Saja nak kongsi sebuah video yang agak menarik mengenai mahasiswa 60an. dan Ini kenapa AUKU diperkenalkan...
Semalam seperti biasa orang rumah aku bermuka buku. Dia akan baca dan tonton video-video di mukabuku dan memberi komen-komennya kepada aku. Salah satu yang menarik perhatian aku dengan amarahnya dia menyalahkan situasi mahasiswa sekarang. Dan dengan pantas melabelkan ini semua boneka Pak Anwar Ibrahim. Memang dia cukup anti dengan DSAI dan cukup-cukup kagum dengan Tun Mahathir. Bagi mengelakkan selisihan keluarga, aku cuma berdiam diri dan buat tak reti.
Aku pernah terbaca yang mana DSAI ini juga perangainya sama seperti Tun semasa muda remaja. Berdemo dan meluahkan apa yang terbuku di hati... Boleh berpidato dan mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi. Jadi dengan menyalahkan DSAI yang mengawal mahasiswa sebenarnya menyalahkan tun sendiri... Jadi berdiam lebih baik...
Aku tidak ada masalah dengan idola orang rumah aku... cuma aku kurang minat dengan pemerintahan 22 tahun. Pemerintahan yang cukup lama dan cukup untuk melenyapkan satu generasi kepimpinan. Dan lihat apa yang berlaku sekarang? Sebaik sahaja Tun turun, semua orang berlumba-lumba mengaut harta. Secara tidak langsung dia telah memusnahkan Malaysia yang telah susah payah di bangunkan. Itu antara harga yang perlu dibayar.
Macamana ini boleh berlaku? Melenyapkan suara mahasiswa... Ya, aku percaya itu salah satu puncanya, dengan tidak membenarkan mereka bersuara dan mengeluarkan pendapat. Sebabnya, antara banyak otak aku berfungsi adalah semasa zaman mahasiswa. Aku tidaklah melibatkan diri dalam politik tapi aku cukup aktif dengan pelbagai aktiviti-aktiviti selain belajar 24 jam. Malah aku lebih banyak belajar dengan cara ini berbanding menelaah buku. Aku lebih paham apa yang aku belajar. Itu yang boleh di baca oleh Tun sebenarnya, dan beliau takut semua itu akan berubah...
Aku yakin dan percaya yang mahasiswa berpolitik ini bukan bermatlamat untuk menjadi YB. Tetapi lebih kepada untuk meluahkan apa yang difikirkan benar. Kerana aku pernah menjadi mahasiswa, dan pada waktu itu aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar. Namun di dalam kepala banyak gen-gen protes yang cuba di sampaikan.
Jadi??? Siapa yang rugi dengan menyekat suara-suara mahasiswa?
0 komen