BonusCoin Banner

Isnin, Oktober 28, 2013

TV Epal

Akhirnya beli gak Apple TV. Setelah bertangguh sekian lama. Dapat kat ebay.at dengan harga €71. Bolehlah untuk Apple TV 3rd Generation.


Banyak lah juga faktor diambil kira sebelum membeli Apple TV ni. Antaranya versi/generasi berapa? 2 atau 3. Kalau beli yang 2 boleh di 'pecah-penjara'kan. Cuma perlu ke? Dulu masa mula-mula guna iPhone pun serupa... Sibuk nak 'jailbreak' tapi takde pun apa kelebihan sangat pun. Bukan sibuk-sibuk nak curi apps pun. Banyak yang guna sekarang pun percuma. Adalah 1-2 apps yang betul-betul berbaloi dengan nilai 99sen atau 9.99USD.

Akhirnya beli generasi terbaru. Dan untuk seminggu yang lalu, aku sibuk belajar menggunakan Apple TV dengan lebih efektif. Bermula dengan streaming fail-fail video dari iTunes. Sampailah menonton perlawanan-perlawanan sukan secara live.

Apa yang penting, sekarang aku dah jumpa laman web (Pautan 2) yang tawarkan streaming tv-tv Malaysia. Dapatlah terubat rindu untuk tonton TV3, Astro Ria, Astro Ceria dan banyak lagi. Terubatlah sikit jiwa di bumi asing ni.

Cuma apa yang penting bagi pemilik Apple TV, ianya amat-amat berbaloi bagi pengguna produk-produk iOS. Jadi bertambahlah kegunaan iPad dan iPhone dalam rumah ni.

Sekarang tengah fikir nak tambah lagi 2 atau 3 Apple TV. Nak letak di setiap TV dalam rumah ni.

Isnin, Oktober 21, 2013

Kos hidup


Lagi luahan kos hidup di Malaysia.

Kalau di sini, amik barang lokal atau mampu milik:

Kicap €2.50
Sos tomato €1.50
Sos cili €2.50
Sos nandos €2
Beras 2kg €4
Sepapan telur €5 (25 biji)
10 biji ubi kentang €3
Cecair mandian €2.50
Ubat gigi €1
Syampoo €3

Dalam €27 atau RM108... Kawan aku terpaksa belanja RM90 untuk barang yang sama. Dan disini, separuh barangan yang dibeli bukan makanan ruji orang eropah. Dengan kata lain barangan import. Mana murah? Sudah tentulah Malaysia jauh lebih murah.

Tetapi, kenapa rakyat Malaysia tidak mahu bersyukur?

Sebabnya, mereka sedar yang gaji seorang peon (office boy) ialah €1,800. Dan kalau kita ambil gaji peon di Malaysia RM1,800 juga... Mana lebih menguntungkan?

Peon Malaysia terpaksa membelanjakan 5% dari gajinya manakala peon kat Eropah cuma belanja 1.5%. Kali ini mana lebih menguntungkan?

Ini bukan masalah bersyukur atau tidak. Aman atau tidak.

Buang 1 liabiliti

Alhamdulillah... Hari ni habis lagi satu hutang kad kredit. Lega banyak hati ni. Hidup di Malaysia dulu hampir-hampir tak dapat melarikan diri dengan hutang. Keadaan sekitar menjadikan aku sebagai rakyat berhutang. Mana taknya, selesai alam persekolahan aku diperkenalkan dengan pinjaman pendidikan. Rasa macam tiada pilihan lain, tiada opsyen lain selain tanda tangan borang pinjaman pendidikan.

Tak cukup dengan itu, sebagai graduan aku tidak dapat lari bagi mencari kerja secepat mungkin. Perkara pertama yang perlu di buat ialah memulakan pembayaran pinjaman pelajaran dengan faedah pengurusan 4%. 

Kehidupan di alam pekerjaan tidak semudah itu. Rumah-rumah yang berhampiran dengan kawasan pekerjaan memerlukan belanja sewa yang tinggi. Akibatnya aku terpaksa menyewa jauh. Keadaan kehidupan di Malaysia memerlukan aku sekali lagi membuat satu lagi liabiliti. Kali ini pinjaman kenderaan pula. Tiada opsyen lain, tiada laluan yang berdekatan boleh disampai dengan pengangkutan awam.

Setelah mempunyai kenderaan sendiri, aku telah diperkenalkan dengan satu lagi liabiliti. Kali ini 'kad kredit'. Katanya dapat memudahkan aku mengisi minyak dan dapat membantu bila mana keadaan-keadaan luar kawalan. Memang benar, aku telah di uji dengan kenderaan aku sendiri. Tayar meletup ditengah-tengah jalan raya yang tidak di turap sempurna. Akibatnya, aku terpaksa mengantikan bukan sahaja tayar kereta malah dengan rim-rim sekali perlu diganti. Di situlah bermulanya episod liabiliti kad kredit aku bermula.

Kini aku tinggal beberapa liabiliti perlu diselesaikan sebelum dapat berangkat dari dunia yang fana ini dengan aman. Aku tinggal lagi dua kad kredit, satu pinjaman pendidikan, satu pinjaman persendirian dan satu pinjaman perumahan. InShaAllah jika semua berjalan lancar 500 hari dari hari ini aku akan tinggal dua liabiliti sahaja.

Ahad, Oktober 13, 2013

Semangat menyimpan

Hari ni sempat ke flohmartkt geweberpark. Pergi berdua dengan Nuqman je. Target utama kami ialah games xbox 360.

Bertolak agak lewat dalam jam 10 pagi. Tengok cuaca cerah dan tak berapa sejuk. Jadi, Nuqman ajak ke sana. Kami pergi berdua naik tram 26 je. Timing memang terbaik, sampai je stesen Zanggasse, tram pun sampai.

Dari stesen Zanggasse ke Geweberpark cuma 5-6 minit sahaja. Dan kami buat keputusan yang betul untuk naik tram, sebabnya Flohmarkt pagi ini ambil keseluruhan parkir kereta. Kalau memandu tadi, alamatnya parkir dekat-dekat stesen tram lah.

Walaupun gerai banyak hari ni, tapi nasib tak menyebelahi kami. Hasil cuma Lego Exo-force, 2 game nintendo DS dan tempat simpan syiling.


Hari ni lebih bersenam sahajalah. Balik dari flohmarkt pun nasib kami agak baik. Elok keluar lift, tram pun sampai.

Sampai rumah, terus susun syiling-syiling dalam tabung.

Rabu, Oktober 09, 2013

Keselamatan lwn sekuriti


Semalam dapat tambah ilmu baru. Mungkin dah lama tahu cuma terpendam dalam hati. Sebelum ni ada gak dengar persoalan "safety vs security" cuma orang tak pernah tanya. Jadi kita buat tak reti ajelah.

Contoh mudah yang dapat semalam ialah perbandingan dalam mengendalikan bahan nuklear. Kita tahu bahaya radiasi. Oleh itu, bagi orang keselamatan, dia akan letak tanda "bahan radiasi" di pintu. Tapi tidak untuk orang sekuriti. Ia lebih mendatangkan bahaya. Jadi orang sekuriti akan letak satu lagi pintu di depan pintu yang ada label bahaya tadi.

Mudah, lepas ni kalau tanya dalam soalan temuduga/ interview dah boleh jawab.

Selasa, Oktober 08, 2013

Main game

Lama dah tak main game. Sejak kawan tumpang rumah, dan wii ada kat bilik tetamu. Kami sekeluarga stop main wii. Minggu lepas, akhirnya kami beli konsol game baru untuk ruang tamu. Kali ni Microsoft X-Box 360 versi Star Wars. Beli yang second-hand je... dapatlah €180 dengan 6 game.


Yang best dapat kinect sekali... Revolusi baru dalam permainan video. Mudah nak bersenam lepas ni.

Lepas ni giler main x-box la pulak.... Sebelum menyimpan untuk PS3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...