BonusCoin Banner

Isnin, November 26, 2012

Demi masa

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

Kita sebagai umat Islam sepatutnya menghargai masa. Kita patut lebih terdidik dengan kepentingan masa. Tapi... Apa yang sebenarnya berlaku? Negara Islam ku sendiri begitu payah menghormati dan menghargai masa.

Benarlah Al-Quran itu diturunkan sebagai panduan dan pedoman. Sebagai satu cara hidup. Kerana kita terlalu leka dalam angan-angan. Leka dengan nikmat dinia.

Sepanjang kehidupan aku di bumi Austria. Salah satu Apps musti ada ialah Qando. Apps Qando ini merupakan Apps untuk pengguna pengangkutan awam di Austria. Dari apps ini, kita boleh merancang perjalanan. Kata manusia sebelum ini "Gagal merancang merupakan perancangan untuk gagal".

Apa yang menarik Apps Qando ini ialah? Ketepatan waktu perjalanan bagi pengangkutan awam. Setakat ini, hampir 99% tepat. Kalau di sistem tulis bas sampai 9:47 malam. Tepat 9:47 terpacul bas di depan.

Hendak menjayakannya bukanlah mudah. Memerlukan komitmen oleh semua. Sudah beberapa peristiwa aku lalui, pemandu bas tidak menunggu penumpang. Kalau tunggu pun, mesti dia yakin yang perhentian seterusnya akan tiba tepat pada waktunya. Dan peristiwa-peristiwa ini telah membuatkan rakyat bertambah perihatin dengan masa. Malah rakyat lebih menghormati dan menghargai satu sama lain.

Al maklumlah, bilamana setiap unit menghormati masa. Seluruh sistem akan berlangsung dengan sempurna.

Lupa

Arghhh... Nampak sangat aku dah tua. Atau kehidupan yang mudah ni telah menjadikan pemikiran kurang kritikal.

Pagi ini ke VIE (Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna). Tujuan menyambut kedatangan beberapa warga Malaysia yang akan menghadiri kursus.

Pergi awal dengan niat nak lepak di Airport sambil minum kopi. Lagi 4 km nak sampai hati tergerak nak check beg duit. TERTINGGAL kat rumah. Park 1 jam €3.50, bongkar-bongkar kereta cuma boleh kumpul €2.80. Tunggu dalam kereta ajelah jawabnya.

Khamis, November 15, 2012

AES kedua

13 bulan memandu kat Austria rupanya, syukur Alhamdulillah atas nikmatNya. Terus terang bagitau, cara memandu Malaysia memang tak boleh di terapkan di Austria. Suasana dan persekitaran Malaysia memang kelam kabut. Semua perkara nak cepat, baik dari belajar, bekerja, berehat... Semua nak cepat. Sampai kita tak dapat mengecapi nikmat dunia kurniaanNya.

Berbeza duduk di tempat orang. Dapat belajar mengecapi pemberian Allah swr. Dengan konsep hidup sederhana, tidak di didik mengejar harta dunia dsb. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa konsep negara Islam susah nak jual...

Pagi ni dapat surat saman. Saman laju dari Graz. Ni saman laju kedua di bumi orang. Terbang €50, dekat RM200 tu... Bila ingat balik, kat Malaysia pun setahun satu gak kena saman laju ni. RM300 lagi...

Jadi beringatlah...

Ahad, November 04, 2012

Sediakan payung sebelum hujan

Amacam? Ada simpanan tak? Banyak orang kita takde simpanan. Bukan nak salahkan mereka, mungkin sebab utama memang tak cukup pendapatan rakyat Malaysia.

Aku pun sama je, paling payah nak simpan duit. Boleh kata habis je manjang duit gaji. Dapat 1,500 pun tak cukup. Dapat 10,000 pun tak cukup. Betullah kata peribahasa, besar periuk, besarlah keraknya. Masa gaji 1,500 selalu bagitau kalau dapat 2,000 cukuplah. Bila dah dapat 2,000 tak cukup gak. Doa dapat 2,500 dan seterusnyalah. Sampai bila pun tak cukup.

Jadi, apa aku buat? Cara aku senang je, gaji masuk dah siap-siap potong untuk simpanan. Boleh kata, lepas setahun kerja gaji yang dapat untuk belanja dan berbajet cuma 70% je. Lagi 30% dah siap-siap potong untuk simpanan. Masa mula memang payah, asyik pergi bank dan keluarkan duit simpan. Nasib baik terus simpan ke bank yang takde kad, kena keluar ikut buku. Memang payah dan leceh sikit, lama-lama boleh adapt dan kami boleh berbelanja dengan apa yang ada ditangan. Alhamdulillah adalah simpanan sikit.

Banyak gunanya ada simpanan nih. Biarlah sikit mana pun. Insya-Allah bila sesak-sesak adalah sikit simpanan memringankan beban.

Sabtu, November 03, 2012

Aku terima nikahnya

Semalam jejalan dalam web sambil cari-cari cerita Malaysia baru. Dan akhirnya aku sedut cerita "aku terima nikahnya" lakonan Nora Danish dan Adi Putra.

Bagitau 'setengah aku' dan dia cakap ni cerita baru. Dalam internet dah lebih seminggu ada rasanya. Jadi, pawagam keluarga petang sabtu ini ialah "aku terima nikahnya".

Kenapalah cerita ini tak ada menarik perhatian aku bila bermuka buku dan berjalan. Selepas 10 minit tonton, dah boleh tau matlamat cerita. Yang penting disini ialah menjual nama Adi Putra dan Nora Danish. 'Setengah aku' bagitau disebabkan cerita ni, Adi Putra hampir berpisah dengan isteri dia. Dan aku memang tak nafikan.

Susah nak terima dek akal bila mana filem Malaysia, pelakon Malaysia, produksi Malaysia cuba menghasilkan adegan-adegan romantik ala Hollywood.

Negara Islam tu... Dan yang penting pelakon Islam. Adakah aku ni kira kategori kolot?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...