BonusCoin Banner

Selasa, November 21, 2006

Gathering Raya TDKz

Alhamdulillah... berjaya gak program gathering raya nih... punyalah semangat, aku sampai jam 4.30 petang... Syimah pon tak siap lagi... tak lama lepas aku sampai, hujan lebat lak... punyalah cuak. Nasib baik hujan kejap jer.. tunggu punya tunggu, Datang ler Fahmi, Sherry, Ade, Ajoey petang tue....

Alhamdulillah, ramai gak yang hadir malam tue... rasa macam bangga sangat... collection pon banyak lebih... boleh bawak ke next gathering...


Asyimah, Fahmi, Ajoey dan Aku


Pica minta orang makan


Aku, Ajoey dan Irman Tooth


Antara suasana BBQ


Meeting / perbincangan

Gambar-gambar semua ihsan daripada Sherry. Next Gathering will be at PD.... tunggu....

banyak nak citer tapi malas........ kerja banyak...

Horoskop

Saja lepak-lepak kat friendster dan baca horoskop aku pagi nih...

Friendster Horoscope for November 21, 2006

Capricorn (Dec 22 - Jan 19)

Logo CapricornThe Bottom Line
The pace of your life is a lot faster than you may realize right now. Slow it down!

In Detail
The pace of your life is a lot faster than you may realize right now. Your unconscious speed may not be bothering you, but it might be bothering the people in your life. This go-go attitude of yours might be sending out the wrong message -- a vibe that says you're not willing to wait for anyone else to catch up, that says you've got too many important things to do. But that's not really true, is it? Make sure you're in step with everyone else right now. You could use the company!

Bukan nak percaya kepada horoskop, tapi kadang-kadang kita perlu membuka minda sedikit terhadap pemikiran lain. Memang hidup aku terlalu laju... memang aku mampu berjaya dan pada aku sekarang nie aku terlalu berjaya... Alhamdulillah...

Tapi cita-cita aku bukan nak jadi kaya dan senang... aku nak hidup bahagia dan gembira... Insya-Allah...

Khamis, November 16, 2006

Kegembiraan

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu hampir tiba..... penyeksaan tinggal bersendirian selama 2 minggu nie hampir berakhir. Banyak dugaan dan suka-duka aku lalui. Banyak pengalaman yang dapat dikongsi dan tidak. Banyak syaitan datang mengganggu.... Betullah kata orang yang kita akan sedar bila kita kehilangan sesuatu...

Kadang-kadang kita tidak sangka apa yang oleh berlaku dalam diri kita. Sejak kebelakangan ini aku sudah tahu apa yang mahukan dalam hidup aku. Memang aku tidak suka sendirian... itu sebab sebelum kahwin aku bagitau pada kekasih aku yang aku tidak mau dia bekerja.... tapi itu satu ketika dahulu... kekasih aku pada masa itu yang bersetuju dengan aku tidak lagi bersama aku....

Banyak pengalaman menarik aku terima dalam dua minggu nie.... banyak aku mengenali hati budi perempuan... kekadang rasa macam drama lak... tak sangka aku boleh di 'sexual harrastment'kan oleh beberapa orang wanita... Mungkin satu hari nanti, bila aku tidak dapat mengawal nafsu dan kasih sayang aku, aku akan terjerumus..... minta-mintalah ada manusia di muka bumi ini memahami aku.....

Photobucket - Video and Image Hosting
13 Nov 2006 - Makan di Mamak

Photobucket - Video and Image Hosting
Gelagat Pica minum air kotak

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman tengak order

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica makan roti canai

Photobucket - Video and Image Hosting
15 Nov 2006 - Pica bersiap ke rumah Mak Ros

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica dalam kereta

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dalam keretaa

Photobucket - Video and Image Hosting
15 Nov 2006 - Pic cakap telefon dengan Umi

Photobucket - Video and Image Hosting
Giliran Nuqman cakap telefon dengan Umi

Begitulah serba sedikit kehidupan kami 3 beranak.... menarik dan gembira tetapi tiada gunanya jika tidak dapat dikongsikan bersama orang tersayang. Bagi sesetengah umat mungkin aku bukanlah seorang yang memahami dan bodoh... tapi inilah hakikatnya... hakikat kehidupan bodoh aku...

Insya-Allah tengahari nie Fitriah Bakri balik dari outstation di Melaka. Insya-Allah

Jamuan Raya KSM

Well, ini bukan 'Palace of Golden Horses'... tapi cukuplah untuk macai-macai macam aku nih.... Hari nie KSM buat open house Aidilfitri di Parcel D, Putrajaya. Menarik gak, setiap jabatan menyediakan satu gerai juadah. Ada banyak makanan antaranya Char Kuey Teow, Lemang, Laksa, Nasi Minyak, Sate, Murtabak, Buah-buahan, Kuih-muih, ABC, Cendol dsb.... tak larat ler nak makan... tapi aku macam biasa.... tinggalkan semua kawan-kawan dan makan sorang-sorang.... lepas tue baru dorang join aku...

NIOSH pergi satu bas... tapi tak penuh ler. Ada la dalam 20 orang kakitangan. Itu tak termasuk team management. Kami bertolak dalam 12.15 tghari dan sampai dalam 12.30 tghari. Balik opis pada jam 1.45 petang.

Band NIOSH, DERIA buat persembahan. Dah makin glamer DERIA nie sampai NIOSH boleh buat anak syarikat barulah lepas nie..... hehehehe

Photobucket - NIOSH DERIA
DERIA buat persembahan

Photobucket - Video and Image Hosting
5 orang DERIA, NIOSH

Photobucket - Video and Image Hosting
Antara aksi DERIA lagi

Photobucket - Video and Image Hosting
aku tengah makan

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku masih makan

Photobucket - Dato Johari Basri
Dato' Johari Basri (ED NIOSH) menyanyi

Balik opis banyak kerja lak... esok Open House NIOSH lak...

Isnin, November 13, 2006

Jamuan Raya Bahagian Korporat

Akhirnya apa yang dirancang, berjaya juga... Alhamdulillah... Perancangan asal cuma jamuan untuk QMU dan AFPM jer... kemudian member-member AKAUN dengar jadi jemputlah sekali... kemudian HRUpun nak join... last-last majlis kecil-kecilan jadi majlis untuk jemputan seluruh NIOSH. Alhamdulilah, majlis agak meriah...

Majlis bermula dari jam 1 petang sehinggalah 2 petang (waktu rehat makan tengahari).

Makanan banyak, antaranya ada laksa, lemang, ayam goreng berempah, roti jala, nasi impit, kuah kacang, spegetti, sate, kuih-muih, puding, kek coklat, puch buah dsb..... tak termakan... semua bawak sorang sikit.... kumpul-kumpul boleh makan satu NIOSH....

Contribution aku cuma 6 botol air berkarbonat dan ais.... hehehe... tinggal sorang, sapa nak masak?

Photobucket - Video and Image Hosting
Antara tetamu datang ambil makanan

Photobucket - Video and Image Hosting
Spegetti oleh Al dan Zaeem

Photobucket - Video and Image Hosting
Atara staff (tetamu dan tuan rumah)

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Mejor Hanif

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Kak Amiza di gerai Laksa. (ABC sekadar hiasan)

Photobucket - Video and Image Hosting
antara ragam dalam majlis

Seronok, daripada nak buat dalam bilik OCC... lepas tue kena hi-jack... last-last buat di open space cafe... tetamu NIOSH pun join sekali... dan Alhamdulillah makanan banyak...

sendirian

Memang bosan duduk sendirian... kadang-kadang buat aku terpikir... kenapa hidup aku macam ini? aku tak pernah mintak hidup macam ini. Aku juga ingin berjaya... tetapi kenapa aku yang harus bekorban? Aku buangkan semua cita-cita aku kerana apa? kerana cinta? kerana hormat? kerana gembira? aku pun tak tau..... orang mahu melihat aku berjaya... tetapi orang juga tidak memberi peluang.... sebaliknya orang jugalah yang merampas peluang aku berjaya.... aku teringat minggu lepas tengok movie di ASTRO, kata-kata dalam filem tue memetik "you are worthless and not worth caring you out"

Cukuplah pasal aku.... dari hari jumaat lalu, aku berehat di rumah bersama anak-anak.... gembra dan seronok sangat... tetapi apakah maknanya?

Petang Jumaat kami balik ke rumah dan sebelum itu singgah di Kedai Mamak untuk makan malam.

Photobucket - Pica n Nuqman makan roti canai
Singgah makan roti canai sebelum balik kerumah

Hari sabtu ingat nak pergi ke Melaka, ada pernikahan Dayak... tetapi takde geng lak... masing-masing tak cukup sen, almaklum... bulan lepas gaji masuk awal... nak sambut Raya Aidilfitri... jadi semua sen dah abis akibat tak bijak berbelanja... termasuklah aku... hahahaha. Jadi kami berehat di rumah jer... Ajil jemput ke rumah di Ampang pun malas nak pergi... takde mood... cuma 3 petang kami ke rumah Amin NIOSH jer... dekat sikit...

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica kepenatan tidur tengahari

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman makan Roti jer tengahari nie

Balik daripada rumah Amin sepatutnya kami ke padang.... tapi hujan lebat lak... akhirnya kami lepak di rumah jer, baring-baring.... niat nak jumpa orang... tapi apakan daya... tidak dibenarkan... berehat-rehatlah kami tiga beranak di rumah...

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica bermain bersama

Pagi ahad kami keluar ke Amcorp Mall... ingat nak pergi hantar repair W800i yang aku pecahkan skrin dia... tapi nasib kami tak berapa baik sebab Sony Ericsson Service Center tutup hari Ahad... akhirnya kami tiga beranak jalan-jalan window shopping... seronok? susah nak kata... tapi aku dapat rasakan Pica dan Nuqman ada sedikit takut berjalan sebab orang terlalu ramai. Pica setiap kali membetul dan menguatkan pimpin tangan aku. Tapi bila kami jalan-jalan dalam Giant, masing-masing buat haluan sendiri.... masing-masing cari barang sendiri...

Dalam perjalanan balik, kami singgah beli makan di McDonald Sg Besi...

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica menikmati air Milo dalam pejalanan pulang ke rumah

Begitulah antara rutin hujung minggu kami... aku tahu, tak berapa ramai orang menghargai. Cakaplah, hargai banyak manapun.... hakikatnya... kami di campak ketepi setiap masa... sedih... memang sedih... dan sebenarnya aku malu membawa dan menjaga anak-anak sebenarnya... kemana aku pergi, orang bertanya..... mana oran itu? apa aku nak cakap? asyik alasan kerja jer...

Jumaat, November 10, 2006

Aku bukan untuk Mu

Sejak kebelakangan ini, aku susah nak beritahu apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup aku... mungkin lagu ini dapat aku kongsikan sebagai apa yang aku rasa setakat ini... memang rasa terbuang dan diperbodohkan...

Rossa_Aku_Bukan_Untukmu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Memang inilah apa yang aku rasa sekarang nih... rasa macam tak nak lagi wujud di bumi ini....

Khamis, November 09, 2006

Gambar last week

Satu petang yang sungguh penat, punyalah banyak kerja... last-last aku update gambar-gambar dalam k750i aku ke PC dan seterusnya share dalam blog.... kat opis masih ramai orang, esok PUSPANITA NIOSH anjurkan seminar di KSM. Jadi dorang ramai-ramai tengah siapkan door gift. Nak tolong segan lak, nanti aku di ganggu jiwa dan raga oleh makcik-makcik PUSPANITA lak.... hahahaha

Macam biasa bila aku tinggal dengan anak-anak jer di rumah, mulalah rasa malas nak balik... kalaulah aku ada isteri, mesti sekarang nie tidak sabar-sabar nak balik rumah... tapi apakah daya... bukan rezeki aku untuk mendapat seorang isteri lagi... insya-Allah aku akan tetap berdoa... aku benci perasaan ini.

bila perhatikan satu satu gambar yang aku rakam... rasa seronok sangat....

Gambar bawah adalah gambar kami sekeluarga sedang bersarapan pagi. Sabtu lepas kami bersarapan di kedai sebelum menghantar Fitriah ke pejabat bagi tugasan luar di Melaka selama 2 minggu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Breakfast 4 Nov 2006 di Bandar Seri Putra

Photobucket - Fit n Pica breakfast
Breakfast di Bandar Seri Putra

Gambar di bawah diambil pada malam 4 November 2006. Tengah aku lepak-lepak kat bilik, tetiba ternampak beg bergerak-gerak... rupa-rupanya Pica sedang main dalam beg.... hahaha, rasa comel sangat Pica masa nie. Aku sempat rakam video dan insya-Allah kalau ada kelapangan aku transfer video tue di Blog nie atau di is150.multiply.

Photobucket - Pica sorok dalam beg
Pica dalam beg

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica dah sorok dalam beg

Gambar bawah nie aktiviti biasa Pica. Pica dah pandai bermain anak patung. Kekadang dia akan tidurkan baby, bagi makan baby, tukar lampin dsb.... seronok bila nampak Pica main anak patung sorang-sorang...

Photobucket - Pica and doll
Pica tengah bagi minum baby

Gambar bawah diambil pada 7 November 2006. Masa di bilik TV, nampak pica main fesyen dengan topi lak... salah satu permainan yang kerap dimain iaitu memperagakan fesyen.

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica amik topi

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica cuba pakai topi

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica dah pakai topi

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica gelak

Serok rasa bila tengok gambar-gambar nie semua... Macam-macam lagi ragam ada, cuma tak rajin sangat nak amik gambar... bukan semua orang appreciate gambar-gambar nie.... kekadang rasa sedih sangat sebab ada segelintir individu yang tidak memberi komen secara terbuka.. tapi hakikatnya aku berpuas hati dengan blog aku nie....

Lagu yang benci

Selalu aku cerita lagu yang aku suka dan minat. Kali nie aku nak bagitau satu lagu yang teramat aku benci. Lagu bodoh yang aku maksudkan ialah "Dealova" nyanyian Once. .. terutama part,

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati telah letih

Memang aku bengang sangat.... bila dengar je, rasa nak terajang seseorang tue... dan aku benci orang yang suka lagu nie gak. Kalau dia cuba backing, lagilah aku benci...

Memang takde nasib lagu nie dalam hidup aku...

Selasa, November 07, 2006

CSS di Tanjung Malim

Hari nie buat Customer Satisfaction Survey di Tanjung Malim. Pergi bawak keta bos, lama dah tak bawak Merc... kami bertolak seawal 8.15 pagi dan tiba di Tg Malim dalam 9.40 pagi. 1st appointment di Proton Tg Malim jam 11 pagi dan 2nd appointment di UPSI jam 12.30 tengahari.

Photobucket - Proton Tg Malim
Mejor Hanif bersama Azli

Photobucket - Video and Image Hosting
Dalam kilang buat kereta di Proton Tg Malim

Sepatutnya pergi Proton 2nd baru seronok sikit. Dalam jam 1.20 ptg, kami terus berangkat pulang ke Bangi. Kami singgah makan Tengahari di "Bawah Pokok", Bangi. Jam 3.50 petang baru masuk opis.

Jumaat, November 03, 2006

Guna oven

Photobucket - Oven baru Fitriah
Oven Butterfly

Akhirnya oven yang dibeli pada 16hb Oktober 2006 lalu terguna jua. Hampir sebulan gak tergendala di rumah.... kesian Fitriah, beli oven dengan niat mahu membuat kuih raya, tapi aku dan anak-anak tidak berapa sihat dan dimasukkan ke wad. Oven nie digunakan untuk memanaskan pizza frozen. Insya-Allah kalau ada kelapangan dan diberi keizinan dapatlah rumah kami disajikan dengan makanan dan kek....

Human For Sale

hahaha..... tinggi sungguh nilai aku....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...