BonusCoin Banner

Rabu, Oktober 31, 2012

Adam dan Hawa

Akhirnya tengok gak aku cerita Adam dan Hawa. Rabu minggu lepas marathon 30 episod. Semalam habiskan lagi 6 episod. Semua sekali ada 80 episod katanya. Ada ke keinginan nak tengok sampai habis? Wallahuallam.

Am dan AinKenapa aku boleh terjebak? Sebab mudah, 'setengah aku' memang kipas susah mati Aaron Aziz. Disebabkan ada En Aaron berlakon jadi dia tengok. Lepas tu beli novel dia.

Cerita ni di buat berdasarkan novel terlaris. Kisah ego manusia, ego sehingga tidak berpaksikan kepada Iman. Kisah seorang wanita yang teraniaya, terpaksa berkahwin setelah ditangkap khalwat. Kemudian dia lari . Suaminya setia menunggu beberapa tahun lamanya sehinggalah mereka bertemu kembali. Suaminya yang di kategorikan jejaka idaman Malaya tetap setia menunggu.

Setakat episod ke 36 yang aku dapat tonton, aku cukup menyampah dengan watak Hawa. Seorang wanita yang kononnya baik dan dari kampung. Satu tanggapan melayu kuno. Dari kampung mesti baik. Tanggapan yang menjerar mereka dari kampung, menjadikan mereka ego dan merasakan syurga adalah ketetapan buat mereka.

Hmmm... Ada lagi lebih 40 episod. Adalah drama Malaysia yang boleh layan di bumi Eropah sini. Lepas ni nak layan cerita 'Keluarga Iskandar' lak

Jumaat, Oktober 26, 2012

Cuti musim luruh 2012 - hari 1

Lama tak bercuti dengan keluarga. Cuti musim panas lalu sibuk dengan berpuasa dan pindah rumah. Tak dapat nak merancang bercuti. Di kesempatan cuti musim luruh tahun ni, kami sekeluarga bercadang ke Klagenfurt, Austria dan Venice, Itali.

Alhamdulillah, sekolah cuti seminggu setengah. Pejabat UN pula cuti 25 & 26 Oktober 2012. 25 cuti Austria dan 26 cuti sambutan Aidiladha. Lebih kurang 4 hari kami sekeluarga bercuti.

Pagi ini lebih kurang jam 9 pagi kami bertolak ke Arriach, Austria. Tempat menginap dah ditempah melalui emel. Kami tempah Apartmen di kawasan pergunungan Alps di Arriach. Jarak dari rumah lebih kurang 370 km atau 5 jam perjalanan.

Seronoknya, ini kawasan pergunungan. Sejuk dan nyaman, kawasan perkampungan. Kalau musim sejuk memang menarik. Dari bilik cuma 8 minit berjalan ke kawasan bermain ski. Di sekitar penuh dengan kawasan-kawasan ternakan.

Sampai ke apartmen dalam jam 1 petang. Berehat sekejap dan kami sekeluarga keluar berjalan ke kawasan sekitar. Seronok dapat ber'hiking' di kawasan hutan pergunungan. Suhu 8 darjah C tidak terasa. Seronok mengamati dan menghayati pemandangan bumi ciptaan Illahi. Hampir 2 jam jugalah kami berjalan.

Di apartmen disediakan dapur dan perkakas memasak. Bahan-bahan semua telah kami bawa. Kami sepatutnya singgah Hofer, sebelum terus ke apartmen. Sepatutnya beli bekalan telur dan susu untuk sarapan pagi esok. Jauhnya ke pekan terdekat dalam 20 km.

Insya-Allah esok kami ke Minimundus.

Pusing-pusing kawasan sekitar apartmen
Aku dan mem
Hiking di Wurzelpark Arriach
Hiking

Rabu, Oktober 10, 2012

Laman Mukabuku


Hari ni memang terasa nak kemaskini laman mukabuku aku. Jarang-jarang guna macbook tengok FB. Biasanya guna iphone dan ipad pun jarang guna untuk FB. Mulanya cari beberapa gambar kat pakcik google. Banyak gambar-gambar menarik, dan aku pilih gambar-gambar koleksi Star Trek yang ada di sekitar rumah.

Minggu depan ada Destination Star Trek London, sayang tak dapat nak singgah. Insya-Allah kalau ada rezeki tahun-tahun mendatang boleh pergi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...