diam

Dua hari nie aku cuba berdiam... tetapi tidak mampu pun sebenarnya. Perasaan risau dan kasih itu masih ada. Ya, memang aku sedikit kecik hati bila mengetahui dia terpaksa pergi untuk minggu kedua. Memang jauh di sudut hati, aku mengharapkan dia ada di sisi. Bukan aku hendak menghalang perkembangan kerjaya dan personaliti... tetapi aku hanya mampu bersabar untuk seminggu sahaja di dalam sebulan... bukan untuk berturut.

Aku dah tak tau apa yang perlu aku katakan lagi.... cuma mampu bersabar dahulu. Tetapi situasi ini membuatkan aku banyak berfikir. Aku mampu hidup seorang. Aku mampu pergi jauh. Aku mampu berbahagia. Kenapa mesti aku pertahankan semua ini? Kenapa mesti aku yang beralah?

Dalam seminggu dua ini, ada aku mencari pekerjaan lain. Dengan harapan aku mampu mengawal semula kewangan keluarga. Aku tidak mahu di katakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Manusia yang pentingkan diri sendiri. Cuma aku sekadar mampu tersenyum dan menahan diri daripada terus di hina.

Hujung minggu lalu, aku di didik "something are best said, unspoken". Jadi aku akan tetap cuba berdiam selama mana yang mampu.

Mampukah aku terus berdiam sehingga hari Jumaat?.......

0 komen