BonusCoin Banner

Rabu, Jun 27, 2007

Official

Alhamdulillah,

Secara sahnya, kami sekeluarga dah berpindah rumah. Jarak cuma 1.7 km... Dua hari yang memenatkan, isnin dan selasa, kami berdua bertungkus lumus mengemas barang dan berpindah. Rumah di VSP dah ada Orang Iran sewa... untuk 3 bulan... Alhamdulillah, Terkeluar juga kami... kalau takde orang nak sewa, mesti sekarang nie masih melepak-lepak lagi. Kena ada pressure baru boleh buat kerja..

Sabtu dan Ahad hari tue aku takde kereta... pergi tukar tangki minyak... jadi secara rasminya, memang last week merupakan weekend paling idle. Aku cuma dapat beli T-Shirt Transformer je di Pasar Malam.

Apa yerk dah ada kat rumah 3/F...

  • Rumput dah pasang.
  • Dah tanam pokok limau, daun kari, pandan DSB
  • Lampu dah nyala.
  • ASTRO dah pindah.

Yang masih lagi tercari-cari ongkos untuk buat...

  • Besorkan dapur dan kabinetnya.
  • Beli Washing Machine dan IceBox
  • Amik katil baru
  • Beli katil Nuqman dan Pica
  • Buat wardrobe bilik

Yang lain KIV dulu... buat yang mustahak gile-gile... ok, minggu depan dah boleh start kemas rumah... hehehehe

Sabtu, Jun 23, 2007

Bila sendiri

hmm... tensennye bila tahu kita berseorangan... bila seseorang tidak mahu berkongsi, dan hanya mengharapkan kita berkongsi.... itulah dilema aku malam ini. Aku tak percaya kalau orang tak percaya!!! terus terang, aku masih tak tahu apa yang aku fikirkan sekarang. Apa langkah aku selepas ini dan apa akan aku harapkan di masa hadapan.

semalam aku bersibuk-sibuk dengan program audit PLKN. Alhamdulillah, keseluruhan 81 kem akan mula di audit tahun depan bukannya bulan ini. Balik kerja aku hantar kereta ke workshop. Dah seminggu aku dalam keadaan kerugian sebab tangki minyak bocor. Kereta siap petang tadi dan aku takde sen utk amik walaupun keperluan kereta minggu ini terlalu tinggi. Umi takde dan aku terpaksa bawa anak-anak pergi makan jalan kaki..... letihnya badan...

Khamis, Jun 21, 2007

Lelong lagi

Kepada kawan-kawan.... jangan mare... ini ada lagi beberapa item aku post. Alhamdulillah, agak menggalakkan projek lelong.com is150 nih. Semangat untuk berniaga aku semakin meninggi... hehehe

hari ini yang ada:

  1. Star Wars R2D2 - Cookies Jar
  2. Superman Return - CD Box set
  3. Cookies

apa lagi? jom ler bida...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kotak R2D2

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
R2D2

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Koleksi Superman Return

CD Box - Superman Return at Photobucket
Kotak Superman Return

Isnin, Jun 18, 2007

asma

16 Jun lalu... jam 12 tengah malam... kami sekeluarga ke Pusat Rawatan An-Nur di Bandar Baru Bangi. Nuqman batuk-batuk dan nampak penat. Kami ke sana mengambil nebulizer.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman jam 12 tengah malam

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman dan Pica

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nuqman dan Pica

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
nuqman jam 7 pagi

haaa. itu aje... sekarang kami dah ada pump di rumah...

Khamis, Jun 14, 2007

Gambo

Bila tengok-tengok balik hanpon aku baru perasan, last sekali aku updet gambo masa bulan april dulu... lama gak hidup aku bertangguh nih. Banyak lagi event-event yang berlaku yang tak sempat aku nak capture....


Camanapon, setakat ini ajelah yang aku sanggup kongsi...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku beli robot besar kat Lelong.com Semua sekali dalam 3 biji robot. 2 Anuar nye...

RoboWisdom at Photobucket
Al dan An

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Al, An dan Abang Nuar

Dinner Sharp di Park Royal Hotel rasanya. Hotel tue kat Bukit Bintang dan berhadapan dengan Lot 10. Target boleh menang LCD TV.... tapi dapat bawak balik door gift jer... An dapat Air Purifier dan Al dapat TV Color. Aku dan Abang Nuar dapat tengok pemandangan indah jer... hehehehe

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Inilah rupa rumah baru aku... Tengah buat 1st check dengan pemaju. Beso wooo.... 5 bilik dan 2 bilik air.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aktiviti Nuqman n Pica... cuba semakkan rumah lagi...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pica posing dengan poster Shrek 3

2 Jun 2007. Kali ini kami sekeluarga tengok Shrek 3 di Mines. Aku rasa tengok wayang dah boleh jadi aktiviti keluarga bulanan. Bulan depan boleh tengok Transformer lak...

Nuqman di KLIA at Photobucket

Pica di KLIA at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tunggu Umi di KLIA. Umi meeting di Beijing, China untuk 2 hari. Bertolak 5 Jun dan balik 7 Jun. Sambil tunggu macam biasa, park dan anak-anak main di Playground KFC KLIA. Main sampai puas kemudian boleh balik tidur...

PSP UMD at Photobucket
Hadiah aku dari Beijing. 2 PSP UMD

makan ais krim at Photobucket

Yang last nie.... sementara menunggu umi balik dari main Futsal di Bangi. Makan ais krim malam-malam depan rumah. Dah itu jer masa yang ada nak makan ais krim.

Itu aje setakat ini.... nanti kalo rajin aku updet lagi... hehehehe

Bocor Lagi

Enjoy, laugh & terhibur with this bilingual sajak to light up your day…

Bocor Lagi
by Keris Silau - Malaysia Today

Bocor teruk kata Samy
Wiring lama kata Ramli
Bangunan tua kata Nazri
Najib said it's PWD

Semua ada alasan sendiri
But where you all spent the money?
RM90 juta untuk cantikkan lobby
So that it looks luxury

Nice decor and nice settee
But now you kena letak baldi
Bocor teruk when it rains heavily
MP yang busuk pun boleh mandi

The floor is wet and slippery
The luxury lobby now looks untidy
Inilah dia third class mentality
Luar cantik tapi dalam very shoddy

Structure work should get priority
And now whose responsibility
JKR or Parliament Committee
While you all gaduh sama sendiri

Rakyat want an answer immediately
Otherwise kita tak bagi you undi
Sebab you spent money unnecessarily
You know it is taxpayers' money
So please spend the money wisely.

Apa nak di kato... memang betul pon...

Rabu, Jun 13, 2007

Lelong.com

Setakat petang semalam, sudah tiga item aku cuba jual di Lelong.com. Sepatutnya, malam semalam aku mencari-cari barang untuk di lelong lagi. Tapi perancangan aku hanya tinggal perancangan. Camanapun, hari ini aku cuti separuh hari. Insya-Allah kalau takde apa-apa yang ganggu, aku boleh cari lagi beberapa barang untuk di lelong...

Barang yang aku letak semalam:

  1. Star Wars R2D2 Cookie Jar from the Kellogg
  2. Chocolate Chips Cookies
  3. Chocolate Chips Cookies - cheaps

hmm.. ada sesapa nak order?

Selasa, Jun 12, 2007

Hari ini

hmm.... last 1hb aku update... semalam banyak kerja dah selesai. Semua report, paper work, proposal DSB dah aku siapkan... Alhamdulillah... dengan adanya bantuan rakan-rakan sekerja dan budak praktikal, lagi laju aku langsaikan hutang-hutang kerja aku. Lepas nie dah boleh start bina strategi jadi bos lak... hahahahaha

Lepas nie macam mana aku nak lebih berinternet? rumah baru belum boleh masuk line telepon. Esok baru aku nak minta transfer line dari rumah lama ke rumah baru. Jarak rumah lama dengan rumah baru cuma 1.2KM. Insya-Allah esok akan masuk paip dan elektrik. Grill dah siap pasang hari isnin lepas. Duit nak renovate dapur tak nampak lagi. Sehingga hari ini, di sekitar aku cuma hujan air, belum lagi hujan duit... kalau hujan duit pon, mesti nilai air lebih mahal dari nilai duit... betul tak?

Member-member online semua dah sibuk-sibuk update jer... sampai tak sempat aku nak baca blog kekawan... semalam aku dah start balik berLELONG. Kali nie aku nak jual colection-colection mainan aku lak bersama-sama barang-barang yang aku beli dan tak pakai. Itu antara kelemahan aku, kalau barang murah aku akan beli walaupun aku tahu yang aku memang tak perlukan..... hehehehe. Untuk permulaan aku try jual Koleksi Star Wars r2d2. Apa lagi? Bid ler cepat...

Banyak lagi yang aku nak tolak nih, semuanya personal colection. Aku tengan cari trading kad dan beberapa barangan-barang yang teramat berharga. Next beberapa UMD PSP akan aku tolakkan.... hehehehe. Yang aku tak jual cuma collection Star Trek aku jer.... Jangan lepaskan peluang ke-emasan ini...

Kalau jadi, insya-Allah aku akan 'on'kan balik kedai lelong aku. Mauklumlah, lepas nie dah ada ruang opis kat rumah. Satu bilik memang akan aku jadikan ruang kerja.. insya-Allah.

Wokey, doakan kejayaan aku... insya-Allah

Jumaat, Jun 01, 2007

sikap

semalam itu memenatkan... Insya-Allah kita boleh buat ia mengembirakan... GEMBIRA? Insya-Allah aku boleh memilih untuk bergembira. Bagaimana aku gembira dan apa definisi gembira aku, itu kena check dengan diri sendiri. Kalau hidup ini boleh di beritahu oleh setiap makhluk kehendaknya dan maksudnya... alamatnya, takdelah perang-perang, takde gaduh-gaduh DSB. Itu sebab manusia di kurniakan dengan sifat pelupa.

ntah, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi... bagi aku, setiap yang berlaku adalah hasil daripada kita minta. Kalau kita minta nak mati, insya-Allah keadaan di sekeliling kita membuatkan kita macam nak mati. Kalau kita cakap nak kaya, Alhamdulillah, keadaan sekeliling kita membuatkan kita kaya. Dalam islam, ia dipanggil usnuzon. Ini definisi aku... insya-Allah aku boleh bersangka baik, tapi dengan syarat besar... keadaan di sekeliling membenarkan aku bersangka baik. Tak kanlah aku nak bersangka yang tahi itu wangi kalau dah depan mata aku itu memang tahi. Itu dah kira melampau....

Minggu ini banyak dugaan yang datang di keliling aku. Dan alhamdulillah bukan semua dugaan itu negatif... lebih separuh memang dugaan positif. Dugaan di beri kemewahan di kala aku sudah mencukupi semuanya. Dugaan di beri kasih sayang di kala aku sudah memilikinya. Pelbagai dugaan lagilah... Terpulang kepada individu untuk bermuhasabah diri sendiri.

Itu sahaja komen aku untuk hari ini.

Semalam aku main boling... lawan kelas SHO.... kalau dapat gambo, nanti aku updtaekan... Insya-Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...