BonusCoin Banner

Isnin, September 29, 2008

Internet

Sekarang berada di Pusing, Perak. Memang niat tak nak online... sebabnya aku tak renew broadband celcom... speed dia sungguh mengecewakan... tetapi... alhamdulillah, ada insan-insan yang baik hati berkongsi line streamyx. Tak tahu siapa punya line. Yang penting dapat detect network... jadi tak perlulah aku merayau cari bank... cukup sekadar membuat transaksi online.

Banyak yang nak di kongsi... insya-Allah minggu depan di pejabat boleh menaip panjang lebar...

Salam Lebaran

Jumaat, September 26, 2008

Blog berehat

Salam Lebaran,

Blog.is150.net tidak beroperasi selama 9 hari bagi memberi laluan is150 beraya sakan... lagi pun malas nak bawa laptop balik kampung dengan internet....

Maaf Zahir dan Batin

Kad Raya

Tahun nie macam terbanyak lak kad raya aku terima... dan tahun nie lak aku tak hantar sekeping pon kad raya... almaklumlah... sorang stff masuk wad kena Carpal Tunnel Syndromme (CTS)... dan tiada siapa boleh aku harapkan untuk menghantar kad-kad aku... memandangkan masa aku kat pejabat waktu bulan puasa nie teramat terhad...

Tahun nie NIOSH kasi kurang lak kad raya... sorang dapat 25 keping aje.... (agaknya lah... ke lagi kurang?)... itu yang aku tahu lah...

Photobucket
Antara kad raya yang aku dah terima

Photobucket
Kad raya NIOSH

dan tahun nie... kad raya yang paling spesel aku dapat adalah daripada Nuqman dan Pica.... seronok sangat... beso dah anak-anak aku....

Photobucket
Kulit depan kad raya

Photobucket

Alhamdulillah... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin

Apa itu blog

Rasanya aku pernah kongsikan idea apa itu blog... pada pemikiran aku laa... dan pagi nie , terjumpa satu video yang bagus dan sesuai untuk di kongsi bersama. "Blog in Plain English". banyak lagi video-video menarik daripada author nih...

Rasa rugi kalau tak kongsi...menarik

Khamis, September 25, 2008

new layout... lagi

rasanya nie hari ke-dua blog aku dengan layout baru... mudah-mudahan tidak memberi kesusahan kepada yang lelain... rasanya layout lama sungguh huduh... aku main hentam kromo jer ubah ikut suka... tak jadi pon aku biorkan jer... lepas nie jangan ler cam tue... ye dak?

Insya-Allah... banyak yang perlu aku belajar...pls comment... Tanpa pandangan kekawan... susah untuk aku memperbaiki diri ini...

Spiderman Hitam

Spiderman muncul lagi! Kali ini dengan pakaian hitam lak... Siap bawak mask pegi nursery...

Photobucket
Spiderman Nuqman

Photobucket

Photobucket
Spiderman dan musuhnya... Peecha...

Baju Superman dan Batman tak sempat nak tangkap sebab berbuka kat luar hari tue... balik rumah Nuqman dah tido...

Rabu, September 24, 2008

Open House Buka Puasa NIOSH

alhamdulillah.... selesai gak majlis buka puasa NIOSH...

Kul 3 tadi ada ceramah agama bertajuk "Lailatul Qadr dan Hari Raya Menurut Islam" oleh Ustaz Mohammad B. Abdullah.

Sedikit mengenai Ustaz Mohammad b. Abdullah
Mendapat pendidikan tinggi di Karachi, Pakistan dan kemudian di Universiti Malaya dalam pendidikan Syariah & Undang-undang. Seterusnya mendapat Ijazah Kedua di Univerisiti Al-Azhar Mesir dalam bidang yang sama. Menyambung pula M.A. di Univeristi Malaya dan M.A. Kedua di Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau merupakan pendakwah, penceramah dan aktif di dalam memberi kursus dan kaunseling secara bebas selama lebih 10 tahun. Sebagai panelis Al-Kuliah, Al-Hidayah dan program Motivasi di TV3 dan juga program yang sedang bersiaran di TV9 iaitu 'Tanyalah Ustaz'. Kerjaya beliau sekarang adalah sebagai Peguam Syari'e dan Pengurus Arabic Language and Consultancy (ALC) disamping mengelola SM Tahfiz Al-Amin di Bandar Baru Sunway dan Rumah Anak Yatim Hafiz Al-Ijabah, Subang Jaya.

Selain itu, Ustaz Mohammad juga melibatkan diri sebagai sukarelawan yang membantu tragedi dan bencana alam yang melanda Aceh, Pakistan, Jogjakarta dan Bengkulu.


Wajah Ustaz ambil daripada blog www.ustazamin.com

kemudian, keluar mengambil isteri dan anak-anak... mereka lepak kat opis aku kejap sementara menanti waktu berbuka.

Alhamdulillah... majlis berjalan agak lancar... Setiap mereka yang hadir menerima Sampul Duit Raya NIOSH sebagai doorgift. Sampul aje laa, duit isi sendiri...

Photobucket - Sampul duit Raya Aidilfitri NIOSH dan Kelab Kebajikan Sukan IKKPN 2008
graphic sampul duit raya NIOSH

Alhamdulillah... selesai gak... banyak nak cerita cuma kurang berkesempatan... nak rehatkan kaki dulu...

Statistik Kemalangan

Kecederaan yang berlaku akibat kemalangan kenderaan bermotor adalah penyebab kematian yang utama untuk semua peringkat umur di Malaysia. Statistik menunjukkan daripada 1985 - 1997, jumlah kenderaan berdaftar dan juga jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya adalah berganda, manakala jumlah kemalangan yang melibatkan kenderaan berdaftar pula meningkat sebanyak 2.5 kali ganda. Statistik menunjukkan kemuncak kemalangan yang berlaku adalah pada musim-musim cuti persekolahan dan cuti perayaan . Ini adalah kerana pada kedua-dua musim ini, terlalu banyak kenderaan berada di atas jalan. Daripada aspek ekonomi pula, hampir RM6 bilion kerugian telah ditaksirkan akibat dari kemalangan yang berlaku.

Daripada keseluruhan kemalangan yang berlaku

  • 8.9 % adalah kes-kes kematian
  • 26.7 % mengalami kecederaan parah
  • 41.5 % mengalami kecederaan ringan
  • 22.9 % melibatkan kerosakan pada kenderaan
  • 56.3 % kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang berumur dari 16 hingga 25 tahun
  • 54.9 % kematian melibatkan penunggang motorsikal berusia 16 hingga 25 tahun

Di Malaysia, kematian penunggang motorsikal telah meningkat dari 6 kes dalam 10,000 pada tahun 1996 kepada 8.7 kes pada tahun 1997. Untuk kes kemalangan kereta, kadar kematian telah menurun dariapda 1.89 untuk setiap 10000 kereta berdaftar pada 1990 kepada 1.41 pada 1996.

Langkah-langkah keselamatan ?

Langkah keselamatan asas untuk kenderaan bermotor

  • Gunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang khas di dalam kenderaan bermotor
  • Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebelum anda memulakan sesuatu perjalanan , pastikan segala-galanya berada dalam keadaan baik .

Pastikan :

  • Enjin berada di dalam keadaan baik
  • Penanda suhu, minyak, tekanan dan lampu amaran enjin berada di dalam keadaan baik.
  • Minyak enjin , dan air bateri cukup.
  • Kipas , penyaman udara dan juga tali altenator berfungsi dengan baik.
  • Tekanan pada tayar memenuhi spesifikasi dan juga bunga tayar tidak kurang daripada 2 mm
  • Tayar simpanan anda sentiasa berangin dan sedia untuk digunakan
  • Stering anda tidak bergoyang-goyang semasa memandu
  • Penanda kelajuan dan juga hon berfungsi.
  • Lampu utama, lampu isyarat membelok dan juga lampu kecemasan berfungsi.
  • Kedudukan lampu utama mestilah diletakkan dengan betul.
  • Cermin pandang belakang dan juga cermin sisi berada di dalam keadaan elok dan tidak pecah atau retak.
  • Alat pengelap cermin (wiper) dan juga air pencuci cermin berfungsi sepenuhnya. Ia amat berguna untuk keadaan basah seperti hujan
  • Tali pinggang keledar berada di dalam keadaan baik.
Selamat Balik Raya... Semoga selamat sampai dan pulang...

Selasa, September 23, 2008

Smooth Day

Alhamdulillah.... hari ini rasa sungguh tenang dan sempurna sekali... Walaupun tidak sempat bersahur kerana semalam balik lewat daripada KL. Semalam aku ke Wangsa Maju, menempel program Badminton ANSARA Terendak. Yang datang ada laa dalam 10 orang (A. Mantoi, A. Ruhann, Afifi, A. Pendisz, A. Azmi, A. Zammel, Is, A. Saufi, A. Jamalul & K. Julie)... yang main 5 orang jer... Sambil berjanji dengan senior untuk mengambil surat lawyer untuk pinjaman perumahan kerajaan. Balik dari Wangsa Maju aku singgah McDonald dan tapau untuk isteri. Sampai rumah dalam jam 1 pagi, kami makan dan kemudian terus tidur... terjaga pagi pon sebab azan subuh daripada henpon.


Abg. Zammel, is150 dan Abg. Mantoi


Abg. Zammel, is150, Abg. Malul dan Kak Julie

Pagi tadi aku re-seat exam OSH-MS Lead Auditor Module 2. Dengan tidak belajar apa-apa... aku sampai pejabat dalam jam 7.30 pagi, terus cari fail kursus tempoh hari. Last kursus bulan Mac lalu. Alhamdulillah... apa yang aku sempat selak, ada masuk dalam exam... lega sesangat.

Tengahari, Fit datang ambil aku dan kami ke Tan Chong, Jalan Ipoh. Sign loan dan balik singgah PKNS Bangi. Ambil dokumen penilaian perumahan. Masuk office agak sedikit kecewa, sebab aku lupa 'on' laptop. Camana pon pertaruhan di FOREX mendapat sedikit hasil...

Sebelum balik teringat forum exTDK. Abang Mazlan ajak berbuka. Dah lama nak berjumpa... rasanya dah berbulan... asyik tidak berselisih. Bukak forum dia ajak ke Jusco Balakong, makan steamboat. Balik rumah tukar baju dan keluar ke sana. Alhamdulillah, jalan terang... sampai je Jusco terus dapat parking depan pintu masuk.... aku sampai dalam jam 6.45 ptg lebih kurang....

Sekarang dah sampai rumah... nak tido...

Isnin, September 22, 2008

GetClicky

Dari Blog Syam di sambung ke blog ringgittune. Ada tambahan terbaru dalam blog aku -> GetClicky!... minggu depan aku cerita lagi.. Insya-Allah.... dah... pi sambung kerja balik...

Spiderman di BSP

Bandar Seri Putra, kelihatan kelibat Spiderman meronda-ronda di depan satu taman perumahan di sini. Hari sabtu lepas sempat ke Nilai-3 sekeluarga. Nuqman dah lama minta ganti baju tidur dia yang majoriti dah kecik.... Dapat beli 4 pasang baju (Spiderman Merah, Spiderman Hitam, Superman dan Batman) keluar dari kedai punyalah menyengih sampai ke telinga. Sepasang baju cuma RM 18 cuma saiz dia ikut suka... kalau beli jer ikut saiz yang di tampal, alamat nya boleh dapat saiz L dan S bercampur aduk.

Masuk kereta terus dia bagitau... esok nak bawak ke sekolah... nak bagitau kat kawan-kawan.... budak-budak....

Photobucket
Spiderman Malaya

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ragam anak-anak... esok nak pakai baju Spiderman Hitam lak...

Sabtu, September 20, 2008

wife vs husband

Kenapa blogger lelaki jarang-jarang yang menarik isi kandungannya... kalo ada pon kebanyakkannya kureng kelelakiannye sket... hehehehe

Wife's diary vs Husband's diary

WIFE's DIARY

Sunday night - I thought he was acting weird. We had made plans to meet at a cafe to have some coffee. I was shopping with my friends all day long, so I thought he was upset at the fact that I was a bit late, but he made no comment.

Conversation wasn't flowing so I suggested that we go somewhere quiet so we could talk, he agreed but his mind was far away. I asked him what was wrong - he said, "Nothing." I asked him if it was my fault that he was upset. He said it had nothing to do with me and not to worry.

On the way home I told him that I loved him, he simply smiled and kept driving. I can't explain his behavior; I don't know why he didn't say, "I love u, too."

When we got home I felt as if I had lost him, as if he wanted nothing to do with me anymore. He just sat there and watched TV; he seemed distant and absent.

Finally I decided to go to bed. About 10 minutes later he came to bed. I decided that I could not take it anymore, so I decided to confront him with the situation but he had fallen asleep. I started crying and cried until I too fell asleep. I don't know what to do. I'm almost sure that his thoughts are with someone else. My life is a disaster.

HUSBAND's DIARY

Today Manchester United lost/draw again. Shit...F*#@

Ina antara salah satu sebab kenapa aku beriya membangunkan portal salasilah. Hmm...

Rabu, September 17, 2008

Nuzul Quran

salam... takde sebarang idea pasal nuzul quran... Hari nie, teruskan melepak seperti biasa dan bil Tm-Nut Screamyx datang utk bulan nie... masih di carge penggunaan mengikut minit!!!! Padahal dah lebih 2 bulan aku tukar plan Combo RM60... nampaknya minggu depan kena ke TM Poen ler aku.... buat kurang pahala puasa aku jer....

Niat di hati nak melepak di rumah... apakan daya... hajat tak sampai... kul 3pm kami ke KL... hari nie berbuka puasa bersama Makcik, Pakcik dan Along di Restoren Idaman (ye kot namanya). Restoren nie terletak di Mutiara Damansara.

Disebabkan Selangor bercuti hari ini.... dan kami terlupa yang wilayah TIDAK... rugi....rugi... kalau tak boleh ke Sogo atau Jalan TAR cari baju raya anak.... tema tahun nie adalah cokelat.. punyalah susah nak cari warna cekelat nih... ntah bile ler boleh merayap lagi... waktu lain confirm sesak...

Malam nie gak, kami 'on' kan lampu raya depan rumah... daripada tahun lepas, aku tak bawak turun... jadi tahun nie tak payah susah payah gantung... beli extension baru dan onkan jer... hikhikhik

oklah... semua dah tido.... nak layan forex sikit kemudian... TIDO....

Selasa, September 16, 2008

Forex lak

aku daftar nak main forex nie dah lama dah... awal september lepas ler... [rujuk : is150.blogspot.com]

lama gak ler nak start... dah berbulan bertangguh sebenarnya... cuma hari nie malas nak buat kerja dan saja try-try...Alhamdulillah, aku dapat balik profit 30% daripada apa yang aku invest... rasa teruja lak...

Petang nie, balik kerja awal... pergi amik wife kemudian Pica di sekolah... btw, Nuqman masih ikut ke office... dia pon dah boring... tak sabar nak ke sekolah balik. Tengahari tadi aku dan dia tidur kat bawah meja... best giler, sampai cramp ler kaki ini... terbangun sebab bunyi telefon tak henti-henti... ada client tanya pasal kursus lak... aku malas nak layan, minta emel kemudian sambung lepak.... lepas tue start main forex balik...

ok, sambung pasal balik kerja.... lepas amik Pica, kami sekeluarga ke Vista Seri Putra. Collect duit sewa. Aku lak tangah mabuk-mabuk baca sms suruh datang kul 5.30 ptg. Kami kul 5.20 ptg dah sampai.... lepak-lepak, kul 5.45 ptg tak sampai lagi... baca sms balik, rupanya dia minta datan kul 6 ptg.... hampeh... kul 6.05 ptg dia call, kata akan lewat sikit... last-last kul 6.35 ptg baru selesai transaksi...

kami terus ke 7-eleven beli kan budak-budak slurpee dan sedikit bekalan... terus ke Jusco Seremban 2. Sampai jer Seremban 2, dengar azan maghrib... lepak dalm kereta makan roti dan minum air... terus ke surau... lepas solat... kami sekeluarga ke Chicken Rice Shop. Satu-satunya restoren nasi yang bebudak makan banyak....

Seremban 2 tak ramai orang... tak macam Alamanda. Sesak, hari tue jam 9 malam pon masih ramai makan lagi... lepas makan, beli baju untuk bebudak dan kul 10.06 mlm kami bertolak balik.... nie tgh sambung main forex sikit... mudah-mudahan dapat lagi extra 30% dari baki duit yang ada....

Tambah Ads

Saja tryout satu ads daripada Nuffnang.... tengok banyak blogger dah masukkan iklan... dan daripada Malaysia...

so..... use Malaysian

Isnin, September 15, 2008

Wanted

Last week tengok movie Wanted. Lakonan Angeline Jolie dan Morgan Freeman. Kali nie kedua-duanya orang jahat. Hero dia takdelah femes sangat. Aku suka aksi dia terutamanya aksi tembak curve. Banyak lagi aksi-aksi yang menarik.... yang lain stunt-stunt biasa daripada Angelina Jolie, cuma cara penyampaian dia teramatlah menarik.

Kisah Wanted adalah berkenaan satu kumpulan pakar pembunuh upahan yang terer giler. Kumpulan ini dah wujud beribu tahun cuma kaedah membunuh adalah bergantung kepada nasib daripada mesin buat kain.


poster Wanted

Best giler... kenapalah promosi dia tidak meluas sangat??? Mungkin sebab masa tayangan dia terlalu banyak cerita yang promosi dia best sangat.... aku bagi 4 3/4 bintang daripada 5. Memang aku syorkan tengok.

sayang tak dapat tengok kat movie.

Apa nak cerita

Hari nie merupakan minggu ke-2 Nuqman ikut ke Office... masih ada lagi saki baki bekas demam campak. Insya-Allah minggu nie dah boleh hilang semua kuping-kuping campak... Bekerja bersama anak...

Kerja masih menimbun... sepanjang mingglu lepas aku sibuk membangunkan web salasilah aku. Sekarang dah dimasukkan modul Forum. Rasa puas betul.... cuma belum betul-betul berani nak promote... tunggu betul-betul stabil dulu... lepas tue baru boleh promote... Banyak lagi yang perlu aku belajar, terutamanya camana nak edit standard portal yang disediakan...

Hari nie di office kureng membuat kerja... masih bermoodkan membaca blog-blog. Masih seperti biasa. Dari satu blog ke satu blog. Terjumpa Blog NokhtahHitam yang sedang berperang dengan salah satu penulis ebook AdsenseTaiko. Susah nak dapat mereka yang jujur di dalam perniagaan. Bukan aku tidak berbangga dengan negara sendiri, tetapi pengalaman aku tentang kejujuran peniaga di negara maju sungguh luar biasa. Pernah sekali, semasa membayar harga yang di scan tidak sama dengan di paparkan. Lepas check mereka terus bagi aku free dan duit beza harga barang tersebut. Mereka siap minta maaf lagi sebab staff dia terlupa nak tukar kepada harga asal. Promosi untuk semalam. Tapi kalau kat sini.... bila diberitahu, cashier akan buat muka yang kita nie macam pandai sangat....

oklah... masih bermood untuk memberi komen-komen kepada blog-blog berbahasa Melayu nih... btw, Bahasa Melayu adalah perkataan yang ada dalam Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia dan sebagainya hanyalah gimik-gimik politik sahaja.... yang aku tau lah...

Sabtu, September 13, 2008

Wall-E

Seronok Nuqman... dapat ikut umi ke Jusco... balik dari Jusco tak mau masuk office Abah... sebabnya, dia dah beli mainan kat jusco.... Mahal RM100++, jadi dia dah takut... rasa nak gelak pun ada... sebelum beli tak nak pikir lak takut tue...

Itulah NAFSU.....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Anak-anak.... ntah berapa lama ler mainan nie tahan...

Isnin, September 08, 2008

Poning

Tangan gatal... abis semua kelam kabut... hehehehe

Hari nie Nuqman ikut ke opis sebab kena Demam Campak.... seronok betul dia...

Ahad, September 07, 2008

Newly improve

Website salasilah is150 mengalami major perubahan. Masih banyak yang perlu belajar dan edit...

new mission : belajar PHP.... hehehehe

Sabtu, September 06, 2008

TAGGED BY EYCHA

hmm... ada lagi rupanya tag-tag nih... TQ Eycha...

so... those who been tagged by me,

  1. Copy gambar smiley kat bawah then post it into ur blog.
  2. Tag pada min of 3 other bloggers [muslim] yang anda kenal who will then tag minimumnya pada 5 other bloggers.
  3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka utk bgtau yg diorang dah kena tag.

sapa yerk aku nak tag nih????

  1. Halim (http://halimhidayat92.blogspot.com/)
  2. Nadiah (http://thenameiskacang.blogspot.com/)
  3. Bunga Rampai (http://rampaisari.blogspot.com/)
  4. Tuan Tanah (http://tuantanah.wordpress.com/)
  5. PakLong (http://yusairi.blogspot.com/)

itu aje kot.. selamat berpuasa

ShoutBox

Hari nie testing masukkan ShoutBox kat blog nih.... boleh ler dapat input sikit daripada pembaca...kalau ada ler... hahahaha

Banyak nak edit nih... dan semalam cuba start hidupkan kembali is150.blogspot.com.

Selasa, September 02, 2008

Awal Ramadhan

Minggu lepas ada talk KWSP di Penang. Dapat ler peluang balik Kedah sambut 1st day Ramadhan.

Photobucket
Pica n Nuqman tido dalam baby-cot

Tengok Baby Umi (Kawan Fit) di Pokok Sena, Kedah.

Photobucket

Photobucket
Umi dan Fitriah

Puasa pertama kami berbuka di rumah Long di Bertam, Penang

Photobucket
Pica main ngan Kucing

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Nuqman dan Alif

Photobucket
Nuqman dan Alif

Photobucket
Pica dan Alif

Photobucket
Pica dan Alif

Photobucket
Menunggu waktu berbuka

Photobucket

Seornok... lepas jer berbuka... dalam jam 9 malam kami bertolak balik KL.

Salam Ramadhan

Teristimewa buat teman-teman yang saya kenali , saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf......

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut;

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat....

Kelebihan Bulan Ramadhan

  1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
  2. Bulan penuh keberatan
  3. Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
  4. Amal sunat sama dengan solat fardhu
  5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi buka banyak pahala
  9. Bulan keampunan
    * doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
    * juga doa pada sepertiga malam.
  10. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
    10 hari pertengahan - pengampunan,
    10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...