Aku teringat salah satu pesanan ustaz masa sekolah dulu.... salah satu pesanan yang aku terima ialah "banggakan diri menjadi anak atau isteri". Pesanan yang disampaikan oleh seorang ustaz sebelum kami pulang bercuti semester masa aku tingkatan 2 kalau tak silap.
Antara kupasan pesanan adalah untuk anak-anak sebaya dengan aku pada waktu itu. Sering kita dengar dan nampak, bila anak-anak dah meningkat umur mereka tidak mahu lagi ikut ibu atau bapa keluar bersama. Tak kiralah pergi shopping, kenduri, balik kampung, jumpa kawan atau apa-apa sahaja. Ustaz juga berpesan kepada kami supaya ikut sahaja apa kemahuan mereka selagi ia tidak bertentang dengan syarak. Memanglah mereka akan kata tidak apa jika tidak ikut bersama, tetapi hakikatnya anak-anak / isteri akan membuat hati ibu bapa / suami menjadi begitu tenang dan bangga. Kini bila aku dah berkeluarga, perasaan itu aku rasakan terlalu perlu.
Aku bertekad semenjak itu, aku sentiasa mengikut kemana sahaja abah mengajak aku. Walaupun aku ini tidak berminat untuk menonton bola, tetapi bila di ajak ke stadium aku tidak menolak. Malah aku dapat rasakan, abah, tok dan ayah sunguh berbangga dengan kehadiran aku disisi.
Semalam juga telah berlaku perkara yang sama. Mak dan abah singgah berehat di rumah sebelum berangkat pulang ke Lumut. Mak ada mengajak Nuqman balik ke Lumut. Macam biasa Nuqman akan gembira dapat ikut berjalan. Tetapi dia terpaksa tolak kerana Pica tidak ikut bersama. Nuqman pun tidak mahu berpisah dengan adiknya.
0 komen