Semalam saya, Intan dan Simmi ke Global Village untuk menikmati musim terbaharu, Season 31.
Musim kali ini kami memilih untuk datang pada hari kedua. Season 29 dan 30 dulu, kami datang tepat pada hari pembukaan. Seronok memang seronok, tetapi banyak kedai masih belum bersedia. Ada yang belum buka, jadi masa kami banyak dihabiskan dengan menunggu.
Kali ini kami cuba ubah strategi. Datang hari kedua, mudah-mudahan lebih banyak kedai sudah mula beroperasi dan kami dapat menikmati suasana dengan lebih santai.
Global Village memang antara tempat kegemaran Intan. Musim lepas sahaja kami datang lebih daripada lima kali. Setiap kali berkunjung, mesti ada satu tempat makan yang kami singgah: Yahya. Sudah macam rutin pula... sampai Global Village, cari Yahya.
Intan pula sudah mengenali Global Village sejak tahun 2008 lagi. Kalau ada saudara atau kenalan datang ke Dubai, tempat ini antara yang selalu dia syorkan. Memang banyak benda boleh dibuat di sini: berjalan-jalan, tengok persembahan, membeli-belah dan mencuba makanan dari pelbagai negara.
Harga tiket masih sama, iaitu AED25 pada hari biasa dan AED30 pada hujung minggu. Kalau tak silap, warga emas, orang kelainan upaya dan bayi boleh masuk secara percuma. Untuk kepastian, elok semak semula syarat kemasukan terkini sebelum datang.
Tahun ini diskaun Fazaa belum diaktifkan lagi, jadi kami bayar harga penuh untuk tiket. Cabutan bertuah Dream Dubai pun tiada tahun ini. Aplikasi Global Village pula bermasalah semalam, jadi kami beli tiket secara online di laman web Global Village.
Pro tip: beli tiket online siap-siap dan simpan kod QR dalam telefon. Kalau beli di kaunter, mungkin perlu beratur panjang. Biasanya kami tak bawa beg atau handbag ketika masuk kerana beg perlu diimbas dan diperiksa.
Barang yang boleh dipertimbangkan untuk lawatan
- Kasut jogging lelaki Spayu — Lihat di Shopee
- Power bank magnetik 10,000 — Lihat di Shopee
Pautan Shopee di atas ialah pautan affiliate. Saya mungkin menerima komisen jika anda membuat pembelian melalui pautan ini, tanpa kos tambahan kepada anda.
Bab makanan, harganya terasa agak keras sedikit kerana kebanyakannya bermula sekitar AED30. Tapi pilihan memang banyak, termasuk makanan yang sedang viral dan makanan yang mungkin susah ditemui di tempat lain. Datang dengan perut kosong memang satu keputusan yang bijak : bijak untuk nafsu, tapi bukan untuk dompet! 🤣💸
Antara tempat yang memang kami singgah ialah Yahya. Kali ini saya order Indomie Tom Yum ayam dan Thai ice tea. Intan dan Simmi makan mee goreng korea. Saya tak order daging grill semalam sebab sekarang tengah jaga makan.
Ada satu lagi sebab Intan suka singgah di sini. Makcik yang bekerja di Yahya itu sudah ada sejak kali pertama Intan datang. Memang dia sudah cam muka Intan. Kalau makcik itu jaga kaunter, banyak diskaun yang dia bagi. Alhamdulillah!
Ada beberapa gerai baharu yang kami nak cuba, tapi bila nampak barisan panjang… mungkin lain kali, Insha-Allah.
Kami kembali menikmati kopi dan dessert di BISQO, tempat yang kami kenali sejak musim lepas.
Sebelum balik, kami ke Pavilion Yaman untuk top up stok madu. Macam biasa, saya beli madu dengan habatussauda. Ada satu madu VIP yang sedang dipromosikan...nama produknya saya tak ingat, harganya AED1,500 sekilo. Pujuk-pujuk, akhirnya rebah juga. Habis AED500 untuk beli lima botol madu!
Kami bertiga menikmati suasana Global Village pada malam itu. Memang puas berjalan, makan dan melihat pelbagai tarikan. Ini antara momen pilihan daripada kunjungan kami ke Season 31.
Ulasan