BonusCoin Banner

Selasa, Ogos 28, 2012

Rehat 30 hari

Setelah berehat selama 30 hari, sempena menghormati bulan Ramadhan... Hehehe, sebenarnya banyak yang berlaku dalam tempoh 30 hari. Kami sekeluarga pindah rumah, puasa, raya, member datang rumah, anak balik ke sekolah DLL....

Jadi hari ini, aku mulakan balik jadial bersenam bersama Nintendo Wii. Hari ni mula dengan 20 minit aktiviti dulu. Insya-Allah minggu depan dah boleh ikut rentak 30 minit berjoging.

Lepas senaman ala kadar 20 minit, buat 'body test'... Keputusannya... Tak berubah dari masa berhenti 30 hari lalu. Jadi target bawah 90kg masih kekal!

Isnin, Ogos 27, 2012

Mula kerja balik

Hidup sudah semakin kembali normal. Nuqman dan Iman sudah 2 minggu masuk sekolah. Masing-masing gred 4 dan 2. Iman dah dapat jemputan majlis harijadi hujung minggu ni. Dan Fit telah mula outstation. Hari ini tinggal berdua dengan Irisa di rumah.

Sejak semalam, kami mula duduk di bilik bawah (cellar). Budak-budak boleh main dan aku ada meja kerja yang sempurna. Dah boleh mula jadualkan kerja-kerja online. Alhamdulillah, pokok-pokok yang di tanam boleh tumbuh dengan sendiri.  Cuma menunggu berbuah, insya-Allah putik-putik bunga sudah kelihatan.

Workstation cellar
Sebelum terlupa... Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog. Agak sibuk sepanjang 2 minggu lalu. Bila di negara orang, tak berapa rasa kemeriahannya berhari raya.

Gambar 1 syawal 1433


Khamis, Ogos 16, 2012

F.I.T dari UPC

Alhamdulillah, pakej FIT (TV, Internet dan Telefon) dah sampai. Secara rasminya, rumah dah masuk kabel dengan kos €23.90 sebulan. Tak perlu lagi guna wifi free. Seminggu gak lah guna wifi free kat rumah, cuma signal tak berapa kuat.

Pakej ini termasuk 118 program TV, 10 program HD, UPC MediaBox HD dan WLAN modem. Kelajuan internet kami dapat 35.840/4.096 kbit/s.

Aku tak rasa Malaysia dah bersedia bagi pakej seumpama ini dengan kos bawah RM100. Itu pun dah melampau mahal. Sepatutnya bawah RM50 baru setanding dengan negara maju.

Ok, minggu depan dah boleh mula bekerja. Insya-Allah

Rabu, Ogos 15, 2012

Epik 3 : Berpakaian

Hari ke-30 di Anno 1777. Dah sebulan aku berada di permainan alam maya ni. Cepat sunggu masa berlalu.

Watak anno 1777 pada asalnya ialah seorang hamba. Dengan duit yang dikumpul kita boleh membeli pakaian. Secara umumnya, ada 10 jenis pakaian yang boleh di beli dan setiap pakaian yang di kenakan oleh watak kita akan memberikan tahap kesihatan yang tersendiri setiap hari. Minggu lepas aku berjaya membeli pakaian yang terakhir. Semua pakaian-pakaian ini telah memberikan aku 50% kesihatan sehari. Jadi sekurang-kurangnya aku boleh terima bonus profil sebanyak SRG 3.6 setiap hari. Setiap pakaian yang kita beli boleh digunakan selama 30 hari, jadi setiap bulan kena beli baju barulah.

Profil Pakaian aku di Anno 1777
Sasaran selepas ini nak beli kenderaan. Memandangkan hanya 3-4 hamba sahaja yang aku boleh tawan di Suriname sehari. Lebih baik ada kenderaan untuk aku bergerak ke kawasan lain bagi mencari hamba. Cuma perlukan lagi SRG 120 untuk beli kenderaan, insya-Allah lagi 2 hari bolehlah capai hasrat berkenderaan.

Jom join is150 di Anno 1777.


Bahagian 1 : Buat Duit dengan Main Game
Bahagian 2 : Suriname di ANNO 1777

Selasa, Ogos 14, 2012

Negara termalas



Benarkah? Pada pandangan aku, memang benar. Susah kita hendak lihat masyarakat bersenam. Pengalaman aku tinggal di Australia, German dan Austria serta lawat beberapa negara lain, memang masyarakat Malaysia kurang bersenam.

Bagi aku, antara penyebabnya adalah faktor cuaca. Cuaca hujan dan panas sepanjang tahun menyebabkan kehidupan kita sukar dikawal dan kita mudah hidup dalam zon selesa. Berbeza dengan negara bermusim, kita di asak untuk mengubah cara hidup sesuai dengan peredaran musim.

Isnin, Ogos 13, 2012

separuh penuh atau separuh kosong

Alhamdulillah, setelah seminggu berpindah rumah baru hari ini sempat duduk dan mengadap komputer. Penat pindah dalam bulan ramadhan ni. Dah seminggu pun masih banyak lagi kotak dan beg bergelimpangan sekitar rumah. Buat ala kadar sahaja dengan niat hendak kemas selepas berbuka. Cuma  bila berbuka selepas jam 8 suku malam, solat maghrib sehingga selesai terawikh, rasa dah semakin lewat. Esok ajelah kami kemas.

Pagi ni sempat baca blog-blog melalui google reader. Membaca blog-blog pilihan, dari semua sumber baik dari pro atau tidak. Antara bahan yang banyak dilihat ialah blog-blog mesra kerajaan sedia ada memperlekehkan PAS. Mungkin ada salah seorang wartawan sempat bertanya kepada Presiden Pas, TG Abdul Hadi Awang mengenai kesediaan menjadi Perdana Menteri. Dan percayalah, apa pun jawapan beliau akan di jadikan berita bergambaran negatif.

Dengan jawapan yang diberi, mereka memberi gambaran yang PAS sebuah parti tidak bercita-cita tinggi. Tidak mampu dan layak mentadbir negara. Bagaimana kalau jawapan yang sebaliknya pula diberi oleh Tuan Presiden? Sudah pasti mereka akan menulis Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir. Mereka hanya mahukan kuasa, masing-masing merebut untuk menjadi Perdana Menteri. Dan bagaimana pula jika di berikan jawapan 'tiada komen'. Macam jawapan-jawapan piawai artis-artis. Pun mereka boleh putarkan cerita di mana-mana belah yang mereka mahu.

Teringat pada satu post di dinding mukabuku, buatlah apa pun mesti ada yang tak kena. Itu sudah lumrah manusia, dan kita perlu bersyukur kerana Allah swt dalam masa yang sama menjadikan manusia itu mudah lupa. Inilah yang menjadikan manusia itu sempurna.

Khamis, Ogos 09, 2012

Drama Queen's Closet di Utusan


Alhamdulillah, Utusan Malaysia buat liputan lagi koleksi Baju Raya anak-anak Drama Queen's Closet. Tahun ni kami tak ambil banyak koleksi untuk Aidilfitri. Cukuplah sekadar apa yang mampu di usahakan dengan kederat yang ada.
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIAmaria.zakaria@utusan.com.myGambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH 
BERBAJU kurung di pagi raya memang nampak manis apatah lagi jika yang mengenakannya si cilik yang comel. Untuk keselesaan pilihan baju kurung untuk si cilik lazim daripada fabrik benang kapas . 
Berbanding fabrik yang dibuat daripada bahan sintetik, kain benang kapas sebenarnya memberikan kesan sejuk dan selesa pada si pemakai walaupun dalam cuaca panas.
Selain keindahan corak kain kapas yang pelbagai, ia juga tidak hanya tertumpu kepada satu corak sahaja seperti bunga-bungaan. 
Malah ia boleh didapati dalam banyak pilihan contohnya corak jalur, abstrak, polka dot dan sebagainya. 
Lazimnya kanak-kanak manis dengan corak bunga-bunga kecil. Bagaimanapun ia juga nampak cantik apabila digabungkan kedua-dua coraknya di mana baju bercorak bunga manakala kain bercorak jalur.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
Dapatkan Baju Raya si comel di Drama Queen's Closet:

Jumaat, Ogos 03, 2012

Epik 2 : Suriname di ANNO 1777

Diam tak diam dah 15 hari aku main game ANNO 1777. Setelah 10 hari menjadi rakyat Austria, ada governor mesej jemput ke Suriname. Pertama kali dalam hidup ini dengar ada negara Suriname.


Umumnya, (dalam ANNO 1777), Ekonomi Suriname dan Austria tak banyak beza. Cuma Suriname lebih kukuh pentadbiran dan ekonomi. Bekerja di Suriname, kita boleh menerima gaji SRG 4/jam berbanding Austria di bawah ATS 2.10. Untuk menukar kepada GOLD kita memerlukan ATS 67 dan Suriname hanya SRG 63. Dan lagi setiap hamba yang dapat tawan, boleh terima SRG 0.40. Setakat ni boleh lah tawan 2-5 orang hamba sehari. Lagi satu kelebihan ialah, kos pakaian murah berbanding Austria, SRG35 berbanding ATS41.

Antara yang kurang di Suriname berbanding Austria ialah, sewa rumah 5 bintang agak tinggi SRG1/hari berbanding ATS0.2/hari. Bonus kerja keras di Suriname SRG90 berbanding Austria ATS100.

Selepas menyemak dan mengira semua pembolehubah, aku buat keputusan untuk berpindah dan menjadi rakyat Suriname. Kena tukar kerakyatan kalau hendak bekerja. Satu tip penting sebelum berpindah negara, pastikan ibu negara dahulu. Satu kesilapan yang aku terpaksa tanggung, silap daerah pindah rugi sikit emas.

Macamana boleh dapat emas? Setakat ini dengan menjual hamba dan saham. Alhamdulillah, setiap hamba yang d tawan, aku terus jual dengan nilai 0.01 Gold. Hamba-hamba ini akan berada di pasaran hamba dan alhamdulillah setiap hari dapat juga terjual 1-3 hamba. Dengan modal yang ada, aku beli saham-saham syarikat.

Koleksi GOLD
Nampak mudah? Bolehlah untuk sambil-sambil beronline di internet. Mahu atau tidak, memang aku selalu duduk depan komputer. Secara umumnya, sekurang-kurangnya 3 jam sehari aku depan Macbook. Macam-macam kerja aku buat, dan melawat ANNO 1777 telah menjadi rutin. Target dalam waktu terdekat dapat beli semua pakaian.

Jangan segan silu untuk bertanya, insya-Allah aku cuba bantu apa yang mampu.

Jom sertai ANNO 1777
Akhir kata, buat apa sekalipun jangan lupa merancang. Gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.

Bahagian 1 : Buat Duit dengan Main Game
Bahagian 3 : Berpakaian

Rabu, Ogos 01, 2012

Internet dalam seminit

Macamana satu laman web hendak berlawan di dunia internet. Data tidak pernah berhenti di dunia internet. Patutlah kita amat-amat memerlukan kelajuan akses internet yang tinggi waktu ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...