BonusCoin Banner

Sabtu, Jun 29, 2013

iPhone Docking Speaker

Hari ni singgah Saturn di G3, sempat sambar sebijik Philips docking speaker untuk rumah. Terbang €77 untuk bulan ni. Niat asal cuma nak ke Primark beli baju untuk anak-anak di Malaysia.


Dah lama cari speaker iphone untuk rumah. iHome yang ada sebelum ni rosak di kerjakan anak-anak. Ni kira penganti iHome la. Lepas ni boleh le buka balik radio Malaysia kat rumah. Cuma sekarang ni, radio Suria FM dan Hot FM ajelah yang boleh dengar. Semua radio-radio astro dah kena block oleh Astro.

Hmm... Kena upload balik lagu-lagu melayu dalam iPhone. 


Semangat... Sampai rumah je terus upload album Michael Giacchino ke iPhone. Boring-boring boleh layan Soundtrack Star Trek.

Jumaat, Jun 28, 2013

Projek Iqra : #shoppingraya2013

Apa indicator dekat raya masa kini? Walaupun jauh dari Malaysia, semalam semasa memandu dan mendengar Suria FM, dah ada iklan-iklan kurma Yusof Taiyoob. Hmmm... petanda Ramadhan dah dekat... InShaAllah, dapat bertemu ramadhan lagi tahun ini. Ramadhan di perantauan dan tahun ini masih di dalam musim panas. Bermakna puasa 18 jam lagilah tahun ini.

Sambutan raya kini mungkin tidak semeriah yang di ingat, berbanding zaman kanak-kanak dulu. Baju baru, main bunga api, masak-masak juadah raya DSB... semuanya tidak lagi seperti dahulu. Masa zaman kanak-kanak dulu baju baru bukan perkara selalu dialami dan dirasai. Berbanding sekarang, tumbuhnya pasaraya-pasaraya besar dan kedai-kedai online. Hampir setiap bulan anak-anak kita membeli baju baru. Dengan adanya TV dan FB, fesyen baru ada hampir setiap waktu. Malah aksesori seperti kasut dan beg tangan juga silih berganti.

Ini buat aku terfikir, apa makna Aidilfitri buat anak-anak aku? Dimana kegembiraan dan keseronokan mereka di dalam menyambut aidilfitri? Walau apa pun kemeriahan aidilfitri, kita sebagai ibu bapa akan cuba terus menjadikan sambutan aidilfitri ini meriah. Tahun lepas, walaupun jauh dari Malaysia, kami cuba menyediakan juadah-juadah Aidilfitri seperti lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lagi.

Apa yang penting, kemeriahan suasana aidilfitri tetap dirasai walau di zaman apa pun kita berada. Di FB dah mula iklan-iklan kuih raya, busana raya, dan macam-macam lagi. Seronok bila dapat lihat, aidilfitri dalam diam banyak memberikan kegembiraan sama ada secara sengaja atau tidak. Walaupun semua kuih-kuih ini boleh di dapati bila-bila waktupun. Namun ia tetap di cari bila tiba aidilfitri. Keseronokan mengunyah kuih raya sambil menonton TV tetap ada.

Perkara-perkara ini membuatkan aku kagum terhadap sekumpulan rakan yang cuba memberi kenangan indah aidilfitri kepada anak-anak yatim. Projek Iqra' yang diusahakan wajar diberikan perhatian. Projek Iqra' memberikan kita peluang berkongsikan kegembiraan raya kepada anak-anak yatim. Dikatakan lebih 200 orang anak yatim ada untuk kita menyumbang.

Projek #shoppingraya2013 oleh cuba memberi sendiri pengalaman kepada anak-anak yatim pergi berbelanja sendiri keperluan-keperluan Aidilfitri di pasaraya. Ini merupa satu pengalaman yang sungguh bermakna buat anak-anak kita, yang mana ianya bukanlah sesuatu yang biasa buat mereka. Bukan pengalaman berbelanja besar dan mewah yang di minta, tetapi cukuplah sekadar pengalaman keluar berjalan-jalan. Pengalaman ber'shopping' yang mungkin hanya dapat dilihat melalui kaca TV atau hanya di baca di buku-buku cerita. Malah jika kita membaca majalah-majalah komik macam gila-gila, ujang, DSB... Shopping Raya merupakan antara kartun-kartun yang di tonjolkan. Kemeriahan Shopping ini mungkin sukar dikecapi buat mereka-mereka ini.


Apa yang boleh kita sumbangkan? Apa yang kita mampu? RM 5, RM 10 RM 100? Atau lebih berharga lagi masa kita? Luangkan masa membawa anak-anak ini sendiri pergi membeli belah Aidilfitri. Aku percaya setiap diantara kita mampu berbuat demikian.

Jom 'LIKE' laman muka buku  Projek Iqra' : https://www.facebook.com/ProjekIqra atau lawat http://www.projekiqra.com/. InShaAllah, kita mampu mengubahnya.

Selasa, Jun 18, 2013

Multifunctionsdetector by Powerfix Profi

Jalan-jalan ke dan singgah LIDL. Sempat sambar satu alatan tangan untuk bertukang. Cuma €5.99 je. Satu alatan yang tak dapat nak beli dengan nilai RM20 pun rasanya.
Alatan-alatan bertukang di Malaysia rasanya beratus-ratus ringgit. Lagipun ianya susah nak beli, cari kat kedai hardware pun belum tentu ada jual.



Alatan tangan mudah untuk memastikan adanya elektrik atau besi. Biasanya di rumah kita banyak buat kerja-kerja bertukang yang melibatkan
drill. Untuk keselamatan sebelum kita drill, baik di pastikan dulu tapak yang hendak di drill ada paip atau elektrik.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ahad, Jun 02, 2013

Epik 5 : Akaun Simpanan


 
Salah satu benda yang menarik dalam Anno 1777 ni ialah bank. Sistem perbankan merupakan salah satu perkara didalam sistem masyarakat atau bandar. Bank dapat membantu mereka-mereka yang mengambil peranan pelabur boleh melabur dengan lebih banyak.

Sudah menjadi bisnes model sebuah bank, keuntungan syarikat / bank adalah melalui pinjaman dan faedah. Oleh itu, model perniagaan bank di dalam Anno 1777 juga serupa. Memberi pinjaman kepada orang awam dan mengenakan faedah dalam proses pembayaran balik. Untuk sebuah negara atau bandar yang besar, beratus penduduk aktif. Bisnes perbankan ini memang nampak hasilnya. Aktif sepertimana bank-bank yang ada di alam sebenar.

Bank juga memerlukan modal, antara modal yang boleh dipungut adalah dari membuka akaun simpanan kepada pelanggan. Alhamdulillah, berkat pengumpulan duit daripada negara-negara luar, dapat buka beberapa akaun simpanan. Setakat ini baru ada 2 akaun simpanan, di Bank Austria dan United Kingdom. Satu lagi akaun duit Gold Anno 1777. Cuma duit simpanan ni tidak semewah keuntungannya. Daripada yuran (simpan dan keluar) yang dikenakan dan faedah daripada simpanan, kita perlu lebih kurang 100 hari baru nampak keuntunggannya.

Masa sungguh cepat berlalu, diam tak diam dah lebih 300 hari aku berada didalam dunia maya Anno 1777. Apalah 100 hari simpanan bila mana keuntunggan duit faedah simpanan kini boleh membeli beberapa Gold kelak.

Tunggu 100 hari lagi... hehehe
Alhamdulillah, dapatlah aku buka beberapa akaun. Cumanya belum lebih 100 hari lagi. Baru 2 minggu rasanya buka akaun di Bank United Kingdom. Itupun bila nampak ada 40 lebih pound (GBP) dalam simpanan. Daripada tukar beberapa Gold, baik simpan dalam bank. Untung-untung boleh membiak duit dalam simpanan bank.

Amacam???? Ada berani??? Atau nak tunggu untung beribu tanpa keluar modal? Realistik? Atau fantasi?

Jom sertai ANNO 1777

Bahagian 3 : Berpakaian
Bahagian 4 : Rumah Sewa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...