BonusCoin Banner

Rabu, Mei 30, 2012

Bertangguhpun kerja jugak

Kata orang lama, "kerja bertangguh tak menjadi". Aku nih asyik bertangguh je dalam membuat kerja, sampai bertangguh itu dah jadi kerja aku lak... Kerja tu takdelah banyak sangat, cuma zaman teknologi dan gadjet nih. Banyak sungguh gangguannya, bila nak mulakan kerja... Ada sahaja yang mengganggu... Macam sekarang nih, bila menaip banyak betul notifikasi dari game ipad. Macamana nak siap kerja.

Contoh kerja bertangguh aku yang terbaik ialah blog nih! Kebanyakkan entri semua dah basi... Tunggu dua-tiga hari barulah nak cerita. Itu belum yang asyik bermain didalam pemikiran aku lagi. Masih lagi berlegar-legar dalam kepala tanpa di kongsi kepada dunia.

Sebenarnya, aku pun takde bertangguh sangat pun. Kebanyakkan kerja yang bertangguh merupakan kerja-kerja adhoc. Lazimnya perjalanan kerja seharian adalah sama atau rutin. 30 minit setiap pagi, sebelum menghidupkan enjin kereta aku akan log-in dua website GPT (Get Paid To). Alhamdulillah, hasil istiqamah aku selama dua bulan ni, mula menampakkan hasil. Insya-Allah, dapat hasilnya kelak banyaklah yang akan aku kongsikan bersama di alam siber ini.

Cuma bulan ini rutin seharian telah bertambah. 30 minit ke sejam terpaksa di sediakan untuk wii. Bermain game sambil beriadah. Alhamdulillah, berat badan aku sudah semakin menurun. Aku bukan lagi dalam kategori obesiti. Insya-Allah, sebulan dua lagi nampaklah hasilnya.

Kini cuma sejam sahaja sehari yang mampu aku sediakan untuk kemaskini blog-blog aku yang lain. Pendapatan aku daripada blog agak terjejas sedikit, ekoran En Google mula meletakkan terma yang pelik-pelik. Jadi minggu ini aku banyak buat selidik mengenai pengganti iklan dalam laman web. Kemungkinan besar aku perlu menjual produk, lagipun 9 daripada sumber rezeki datangnya dari perniagaan.


- Posted using BlogPress from my iPad

Isnin, Mei 28, 2012

Cuti dan Star Trek

Minggu ni anak-anak cuti dua hari, Isnin dan Selasa. Cuti yang agak panjang, cuma kami sekeluarga tak dapat ke mana-mana. Memandangkan bulan ni dah berjalan ke Jerman, jadi cuti kali ni lepak di rumah jer. Petang sabtu kami ke taman. Sempat gak aku merasa berjoging dengan kasut baru. Dapat lari 4.7km (semak Runtastic) lah juga.


Main gelongsor di DonauPark
Pagi ahad macam biasa pergi Flohmarkt. Banyak gak hasil mainan anak-anak. Tambah lagi barang-barang kat stor. Bawak balik esok banyak lah kekawan yang terima hasilnya, insya-Allah.

Pagi Isnin ni aku tak buat apa-apa. Lepas kemas rumah susun rak Star Trek aku. Tak banyak yang boleh susun, separuh masih lagi dalam kotak. Sayang nak buka. Rasa nak balik Bandar Seri Putra dan bawak balik koleksi yang aku tinggalkan kat stor. Balik Malaysia nanti, kena cari rak besarlah nampaknya. Itu belum kira koleksi yang kena catu dengan anak-anak lagi...

Koleksi Barangan Star Trek
Insya-Allah 2-3 minggu lagi sampai replika lightsaber lak...

Khamis, Mei 24, 2012

Isyak oh isyak

Dah berapa hari asyik terlepas solat isya'. Menunggukan waktu isya yang masuk jam 11 malam... Mesti tertidur. Tersedar jam 3 pagi dah terlepas waktu isya.

Anak-anak semua dah sebulan tak solat isya'. Lepas je Maghrib, dah kena masuk tidur. Kalau tidur lepas 9:30, payah lak nak kejut pagi ke sekolah...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bruckhaufner Hauptstra├če,Vienna,Austria

Rabu, Mei 23, 2012

Belum sempat

Belum pun nak kemaskini cerita mengenai percutian kami seklauarga di London... Minggu lepas kami ke Legoland Germany pula. Kali ini kunjungan mengejut buat anak-anak. Saja buat surprise sempena hari lahir Ismail Nuqman. Seronok tengok muka anak-anak bila nampak tanda masuk ke Legoland. Mulanya masing-masing tak mahu ikut.

Perjalanan dari rumah ke Legoland mengambil masa 5 jam setengah. Kami bertolak dari Vienna ke Gunzburg jam 3:30 pagi, cuba mengejar masa masuk jam 10 pagi. Jarak cuma 450km je, macam balik Kg Bukit, Kedah dari Bandar Seri Putra.


Pintu masuk Legoland German
Insya-Allah kalau rajin ada lah entry pasal jalan-jalan di Gunzburg, Germany. Lepas ni nak sambung tengok Game of Thrones balik, baru mula tengok sampai episod 5.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...