BonusCoin Banner

Jumaat, Disember 16, 2011

Ujub

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

  • Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
  • Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
  • Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
  • Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
  • Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.


Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Check kereta lagi

Kali ke dua minggu ni, kali ni lampu engine menyala pulak. Lepas hantar anak ke VIS dan wife ke VIC, aku dan Irisa terus ke Wiesenthal Donaustadt.

Sampai Wiesenthal, jumpa Stanke kat parking. Dia terus tengok kereta, tak payah aku susah payah nak bagitau apa masalah. Payah gak bawak kereta canggih ni, rosak sikit terus menyala kat dashboard. Dan ini merypakan teknologi mercedes 10 tahun yang lalu!




Lepak minum cuppucinno dan Irisa macam selalu amik kitkat dan IceTee. Lama gak kali ni dorang check, dekat sejam baru si Stanke datang dan bagitau masalah. Sampai-sampai terus bagitau dalam bahasa german, dapat la aku beberapa term yang paham... Kemudian baru dia perasan, ooooh... English... Hehehe, aku buat-buat paham ja... Yang penting aku tanya, berapa kos? Dan bila boleh siap?

Semua dalam €200 dan spare part ada... Kena tunggu sampai 12tengahari... Nak balik dah jam 10:10 pagi sampai rumah dalam 20 minit kena keluar balik, so aku tunggu ajelah kat Wiesenthal ni.

Pergi ke workshop dan keluarkan Stroller Irisa, dia dah mula bosan... Dan dapat stoller terus tidur...




Safety first, naik stroller mesti nak pakai tali pinggang... Hmm... Lagi sejam nak ke jam 12 dan bateri iphone aku tinggal 21% je...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, Disember 15, 2011

Buat PhD?

Betulkah aku nak buat PhD? Memang tidak dinafikan itu merupakan salah satu daripada impian aku. Mempunyai title Dr kat depan nama... lebih daripada dapat title Datuk! Cuma dalam diri aku ni masih ada lagi ke harapan nak belajar? Masa selesaikan Master hari tu pun rasa susah sangat kepala ni nak belajar... banyak benda-benda lagha yang menganggu. Tengoklah blog ni, ikut suka aku je nak update atau tak.


Macamanapun aku mesti tabahkan diri untuk mula dan selesaikan pengajian aku. Rasa rugi lak, takde buat apa-apa... Nanti kalau balik Malaysiapun sekurang-kurangnya ada benda gak yang boleh membuatkan aku meneruskan kehidupan... Selain daripada menunggu hasil berblog je...

Tapi... apakah maknanya ada PhD?




Insya-Allah... kawan-kawan di luar banyak mendoakan yang terbaik buat umat Islam...

Selasa, Disember 13, 2011

Allah Maha Besar


"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.

Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Ali Imran - 26)

tazkirah/-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...