BonusCoin Banner

Rabu, Ogos 30, 2006

MERDEKA

MERDEKA... selamat hari kebangsaan ke-49 Malaysia.

Tiada ucapan nak beri.... cuma bercadang nak ke Putrajaya tengok Bunga Api dengan anak-anak. Dah janji dengan Raemy. Tapi tengok jam dah 10.30 malam, anak-anak dah tido. Kesian lak, so aku amik keputusan tengok CINEMAX jer dan jam 11.45 tadi bukak Astro Ria, ada live di KLCC kot.... takde apa yang menarik... cuma sorakkan MERDEKA oleh artis...

aku???? takde rasa apa-apa.... sambil layan TV sorang-sorang dan surf ala kadar malam nie...

Isnin, Ogos 28, 2006

Beli UMD lagi

Photobucket - Image Hosting

aku beli game PSP lagi... kali nie terbang RM170 lak.. beli dari member forum LowYat (joe_liew).. cadang nak beli Colin Mcrae Rally 2005 jer... itupun dah RM80... lepas tue dia tawar Tekken : Dark Resurrection.. rasa macam tak bole miss jer... bila nak main ntah.. game yg nak jual ari tue pun tak terjual lagi...

Sabtu, Ogos 26, 2006

Birthday anak Al

Hari nie gie Birthday Party anak Al (Al Syahir - 2 tahun) di Intana Ria 2, Kajang. Esok birthday anak Sopi lak (2 dan 3 tahun...). Semalam dah pergi Carrefour, Alamanda beli hadiah. Tapi terbeli hadiah utk budak pompuan lak... kena singgah Billian beli hadiah utk budak laki... Jamuan start jam 2 petang... kami satu family sampai dalam kul 3 petang. Sampai Kak Kris n Family ada kemudian Amin n Family lak...

Photobucket - Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Di rumah Al, Nuqman main kereta. Balik rumah terus suruh aku cari balik kereta dia yang dah lama sorokkan. Saja nak nampak rumah kemas sikit.

Photobucket - Video and Image Hosting

Rabu, Ogos 23, 2006

Rehat - cuti sekolah

yeahhh... bos takde sampai jumaat.... hmm... apa kerja jahat nak buat nie?

3 hari nie aje yg ada utk rehat. Hari isnin lepas dah buang satu hari buat NIOSH membership - OSH-MS audit untuk Sinclair Knight Merz di Mont Kiara. Audit kali nie, pegi dengan Pn Asiah Jaafar.

Semalam seharian aku buat 'Customer Satisfacton Survey' dengan Mejar. Nasib baik ada driver... Pagi kul 8.20 dah bertolak ke Ayamas di Port Kelang. Kemudian ke Hamilton Sundstrand di Bukit Raja. Petang lak ke Spansion di Shah Alam. Kami makan tengahari kul 3.30 petang... punya ler lapar.. time makan tiga-tiga senyap jer... khusyuk makan...

Jumaat, Ogos 18, 2006

Anak Azni -Hafiz Mahmud

Lawat Azni yang baru bersalin pada 1hb Ogos 2006 jam 1510. Baby Girl. Nama dia aku dah lupa... hehehehe...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting


Rabu, Ogos 16, 2006

LEAP

Baru balik dari Pulau Kapas, Terengganu. Ada program LEAP (Leadership Evaluation and Alignment Programme) dan NIOSH Budget Review... sungguh memenatkan. Enam hari tinggalkan rumah, bertolak ke Terengganu pada Khamis (10 Ogos 2006) malam lalu... sampai rumah kul 12.15 pagi tadi (17 Ogos 2006)

Program LEAP nie merupakan program Team Building bagi management team NIOSH... aku pergi sekadar 2nd liner dan sekretariat. Pengisian outdoor LEAP cuma snorkeling, War game (paintball), melukis dan mencandat sotong. Sume aktiviti ok, cuma tang candat sotong... aku boleh mabuk laut dan muntah... hampeh tol... lagi 15 nak balik aku boleh kantoi... btw, semua orang mabuk dan muntah-muntah... aku kira org yg 2nd last muntah... ok lah tue... setelah sejam di buai dengan bunyi orang muntah di sekeliling baru aku tewas... hahahaha

War game agak menarik... team member tak cukup dan aku kena join sekali... sbb aku ada pengalaman main paintball, dapat ler jadi team leader... seronok dapat lead manager. Aku boleh arah ikut kebijaksanaan aku. Dalam team aku ada Dr Agus Salim (bos OH), Azmi Aman Shah (bos akaun), Zaikiah (bakal bos KK), Azman Sah (Bos Kerteh) dan Raemy (bos RnD)... yang bukan bos aku sorang... kuli kepada bos... tapi agak pening gak nak control bos-bos nie semua... dah masuk mission ke tiga baru nak dengar cakap dan paham kenapa aku susun strategi. Mission pertama dan kedua buat strategi sendiri... well... leason learn, 'respect bos'.... hahahaha time tue aku ler bos... so utk mission 3 - 6 dah takde masalah...

Balik dari program aku hilang suara... argh... sedihnya, camana nak citer kat opis esok nih...

hmm, bulan nov ada lagi team building utk group 'non-exec' lak...

Selasa, Ogos 08, 2006

HOW DO YOU DECIDE WHO TO MARRY?

This is all answer by kids...

HOW DO YOU DECIDE WHO TO MARRY?

  1. You got to find somebody who likes the same stuff. Like, if you like sports, she should like it that you like sports, and she should keep the chips and dip coming.
  2. No person really decides before they grow up who they're going to marry. God decides it all way before, and you get to find out later who you're stuck with. -- Kristen, age 10

WHAT IS THE RIGHT AGE TO GET MARRIED?

  1. Twenty-three is the best age because you know the person FOREVER by then. -- Camille, age 10
  2. No age is good to get married at. You got to be a fool to get married. -- Freddie, age 6 (very wise for his age)

HOW CAN A STRANGER TELL IF TWO PEOPLE ARE MARRIED?

  1. You might have to guess, based on whether they seem to be yelling at the same kids. -- Derrick, age 8

WHAT DO YOU THINK YOUR MOM AND DAD HAVE IN COMMON?

  1. Both don't want any more kids. -- Lori, age 8

WHAT DO MOST PEOPLE DO ON A DATE?

  1. Dates are for having fun, and people should use them to get to know each other. Even boys have something to say if you listen long enough. --Lynnette, age 8 (isn't she a treasure)
  2. On the first date, they just tell each other lies and that Usually gets them interested enough to go for a second date. -- Martin, age 10

WHAT WOULD YOU DO ON A FIRST DATE THAT WAS TURNING SOUR?

  1. I'd run home and play dead. The next day I would call all the newspapers and make sure they wrote about me in all the dead columns. -- Craig, age 9

WHEN IS IT OKAY TO KISS SOMEONE?

  1. When they're rich. -- Pam, age 7
  2. The law says you have to be eighteen, so I wouldn't want to mess with that - - Curt, age 7
  3. The rule goes like this: If you kiss someone, then you should marry them and have kids with them. It's the right thing to do. -- Howard, age 8

IS IT BETTER TO BE SINGLE OR MARRIED?

  1. I don't know which is better, but I'll tell you one thing. I'm never going to have sex with my wife. I don't want to be all grossed out. -- Theodore, age 8
  2. It's better for girls to be single but not for boys. Boys need someone to clean up after them. -- Anita, age 9 (bless you child)

HOW WOULD THE WORLD BE DIFFERENT IF PEOPLE DIDN'T GET MARRIED?

  1. There sure would be a lot of kids to explain, wouldn't there? -- Kelvin, age 8

And the ..1 Favorite is........

HOW WOULD YOU MAKE A MARRIAGE WORK?

  1. Tell your wife that she looks pretty, even if she looks like a truck.

Anak

dah 5 hari aku tak nampak Ismail dan Nafeesa... rindu betul.... last Khamis (3hb Ogs 2006), mereka balik Kedah. Balik naik bas, seronok betul dorang adpat naik bas. Minggu depan aku ada program LEAP di Pulau Kapas. Program start 10hb sehingga 16hb Ogos 2006... insya-Allah hujung minggu tue dah boleh balik Kedah amik dorang semua...

Semalam lepas mengajar topik 'IT in OSH', aku lepak sekejap dengan beberapa student. Kebanyakkan student aku semua dah nak pencen. Yang dah pencen pon ada. Seronok dorang dapat belajar pasal IT dan internet nie.

Sementara menunggu nak start meeting nih, sempat aku upload gambar anak-anak aku...

Photobucket - Video and Image Hosting
Seronok main

Photobucket - Video and Image Hosting
ntah apa yang dorang nak jadi nih

Photobucket - Video and Image Hosting
Main kereta

Photobucket - Video and Image Hosting
gembira betul Nuqman dapat main kereta

nie semua gambar 2 minggu sudah. Pada 26 dan 27 Julai 2006. Semua ini ada pegawasan daripada orang dewasa... :)

hmm.... besar dah anak-anak aku... Alhamdulilah...

Ahad, Ogos 06, 2006

Lemah

satu hari yang sungguh letih.... semalam, ada kelas SHO. Mengajar 'ICT in OSH'. Sebelum tue, aku pergi Majlis Perkahwinan Kakak Lenny kat Kajang. Kena bawak kereta WIRA manual... terkial-kial gak lah... malam lak, balik lipat baju sikit kemudian tido... itu pon lepas tgk citer 'Cast Away' kat TV3... sebelum tue ada movie gak kat TV2, citer 'The Mask'.... ada ASTRO pon aku masih minat tgk citer2 kat free TV...

ok... tue citer semalam, hari nie aku bangun lewat... dalam kul 9 pagi rasanya... habis burn subuh hari nie... lepak tengok TV lagi lepas tue aku makan telur rebus 2 biji... dapat kat rumah Lenny semalam.

Dalam kul 12.45 aku bertolak ke Gombak. Ada 1st mesyuarat mengenai reunion 10 tahun batch 93/97 MRSM Terendak. Serenok tengok ramai gak datang... dalam 14 orang semua skali. Hak pom puan sorang jer... Sherry, tue pon sebab tumpang buat mesyuarat kat opis dia.

Photobucket - Video and Image Hosting
antara yang datang meeting - Zahir, Rizlan, Sherry, Bear (belakang Payat) dan Payat

Photobucket - Video and Image Hosting
Sherry, Bear (masih belakang Payat), Payat, Aweng, Keymi dan Zaky

Photobucket - Video and Image Hosting
Lepak di Food Court GIANT - Zaky, Irman, Bear, Zahir, Payat dan AD

Sampai rumah dalam 6.30 petang, solat Asar lepas tue aku kemas kereta sikit... pergh... memacam ada dalam kereta... abis kemas, tertido depan TV... pengsan... Nasib baik Fit telefon... Nuqman nak cakap... tue pon dah dekat kul 8 malam... kalau Fit tak telefon, confirm aku miss Maghrib. Lepas solat buat megi 2 bungkus.... sekarang tgh lepak tgk 'Masam-Masam Manis'.

Jumaat, Ogos 04, 2006

Corp vs Ops - rematch

Hari nie ada perhimpunan bulanan NIOSH. Petang tadi jugak KKSI melancarkan buletin 'SHOUT - Laungan Suara KKSI'. Kelam kabut aku dibuat nya... sampai masa nak launch aku boleh blank kejap. Sepatutnya aku tekan 'run' tapi aku pegi tekan 'close'. Abis Dato' perli... kalau Tan Sri mau kena marah aku hari nie... letih sangat.... lepas tue ada lak suara sumbang kata aku nie semangat lebih-lebih pasal buletin nie... dan kata-kata kurang sopan tue datang dari pencetus ide buletin KKSI nie.... kalaulah aku takde semangat macam hari nie, confirm 200% tak lancar buletin.... manusia hanya tau cakap tapi tak bergerak nie rasa macam nak lempang jer...

Lepas perhimpunan ada Happy Hour... KKSI beli kek Pandan, Suhaimi IH yg order... nie 1st Happy Hour KKSI batch 2006/07 buat. semalam aku pow tuan presiden RM100 beli kek.

Lepas happy hour, dalam kul 6 petang ada volleyball match antara Korporat dan Operasi. Aku tak main cuma jadi reff jer... kasut sukan dah koyak... semalam masa training aku pakai kasut Timberland... abis cekam kuku kaki aku. 1st & 2nd match, korporat kalah tipis... tapi alhamdulillah, 3rd & 4th match korporat menang bergaya... 5th match tak sempat main sebab dah kul 7.15 petang... tangguh lagi ler nampaknyer...

lepas main aku lepak solat maghrib kemudian pi makan malam kat Al-Rizwan (mamak)... makan roti kosong jer, tapi lepak sikit nye lama sampai lebih 8 malam baru balik rumah.

Khamis, Ogos 03, 2006

Berubah

Dari seorang member Cosway dan Blogger... satu petikan yang menarik. Kita banyak mendengar pemimpin menangis tidak dapat mengubah manusia di sekitarnya...

"When I was young and free and my imagination had no limits, I dreamed of changing the world. As I grew older and wiser, I discovered the world would not change, so I shortened my sight somewhat and decide to change only my country.

But, it too, seemed immovable.

As I grew into my twilight years, in one last desperate attempt, I settle for only changing my family, those closest to me. But alas, they would have none of it.

And now, as I lie on my death bed, I suddenly realize if I had only changed myself first, then by example, I would have changed my family. From their inspiration and encouragement, I would then have been able to better my country, and who knows, I may have changed the world."

Fikir-fikirkanlah.......

Rabu, Ogos 02, 2006

Bintang di mata bintang di hati

Oleh : MASNAH RAIS

MATA Rajmah terus merenung syiling bilik tidurnya, penat menelentang di atas katil, dia mengiring. Iring kiri, iring kanan. Walaupun sejak siang hingga pukul tiga pagi, baru dia dapat membaringkan tubuhnya yang agak susut sejak berkempen, namun matanya tidak juga mahu lena. Mungkin terlalu penat agaknya.

Senyum terukir di bibir Rajmah bila mengenang kembali saat-saat kemenangan calon-ca1on partinya. Apa lagi bila mengenangkan dirinya hampir-hampir jadi Yang Berhormat apabila namanya selaku ketua wanita bahagian dicalonkan. Tapi oleh kerana itu bukan rezekinya, namanya telah digugurkan di saat-saat akhir. Dan tempatnya telah digantikan dengan Samat yang hanya menjadi ahli biasa dalam parti.

"Tahniah Samat, aku bangga atas kejayaan mu," sambil tangannya bersalaman dengan tangan Samat.

"Terima kasih, kau tak marah lagi?" Tanya Samat tersipu-sipu kerana dia sedikit pun tidak menduga bahawa dia telah terpilih untuk bertanding.

"Kenapa aku mesti marah? Malah aku bangga dengan kemenangan kau yang bererti kemenangan parti kita. Perjuangan parti harus diteruskan?" Jawab Rajmah dengan bangga.

Merajuk dan marah, bagi Rajmah itu bukan perjuangan namanya. Walaupun hati kecilnya berasa kesal kerana namanya digugurkan di saat-saat akhir, namun dia tidak boleh menunjukkan sifat lemah. Dia mahu Kaum lefaki mengiktiraf bahawa kaum wanita cekal dan berani jika dibandingkan deean kaum lelaki.

"Kau tidak berjaya menjadi calon, Bukan kerana kau tidak layak, Rajmah. Kau punya kelulusan tinggi. Ucapan kau bernas dan tajam. Kau disenangi oleh ketua bahagian dan ahli parti kita yang lain," Salmah terus memberi semangat kepada Rajmah.

"Tak apalah. ltu bukan rezeki namanya," disambut pantas oleh Rajmah dengan nada yang tenang.

Belum sempat mereka meneruskan perbualan, satu lagi pengumuman bergema memecah suasana dewan pengiraan undi.

"Seorang lagi calon parti kita berjaya!" sahut salah seorang penyokong. Suara gemuruh dan tepuk sorak daripada penyokong-penyokong membuat dewan pengiraan undi gegak gempita.

Rajmah tersenyum puas atau kejayaan cemerlang parti yang disokongnya. Penat lelah berkempen selama ini telah terbayar. Kenangannya terhenti dengan tiba-tiba apabila loceng di dinding berbunyi empat kali.

Dia semakin cemas memikirkan tentang Razak.

"Ke mana dia pergi? Razak tidak pernah meninggalkan rumah hingga empat pagi. Dia bukan suka berjalan dan tidak pula lelaki mata keranjang?" Bisik hatinya.

"Sapiah pembantu rumah yang diberi cuti tiga hari, hingga sekarang tak balik-balik. Kalau dia ada, boleh juga tanya, ke mana Razak pergi?" Dia terus berfikir sendirian.

Tiba-tiba saja wajah Razak bermain di ruang mata. Rasa bersalah terhadap Razak mencuit hatinya. Sejak berkempen selama dua minggu, dia tidak ambil tahu langsung tentang rumah. Semuanya diserahkan kepada Sapiah.

"Kalau kau sudah tak terpilih, buat apa kau nak sibuk-sibuk dengan kempen?" Tanya Razak ketika Rajmah meninggalkan rumah untuk berkempen.

"Saya ketua wanita bahagian. Saya harus bertanggungjawab menyedia dan melaksanakan program-program wanita dalam pilihan raya ini." Terang Rajmah sambil menyarung kasutnya di tangga.

"Tengah hari ni, saya tak balik makan. Saya ada ceramah pukul dua. Tak sempat nak balik. Malam pun begitu. Sebab di Masjid Kampung Tengah akan diadakan majlis membaca Yasin." Rajmah terus turun dari anak tangga meninggalkan Razak yang sedang terpinga-pinga.

Mengalah

Memang sejak awal lagi, Razak tidak merestui perjuangan Rajmah dalam politik.

"Rajmah, saya tidak menghalang awak bergiat cergas dalam kerja-kerja kebajikan. Baik di peringkat daerah mahupun negeri. Tapi bergiat cergas dalam politik, saya tak setuju." Razak memberi pendapatnya apabila dia mengetahui Rajmah telah terpilih selaku" ketua wanita bahagian. .

"Allah,. Abang ni, apa salahnya. Bukan saya yang mahu. Tapi mereka yang pilih saya," Rajmah cuba membela dirinya.

"Itu betullah. Tapi politik ni kotor. Nanti awak juga terpaksa main kotor. Saya tak suka nanti awak terpaksa berkempen memburukkan orang lain demi untuk menaikkan satu pihak yang lain." Tambah Razak dengan suara yang tinggi.

"ltulah, abang tak faham politik. Mana pula politik tu kotor. Yang kotor ialah orang yang main politik kotor. Kalau main politik bersih, maka bersihlah politik itu jadinya." Balas Rajmah dengan pantas.

Razak terdiam. Dia mengakui kata-kata isterinya. Dia sedar, Rajmah tidak akan mengalah dalam apa saja perdebatan. Sikap itulah yang sangat dibencinya sejak mula dia mengahwini Rajmah.

"Lagipun bang, apa salahnya saya bergiat dalam politik. Anak kita cuma dua orang. Kedua-duanya menuntut di luar negara. Dengan cara ini saya dapat mengisi masa lapang dan tidaklah saya kesunyian." Tambah Rajmah setelah dilihatnya Razak mula mendiamkan diri.

"Baiklah, awak akan sibuk dengan tugas di pejabat. Kemudian kerja-kerja amal. Lepas itu berpolitik. Mesyuarat sana, mesyuarat sini. Jadi awak dapat mengisi sepenuh masa dan tidak akan kesunyian. tapi, bagaimana dengan saya? Sentiasa keseorangan setiap kali pulang dari pejabat. Siapa nak layan I makan minum saya?" Suara Razak tiba-tiba meninggi.

"Sapiah kan ada. Dah sepuluh tahun dia jadi pembantu rumah kita. Dia dah faham melayan tekak abang tu." Pujuk Rajmah meyakinkan suaminya.

Pada hakikatnya dia bersetuju dengan pendapat Razak. Kalau terlalu lurus dalam politik, kita akan dicantas. Kalau terlalu bengkok, kita akan dibenci. Yang baiknya bersikap sederhana.

"Bersikap sederhana pun tak cukup, Rajmah. Kau mesti pandai mengampu ketua dan orang atas, kalau kau mahu dapat tempat," Saniah memberikan pandangannya dengan jujur.

"Sekalipun kau tidak setuju dengan cara dan sikapnya, tapi kau harus puji dia. Di belakang, kau nak hamput dia, kau nak maki dia, kau punya fasal." Sampuk Odah dengan pantas.

Rajmah hanya mendiamkan diri apabila mendengar hujah-hujah daripada rakan-rakannya sebelum pilihan raya du1u.

"Kau tengok YB Salamah. Apa ada pada dia? Bercakap di khalayak ramai pun tergagap-gagap. Sudah berapa penggal dia masih bertanding. Kerana apa? Kerana pandai buat kerja? Ha! Jauh sekali." Tambah Saniah dengan pantas.

"Melainkan kerana dia pandai mengampu. Jadi yes women sepanjang masa. Kalau ikut hati pengundi, Salamah tu dah tak ada tempat. Tapi kerana pengundi memilih parti, maka dia menang juga. Kalau..tidak .kerana parti, dah lama dia jalan." Sampuk Saodah dengan penuh perasaan.

"Aku akan cuba membuat gaya dan corak kepimpinanku sendiri. Aku mahu berjuang dengan ikhlas. Membela hidup rakyat dengan jujur. ltulah tekad ku, kalau aku jadi pemimpin," jawab Rajmah dengan tenang dan teratur.

"Tapi kau tidak akan lari dari tekanan-tekanan politik. Kau akan sentiasa dicabar dan diumpat ketika di belakang dan dipuji setinggi langit bila di hadapan kau," tambah lagi Saniah dengan sungguh-sungguh.

"Umpat keji bagiku itu adalah perkara biasa. Dan ia berlaku di mana-mana. Di pejabat kerajaan atau swasta, di dalam masyarakat harian malah kadang-kadang kawan baik kita pun sanggup menggunting dalam lipatan," jawab Rajmah pendek.

"Aku serahkan segala-galanya pada Tuhan. Bagiku, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," tambah Rajmah lagi.

Kata-kata Rajmah yang menunjukkan sikap tegasnya itu, telah membuatkan Saniah dan Saodah kagum dan terdiam.

Sekali lagi jam di dinding berbunyi. Menandakan sudah pukul lima pagi. Kelopak matanya sudah mula layu. Benaknya sudah tidak dapat dihantui oleh pertanyaan-perlanyaan ke mana perginya Razak. Akhirnya Rajmah terlena.

Dia bergegas bangun dari katil bila dia terjaga, dilihatnya jam di dinding sudah pukul 8 pagi. Dia mesti siap cepat. Jam 10 mesti berada di dewan besar kerana istiadat menerima bintang akan dilangsungkan.

Hati Rajmah melonjak kegembiraan. Kerana sebentar lagi dia akan menerima bintang terpuji selaku Tokoh Wanita tahun ini. Penat lelahnya dalam kerja-kerja amal dan politik telah terbayar.

Sewaktu bintang disematkan di dadanya, hati Rajmah berdebar-debar penuh bangga. Walaupun Razak tidak ada di sisinya ketika penerimaan itu, namun dia tetap berasa puas.

"Razak juga tentu bangga punya isteri yang berjaya," bisik hati kecilnya dengan megah.

Tiba-tiba sahaja wajah Razak bermain di ruang mata. Dia. bangga dapat suami baik seperti Razak. Mudah mengalah. Tak banyak bercakap. Tak pernah marah. Bukan kaki judi apa lagi bersikap mata keranjang.

"Kau sungguh bertuah Rajmah. Suami kau cukup memahami dirimu," kata Saripah ketika menemani Rajmah berkempen dahulu. .

Pujian

"Betul kata kau tu Saripah. Payah nak cari yang macam itu," sampuk Timah.

"Memang. Aku sendiri merasakan demikian. Bukan itu saja, malah kalau pembantu rumah bercuti, dia tak teragak-agak memasak di dapur. Kadang-kadang ke pasar pun dia buat," jawab Rajmah bangga disambut hilai tawa Timah dan Saripah.

Senyuman di bibir Rajmah terus terukir memikirkan pujian rakan-rakannya tentang Razak.

"Razak, aku sudah terlalu banyak mengabaikan tugasku terhadapmu. Mulai hari ini, aku akan tumpukan penuh perhatian pada kau dan rumah tangga kita," bisik hati kecilnya.

Sampai sahaja di rumah, dia terus masuk ke bilik tidur. Wajah Rajmah berseri-seri bila dilihatnya Razak sedang terbaring di atas katil. Dia terus memeluk tubuh Razak yang sudah sekian lama dia tidak berbuat demikian. Layanan mesranya berkurangan kerana tanggungjawab yang harus dipikul.

"Abang tahu, hari ini saya telah menerima Bintang Tokoh Wanita yang terpuji?" sambil Rajmah menunjukkan pingat yang masih tersemat di dada bajunya.

"Saya tahu. Tahniah," jawab Razak pendek.

"Sapiah mana? Saya beri cuti tiga hari, sampai sekarang tak balik lagi?"

"Sudah saya berhentikan," jawab Razak pendek.

"Apa! Kenapa?" tanya Rajmah kehairanan.

"Aku akan menikah dengannya," jawab Razak.

"Dengan siapa? Sapiah?" tanya Rajmah semakin bingung.

"Ya. Kerana layanannya menjaga makan minum dan pakaianku serta rumah ini, telah membuatkan dia berjaya mengisi kekosongan dan kesunyian diriku." Rajmah terpinga-pinga. Seolah-olah dia tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Razak.

"Tapi bang, saya telah memikirkan dengan semasak-masaknya. Malah saya telah mengambil keputusan untuk membahagi-bahagikan masa antara rumah tangga dan karier." Ayat itu dilafazkan dengan suara yang tersekat-sekat menahan sebak di dada.

Akhirnya Rajmah tidak dapat menahan perasaan. Tubuh Razak dirangkulnya sekuat-kuat hati. Air matanya mengalir membasahi bahu Razak tanpa henti.

"Maafkan atas segala kesalahan saya bang. Saya berjanji tidak akan mengabaikan tugas sebagai seorang isteri walau apa saja rupa bentuk karier yang saya pikul," rayu Rajmah.

Sedu-sedannya semakin pantas. Air matanya mengalir semakin deras.

"Maafkan saya bang. Maafkan saya," ulangnya berkali-kali dengan penuh keinsafan.

Lama Razak terdiam. Mungkin dia sedang memikirkan sesuatu. Dia sendiri sangat terharu dengan keadaan itu. Rajmah pula tidak mahu kehilangan Razak. Tidak ada erti kejayaan, sekiranya rumah tangga yang dibina sekian lama akan hancur berkecai.

"Berhentikan terus Sapiah bang. Saya akan mengurus sendiri rumah ini dan melayan abang sepenuh hati," sambil matanya merenung wajah Razak.

Lama kedua-duanya berpandangan. Kedua-duanya juga terdiam. Rajmah seperti tidak sabar lagi mahu mendengar jawapan daripada suaminya. Tiba-tiba Razak menarik badan Rajmah. Didakapnya tubuh itu erat-erat.

"Sapiah akan terus kita berhentikan," sambil Razak mencium dahi Rajmah.

Kemudian kedua-duanya berpelukan seperti teruna dara yang sedang tenggelam dalam lautan kasih sayang. Di bibir Razak terukir sebuah senyuman bangga kerana helahnya telah berjaya menguji kesucian hati isterinya bahawa suami adalah pilihan utama dari segala-galanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...