-4... tup tap, tup tap dah 4 tahun aku kahwin... Alhamdulillah... semalam masa nak beli hadiah kawan aku tanya... "dah berapa lama ko kawen?"... bila cakap 4 tahun terkejut dorang... ingatkan baru 2 tahun... hehehe...

Image hosted by Photobucket.com
hadiah tahun nie

tgh mlm buat surprise kat wife... beli hadiah brooch (guna kupon cosway), beli kek 1 potong kat 'Secret Recipe', beli 2 botol apple juice dan sekeping kad... semua sekali kurang dari RM20... itu ajelah yg aku ada pun... tengah malam kejut bagitau nak makan... bila wife keluar terpaku dia bila nampak api lilin menyala atas meja dengan kek... seronok sangat masa keadaan tue... bak kata iklan mastercard "priceless"

brooch redemtion Cosway
43 keping kupon dapat brooch bernilai RM99

Selamat Ulang Tahun ke-4.....

Isnin, Ogos 08, 2005

Dreamz-Unlimited

Baru beberapa hari join : Dreamz-Unlimited... minimum invest USD 1... hari-hari boleh keluarkan duit... ROI (return of Investment) antara 2-8 % bergantung kepada keadaan... Setiap USD 5 akan dapat free 1 unit (USD 1)... aku dah join USD 8, itu ajelah yg tinggal pun..

income is150 dr DUN
income (e-Gold) dari Dream-Unlimited.

haaa... percaya tak... satu-satunya program autosurf yg aku join boleh dapat payout dalam masa sehari jer... aku akan keluarkan 2-3 hari sekali... lepas USD 8 aku dapat balik (lebih kurang 45 hari) baru boleh tambah investment lagi... kalau nak join silakan klik http://www.dreamz-unlimited.net/?ref=4224

Sabtu, Ogos 06, 2005

Puasa

hari nie puasa sunat... pagi tadi temankan wife aku ke Sirim ada karnival sukan MOSTI.. seronok gak... dah lama tak nengok org bersukan... yg sempat tengok cuma badminton, ping pong, dan karom... mereka kata karnival nie berlangsung selama sebulan.. aku sempat wakil AELB main karom... setakat main-main tue buleh ler... kalau aku main bersandarkan nasib je lah...

anyway, hari nie aku berbuka lewat sikit... kurang satu paha berbuka awal.. lewat dalam 5 minit kalau tak silap.. lepas minum air kosong satu cawan, minum 100plus sikit kemudian aku makan roti letak mayonis sekeping... lepas solat maghrib baru aku makan mee goreng mamak dengan telur mata dan ayam goreng... letih betul hari nie... insya-Allah minggu depan aku puasa lagi...

besok ada satu hari nak rehat dan kemas-kemas rumah...

Jumaat, Ogos 05, 2005

Mind Reading

menarik gak... walau macamanapun ejaan nya, kalau huruf pertama dan terakhir betul... kita boleh membacanya....

Image hosted by Photobucket.com
menarik kan?

Jangan Lupa 1 Rejab

Jgn lupa tahun ni 6 Ogos 2005 = 1 Rejab 1426.

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan
Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
  • Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
    daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di
    hari kiamat.
  • Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
  • Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
  • Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
  • Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi
Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

  • Diampunkan dosanya yang lalu.
  • Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
  • Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

semoga kita sama2 m'dpt manfaat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...