BonusCoin Banner

Isnin, Jun 13, 2011

Kesamaan Gender

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Dulu lain, sekarang lain, dunia sudah berubah... kata orang ramai... Betulkah berubah atau kita telah di perdayakan oleh mereka-mereka yang merancang? Kita yang gagal merancang sebenarnya telah merancang untuk gagal...
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Ahad, Jun 12, 2011

Berani Berubah

Minggu ini ada satu berita besar yang diterima oleh keluarga... Dan aku perlu membuat perubahan besar dalam diri... Sudahkah aku bersedia untuk bersara awal??? Ya... Aku perlu bersara daripada apa yang aku buat sekarang...

Dalam pemikiran aku, selepas ini akan aku tumpukan rezeki dengan menggunakan kepakaran imiginasi aku... Antara pilihan yang bermain di benak pemikiran aku ialah membangunkan aplikasi iPhone dan laman web... Beberapa hari kebelakangan ini aku cuba mengubah suai laman web NCSB. Siap di integrasikan dengan laman web NCSB di Facebook. Setakat ini aku berpuas hati... Banyak perubahan yang dibuat, dan NCB amat memerlukannya, memandangkan kami tiada cukup kakitangan untuk pembangunan-pembangunan selain aktiviti teras perniagaan.

Adakah aku sudah bersedia untuk mengatur perjalanan hidup sendiri? Selama ini aku amat berbangga menjadi seorang kakitangan NIOSH. Banyak yang aku perolehi di sini. Daripada pengalaman bekerja di dalam pelbagai bidang, sehinggalah dipertanggungjawabkan menjaga sebuah syarikat. Dalam usia semuda 28 tahun, aku telah di lantik dan dipertanggungjawabkan sebagai seorang Pengurus Besar. Terlalu banyak yang dapat aku belajar. Aku perlu melihat semua aspek perniagaan. Daripadamemajukan sebuah syarikat perniagaan sehinggalah menjaga manusia. Disinilah erti perancangan menjadi panduan utama di dalam hidup. Terlalu banyak yang perlu diambil kifa, daripada pandangan stakeholder, staff, pelanggan DSB... Bodek-membodek antara elemen yang tidak boleh dipandang rendah... Terlalu seronok aku menjadi seorang Pengurus Besar didalam tempoh lebih 3 tahun.

Bagaimanapun, keluarga menjadi elemen utama yang perlu aku utamakan. TAhta dan HarTA boleh dicari...

- Posted using BlogPress from my iPad

Khamis, Jun 02, 2011

Aku Abah

Ini kali ke berapa aku tengok Everybody's Fine... Salah satu cerita yang aku suka. Banyak yang boleh belajar. Jalan cerita yang sangat menarik dan old fashion. Kisah seorang bapa kepada 4 orang anak, seorang bapa yang mementingkan kebahagian anak-anaknya. Tetapi tak tau bagaimana meluahkannya. Memang menjadi lumrah, anak-anak lebih rapat dengan ibunya... Setiap apa berlaku dalam keluarga, terpulang kepada ibunya untuk mengawal. Apabila ibunya tiada, ayah cuba menggantikan tempat sebagai ibu...



Seorang ayah juga bertanggungjawab memberi keyakinan dan mengajar erti kehidupan. Bercakap apa yang ada di kepala memang sukar. Apa yang boleh seorang ayah buat adalah berdoa yang anak-anaknya faham maksud isi hati ayahnya.

Aku tak pernah mendengar abah berkata yang dia bangga dengan anak-anaknya... Tetapi aku tahu, yang abah memang berbangga...

- Posted using iPhone

Location:Jalan Seri Putra 2/4c,Kajang,Malaysia

Cubalah Paham

Dalam kehidupan ini aku sering kali di lontarkan dengan frasa "Cubalah Faham Perasaan Orang"... sampai aku dah naik muak dengar... Apa yang aku tidak faham?... emo aku semenjak dua menjak ni...

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... Akan aku halang setiap panggilan telefon. Bukan hendak menghalang, cuma hendak menunjukkan kepercayaan kita kepada mereka yang di lepaskan tanggunggjawab. Panggilan sehari sekali menunjukkan rasa ingin tahu... 3-4 jam sekali, menunjukkan kita tidak percaya... adakah aku tidak faham lagi?

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... Setiap kerja-kerja rumah aku lemparkan sahaja. Biarlah baju rosak di dalam mesin tidak berjemur. Biarlah baju tidak berangkat. Biarlah baju berselerak tidak berangkat.... walaupun ada beberapa yang masih bersepah... hakikatnya, ianya lebih teruk daripada sebelumnya... adakah aku tidak faham lagi?

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... Setiap kali kau balik dari 'outstation' akan aku biarkan sahaja keadaan rumah sepertimana yang berlaku. Tetapi kau telah membuatkan aku rasa takut dan berlari pulang cuba memperbaiki dan mengemas supaya kau tidak marah. Namun tidak pernah sekalipun kau mengucapkan terima kasih... malah setiap kali pulang, tidak pernah kau hargai. Ada sahaja tempat yang tidak puas hati. Depan berselerak, baju tidak basuh, pinggan tidak basuh, bilik tidak kemas, katil tidak siap dan setiap satu kau akan memarahi aku. Malah muka kau akan masam mencuka seolah-olah kehadiran aku menyusahkan. Sedarlah, aku juga bekerja seperti kau. Malah perkara yang sama juga berlaku kalau aku kerja luar. Setiap kepulangan aku, kau sambut dengan kerja-kerja rumah dengan alasan kau sibuk menjaga anak semasa aku kerja di luar... adakah aku tidak faham lagi?

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... setiap kali ahli keluarga ku menyatakan hasrat melawat ke rumah, kau akan buat muka masam mencuka. Setiap kali kehadiran aku perlu berikan sebab yang munasabah... kenapa perlu lawat? seolah-olah mereka hanya akan menyusahkan kau. Seolah-olah kehadiran mereka hendak merompak setiap harta benda kau. Namun mereka tetap datang dan cuba menagih simpati agar tidak mengecilkan hati kau. Pernahkah kau faham perasaan mereka yang tahu kehadiran kau di bilik tidur dan lebih mementingkan tidur daripada duduk bersama ahli keluarga. Cukup sekadar duduk sahaja tanpa sebarang provokasi... adakah aku tidak faham lagi?

  • Andai kata aku tidak Faham Perasaan... akan aku simpan setiap sen yang ada dan lebih berjimat cermat. Agar kelak setiap sen itu dapat membantu meringankan beban keluarga. Malah aku memilih untuk memenuhi nafsu makan, berbelanja lebih RM60 sepinggan hanya untuk bercerita yang kami pernah merasa semua restoran-restoran di Malaysia. Cukuplah sebulan sekali membazir duit dengan makanan-makanan yang lebih dari kemampuan... adakah aku tidak faham?

  • Andai kata aku tidak Faham Perasaan... tidak aku menjilat segala ludah yang telah di luah. Mengenangkan kau hanya mempunyai ibu. Tidak sanggup aku menyakiti hati seorang ibu. Tidak mahu aku mengambil kau kembali. Pergilah kau dari hidup aku, bergaullah dengan siapa yang kau mahu. Luahkan lah perasaan kau kepada suami orang lain. Kongsilah semua lagu-lagu cinta. Tidak aku pedulikan semua itu. Cuma mengenangkan nama baik keluarga dan nasib anak-anak... adakah aku tidak faham?

  • Andai kata aku tak Faham Perasaan... kau tidak menjadi suri dalam hidup aku... adakah aku tidak faham?
To be continue.......

Cubalah Faham... jangan sampai aku cakap... Ada aku kisah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...