BonusCoin Banner

Ahad, Oktober 30, 2005

Sepetang Di Pinggir Bukit

Tak tau pasal apa... bangun tido hari nie lagu "sepetang di pinggir bukit" nyayian allahyarham Sudirman Hj Arshad bermain di pikiran aku... aku cuba cari mp3 di internet tapi takde lak... nantilah aku cari lagi... tapi seronok lagu nie... slow and steady abgi aku ler...

Sepetang Di Pinggir Bukit
(Allahyarham Sudirman Hj Arshad)

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang di perantauan
Terkenang adik bukan, bukannya sedikit
Nasi terhidang tidak tertelan

( korus )
Ulang-ulang sayang pergi ke titian
Tambat kaki terkukur yang lalu
Alang-alang sayang kita bercintaan
Hasrat hati sekubur denganmu

Pinggan retak di tapaklah tangan
Makanlah sirih berpinang tiga
Jalan semak sayang tanah berlumpuran
Kerna kasih kuharungi juga

( ulang korus )

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang sebatang kara
Rindukan adik bukan, bukannya sedikit
Tidur bertilam si airmata

( ulang korus )

hmm... apa maknanya yerk...

Jumaat, Oktober 28, 2005

Kita bukan peminta sedekah...

Ini antara cerita dari email yang boleh buat aku mengalir air mata... satu perjalanan seorang kanak-kanak yang taat perintah Allah s.w.t dan ibunya...

Penjual Kuih -kisah Perjalanan

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya
lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

hmm...

Rabu, Oktober 26, 2005

Buka Puasa 7 - QMU

Tadi berbuka bersama warga QMU (Quality Management Unit). Unit kami kecik jer, cuma ada 4 orang staff. Kami berbuka di Restoren Famosa House. Dia ada buffet, tapi memandangkan semua orang tak makan banyak kecuali aku. Jadi semua sepakat kami ambil ala carte jer..

Kami order set A untuk 5 orang. Dalam set nie ada sup sayur cendawan, ayam lemon, ikan masak ngan starfruit, telor dadar, bendi goreng dan sepiring buah-buahan. Dan order air mangga satu jag. Alhamdulillah semua lauk-pauk habis licin. Semua sekali RM84 termasuk cukai kerajaan. Kalau makan buffet cuma RM75.60 jer (satu kepala RM18 tak termasuk cukai). Ingat nak jimat order ala-carte...

Jamuan berbuka nie kami berempat sahaja sebab Mejor Hanif (boss) tak boleh bawa family. Jadi semua orang tak perlu bawa family... Ini 2nd time aku berbuka puasa (tahun nie) seorang tanpa isteri di sisi....

Image hosted by Photobucket.com
antara lauk-pauk yang terhidang

Image hosted by Photobucket.com
Kak Krisnaini dan Kak Rabeah

Esok berbuka di NIOSH lak dengan family...

Selasa, Oktober 25, 2005

Buka Puasa 6

Hari nie balik lewat sbb Fit pergi buat alignment dan balancing tayar kereta. Dekat jam 6.30 petang baru siap. Kami amik anak dan terus cari tempat berbuka puasa. Mulanya niat nak berbuka di Restoren Kesuma, di depan NIOSH. Kami sampai dah penuh, tempat yang ada cuma di luar... dengan hujan jadi kalau duduk luar musti kena percikan air hujan... jadi kami sekeluarga cari tempat lain...

Kemudian kami ke Restoren Puteri Bongsu berbuka puasa. Buffet berbuka lagi dengan harga RM18 bagi seorang dewasa. Alhamdulillah, banyak gak pilihan makanan. Kira puas hati laa. Dessert dia pun banyak...

Image hosted by Photobucket.com
Fitriah sedang sibuk menjamu selera

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman berbuka puasa

Isnin, Oktober 24, 2005

OSH Auditing

3 hari nie aku kena ikut kursus OSH (Occupational Safety and Health) Auditing. Skop untuk hari pertama nie memang menarik. Kursus teori sampai esok, kemudian ada 1 setengah hari group activities. Audit OSH ni banyak bersandarkan kepada OSH Management System... Kursus disediakan oleh bahagian Occupational Safety dan cikgu pula ialah pengurusnya iaitu En. Norwahid Kemon.

Kursus banyak menekankan aspek menjadi seorang auditor yang baik. Memandangkan kerja aku nie banyak menjalankan audit, maka wajarlah aku kembangkan skop audit aku kepada sistem OSH pulak...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Kursus nie tak ramai... cuma 13 orang staff sahaja... adn memang menarik. Antara kata-kata En Wahid ialah "wise man learnt fron other people, but fool learn fron themself". Ia menyatakan kita sepatutnya belajar daripada organisasi-organisasi lain, baru boleh mudah berjaya... Takdelah macam pepatah melayu, "sudah terhantuk baru nak mengaduh"...

Kursus sepatutnya dijalankan selama 4 hari, tetapi En Wahid ada tugas lain pada hari ke-empat... jadi kursus dipendekkan kepada 3 hari sahaja... yeaaaaaa... ada free sehari...

Dato' Jo

Pengarah Eksekutif NIOSH (tempat aku kerja), Ir. Dr. Johari Basri telah menerima anugerah Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'. darjah kebesaran ini telah dianugerahkan oleh Sultan Pahang yang mana merupakan tempat kelahiran Dato' Jo.

Insya-Allah NIOSH (National Institute of Occupational Safety and Health) akan mendapat tempat di mata media. Dan ini merupakan penghargaan kepada pengurusan NIOSH yang telah bertungkus-lumus menjayakan NIOSH dalam membangunkan bidang OSH (Occupational ASfety and Health) di Malaysia.

TAHNIAH Dato' Jo

Ahad, Oktober 23, 2005

Pelawat

Hari nie Alya dan 5 orang kawan dia balik semula ke rumah sewa. Semalam mereka bershoping di Nilai 3 dan tidor di rumah kami. Mereka berbuka puasa di rumah. Fit masak tom yam campur, sambal sotong, ikan stim, kerabu mangga dan kangkung goreng. Seronok rasanya ada ramai orang datang rumah. Antara yang seronok ialah Nuqman, ntah pukul berapa dia tido... yang aku perasan dia keluar masuk bilik berlari-lari.. sedar-sedar dia dah tido kat kaki aku.

Sahur lak, aku dan fit keluar ke Restoren Syedlina beli mee goreng, ayam gorang dan telor dadar.

Jumaat, Oktober 21, 2005

Buka Puasa 5

Hari nie buka puasa di Buffet McDonald's Bandar Baru Bangi. Kami pergi 4 beranak sahaja. Dah lama bercadang nak makan buffet McD nie. Dan dari pagi (semalam) dah bercadang nak minta apa masa buffet McD nanti...

Dengan harga satu kepala dewasa cuma RM18, jadi kami bayar RM37.80 (2 dewasa dan cukai 5%)... sapa kata aku tak bayar cukai. Nak makan pon kena cukai dan setiap pendapatan aku kena cukai jadi... lebih kurang 2 kali aku bayar cukai dan gaji dapat sekali jer...

aku sendiri merancang makan Fillet O'Fish kemudian Chicken Foldover dan Fillet O'Fish balik... Itu sekadar merancang, Allah yang tentukan... last sekali aku makan Fillet O'Fish, Chicken Foldover, McChicken, Chicken McNugget, Fries dsb... dengan Nuqman dan Iman makan Nugget dan ice cream... memang aku rasa berbaloi sesangat... nak balik kami bawa 2 pack nugget untuk Nuqman dan Iman... Dapat gak aku rasa Burger veggie yang baru... Buffet McD sampai jam 8 malam dan kami balik jam 7.30 mlm sbb Nuqman dah nak start robohkan McD Bandar Baru Bangi....

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman dan Iman makan dulu...

Image hosted by Photobucket.com
Fitriah bagi makan Iman dulu...

Image hosted by Photobucket.com
Antara makan yang diambil (sebahagian...)

Khamis, Oktober 20, 2005

Buka Puasa 4

Tadi buka puasa di office Fit di ALEB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom). Majlis ini dibuat bersama warga emas dari Rumah Sri Kenangan, Cheras (kaalu tak silap)... ada dalam 25 orang warga emas. Kami tiba lewat sikit dalam jam 6.35 petang. Selepas masuk waktu berbuka, kami dijamu dengan kuih muih dan kurma . Setelah selesai solat maghrib secara berjemaah baru makan nasi... ada lauk ikam bawal, ayam dsb... aku sempat makan sepinggan jer sbb nak jaga anak lak...

Image hosted by Photobucket.com
Pica tengok Baby (Anak Azzam dan Normah)

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman sedang sibuk berbuka puasa bersama Che Mat dan Fais

majlis sepatutnya disambung dengan Solat Isyak dan solat sunat tarawikh... tapi aku bersama anak-anak balik rumah. Tinggal orang rumah aku jer sbb dia AJK dan kena masak untuk bersahur lak... sampai sahur program yang dirancang...

Di rumah, Alhamdulillah anak-anak tak buat perangai. Lepas mandi, semua masuk bilik tengok cerita 'Bob the builder' dan aku sediakan susu. tak sampai jam 10 malam semua dah tidur...

Rabu, Oktober 19, 2005

Buka Puasa 3

Hari nie buka puasa bersama geng-geng ISCTU (Information Services, Communication and Technology Unit), NIOSH lak... lebih kurang 32 orang kalau tak silap. Yang bersama family cuma beberapa kerat jer, aku, En Ayop, Ruzita, Saiful dan Yuzainie... yg lain sama ada bujang atau tak bawa spouse... Macam biasa, aku berbuka sepantas yang boleh dan balik cepat sebelum Nuqman dan Adiknya menterbalikkan dewan makan... itu pon Nuqman dah seret kerusi kehulu dan kehilir...

kami berbuka di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Harga buffet seorang dewasa ialah RM25 dan kanak-kanak (6-12 thn) ialah RM15. Tak berapa ramai orang yang datang, jadi dewan makan nampak lenggang. Mungkin sebab dewan dia besar... Makanannya bagi aku... kurang menarik, biasa jer... kalau nak bagi bintang, aku kasi 2 daripada 5...

Kami sampai awal, dalam jam 6 petang. Malangnya cuaca tidak berapa baik, hujan... kalau tak boleh kami pusing-pusing tengok kawasan sekitar... besar Taman Warisan Pertanian nie dan banyak aktiviti dia boleh sediakan... kawasan pun nampak cantik..

buka1 hosted by Photobucket.com
Fit sedang belek broucher Putrajaya

Buka2 hosted by Photobucket.com
Sementara tunggu waktu berbuka

buka3 hosted by Photobucket.com
Nuqman dan Iman

buka4 hosted by Photobucket.com
berbuka

buka5 hosted by Photobucket.com
Makan

Esok, insya-Allah kami bebuka di AELB lak... yang nie mesti sampai malam... tengoklah kalau Nuqman tak terbalikkan AELB...

Selasa, Oktober 18, 2005

buka puasa 2

hari nie berbuka di Mall Cafe, Bandar Seri Putra bersama Ibrahim, Yu Lin, Monalaja dan Kamal (husband Mona)... semua officemate wife... kami jer bawa anak sbb kami jer ada anak.... makanan alhamdulillah.. macam-macam ada, aku makan 4-5 pinggan nasi goreng hawaii dgn lauk-pauk ayam kapitan, ketam goreng, sambal sotong, caserol ayam,garlic bread, mushroom soup, bread pudding, sald dll... makan tak ingat dunialah org kata... buffet dewasa cuma RM14.50 dan ada discaunt discount 10% kalau makan lebih 6 org dewasa. Menu berubah tiap2 hari.... cheh... nie kira promote laa pulak...

esok, insya-Alah berbuka di Tmn Warisan Putrajaya lak... dengan geng-geng ISCTU, NIOSH...

Sabtu, Oktober 15, 2005

MillionairesPlanet

Alhamdulillah... sampai gak buku-buku Azizi Ali yang aku pesan melalui laman web pada 4 oktober lepas... rabu lepas pos malaysia dah hantar, tetapi takde sesiapa kat rumah... terpaksa lah aku amik di Pejabat Pos Semenyih...

dekat laman web dia tulis RM169.00 (Full Powerpack) tetapi sbb pertukaran nilai matawang, kad kredit aku cuma tolak RM167.00 sahaja.. untung RM2...

Semua sekali ada 6 buah buku...

  1. sebuah Millionaires are from a different Planet!
  2. sebuah The Millionaire in Me
  3. sebuah How to Become a Millionaire Landlord
  4. sebuah How to Become a Property Millionaire
  5. sebuah mXe!
  6. dan sebuah Special Report on Unit Trust
    Normal price is RM239.40 . Special Internet Offer RM169.00 only!!!

Buku 'the millionaire in Me' aku dah pernah beli sebelum nie, kat MPH dgn harga RM35... dan aku dah baca... memang menarik. Dia membuka minda aku pasal kerja tetap dan kerja part-time. yang aku pasti, dia galakkan kita kekalkan kerja tetap bagi mendapatkan benefit daripada syarikat. Dan Azizi Ali nie masih bekerja sebagai pilot MAS...

Jumaat, Oktober 14, 2005

Buka Puasa

Hari nie buat buka puasa di rumah aku... ada ler dalam 8 orang kawan-kawan (Fais, Ramlee, Hafiz, Din, Rozman, Zulhanafi, Zulkefli dan Faizal)... ponoh rumah... mereka nie semua member-member bujang dari opis wife... Disebabkan kami berdua bekerja, jadi tengahari balik rumah sbb hari Jumaat rehat lama (12.30tgh - 2.45 ptg) Sempat ler wife aku masak sikit dan kemas rumah. Itu pun petang, balik kerja kena sambung masak dan kemas rumah.

Wife aku masak nasi daging dan spegetti... sempat kami bagi Kak Ani (jiran) satu pinggan spegetti... Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar... lepas suma balik, berlonggoklah pinggan mangkuk utk dibasuh.... minggu depan nak buat utk kawan-kawan sekolah lak, Insya-Allah...

Buka 1 hosted by Photobucket.com
pilih-pilih...

Buka 2 hosted by Photobucket.com
melayan kerenag Pica

Official Closing Ceremony JICA-NIOSH

Tamatlah sudah team JICA berada di NIOSH selama 5 tahun. Selama 5 tahun, seramai 38 orang staff NIOSH telah dihantar ke Jepun bagi proses pertukaran teknologi. Dan selama itu jugalah JICA telah menghabiskan (invest) lebih kurang 5 juta ringgit...

Hadir pada masa itu ialah ED NIOSH (Ir. Dr. Johari Basri), KP DOSH (Tn. Hj. Abu Bakar Che' Man), TKSU KSM (En Adzmi Mohd Sani), Wakil Office JICA di Malaysia (Mr. Akira Murata) dan Caonselor Kedutaan Jepun (Mr. Takuya Sasama). Kehadiran dewan pula terdiri daripada kakitangan NIOSH, JICA, DOSH, Peserta Kursus dsb...

Image hosted by Photobucket.com
Backdrop dan tetamu terhormat

Image hosted by Photobucket.com
Mr Tajuya (Duta) dan Mr Akira (JICA)

Image hosted by Photobucket.com
Ucapan pembukaan Dr Johari

Image hosted by Photobucket.com
sekitar majlis

Image hosted by Photobucket.com
sekitar majlis

Majlis kemudian menyaksikan penyerahan laporan penilaian kepada KSM. Dan seterusnya melawat pameran Project JICA di ruang legar NIOSH. Kemungkinan besar JICA akan menyambung projek seumpama ini di DOSH, KSM lak pada masa akan datang...

hmm.. bila laa aku nak ke Jepun nie...

dunia cemburui kita

hari nie aku sampai pejabat jam 7.58 pagi. Lagi 3 minit aku diiktiraf lewat dan dapat satu surat amaran ler... Selalunya aku keluar rumah 7.05 pagi dan sampai pejabat jam 7.35 pagi. Hari nie malas lak nak bangun lepas sahur (sbb semalam aku bangun jam 1 pagi dan chat di YM sampai kul 4 pagi)... hari nie keluar rumah jam 7.25 pagi.

mentang-mentang aku lewat 20 minit, perjalanan aku seolah-olah nak melewat-lewatkan lagi... dari bangi lama kena ikut belakang kereta yang cuma bawa kereta 40km/j dengan setiap simpang kereta keluar dengan segan-segan... macam padel minyak jauh giler... lepas hantar wife ke pejabat (AELB). Lagi sekali aku kena ikut belakang kereta yang dipandu oleh seorang pakcik sambil bersantai. Sebuah iswara yang boleh mencecah kelajuan 20-40 km/j sahaja... ARGHHHH.. dah ler potong motor macam potong kereta... dan yg lagi tensen, jalan bangi lama ke UKM bukan mudah nak potong...

Alhamdulillah, selamat aku hantar anak-anak ke rumah Mak Ros dan aku ke pejabat dengan lancarnya...

moral of the story : jangan malas-malas bangun tido... Allah marah!!!

Rabu, Oktober 12, 2005

my blogzZ

my blogzZ --> blog Halim, sepupu aku di Singapore.... lepas nie boleh includekan dalam blogroll...

Selasa, Oktober 11, 2005

hari yang sibuk

hari nie baru nak masuk kerja selepas bercuti 4 hari... masuk-masuk ada kes kecurian lagi... LCD projektor lagi hilang dan di bilik yang sama... jam 9 penyiasatan bermua bersama bos sehinggalah jam 4 petang... waktu rehat tengahari tadi ada tadarus... lepas solat zohor, tengok semua rehat jer.. terus aku ke opis balik dan start autosurf utk hari nie... check balik semalam terlepas surf cobraPay...

Fit masih bercuti dan hari ini dia ke KL beli tudung... memula nak beli tudung.... kemudian semalam bercadang nak tengok kasut dan tadi telefon nak tengok baju anak sekali... last sekali telefon nak beli makanan untuk berbuka lak... hmmm... seronoknya bercuti... tapi azabnya nak balik kerjalah... tak henti-henti longgokkan kerja di meja... dan hari nie jugak aku sign jadi penjamin Shah buat personal loan... berat rasa hati, tapi dah kawan... mudah-mudahan takde masalah...

sepanjang aku takde di pejabat, di belakang aku dah ada air con baru... jadi lepas nie takdelah kami berpanas lagi kalau datang kerja hujung minggu... kalau tak panas dan bertemankan nyamuklah kami...

tengok-tengok balik blog, banyak tol gambar... raas seronok lak tengok-tengok balik gambar semua nie... dan untuk memecahkan buntu korang semua... memang aku suka mengambil gambar, cuma masalahnya takde orang nak amik gambar aku... perghhh... apa yang aku melalut nie...

Sabtu, Oktober 08, 2005

Di Kedah

Dalam jam 4.30 pagi... kami sekeluarga (bersama mak, abah dan Imran) balik ke Pokok Sena, Kedah... lama dah tak balik Kedah... Lepas sahur semua tido.. bangun-bangun dah jam 9 pagi

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman, Imran dan Ijat

Kemudian, kami ke Pekan Rabu mencari baju raya Picapah... dalam Unser Nuqman duduk di belakang dengan Pak Su (Imran) main game...

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman dan Imran

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman dan Imran lagi

Di Pekan Rabu, Alor Setar kami mencari baju raya untuk Pica dan ada membeli beberapa barangan lain seperti dodol, kasut, selipar, capal, tudung dsb... ntah abis berapa ringgit pon aku tak tau...

Image hosted by Photobucket.com
Fit dan Mak di Pekan Rabu

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman tengah test kasut

dalam jam 2 petang, Abah dan Mak dan Imran berangkat balik ke Lumut... Kak Yan amik kami kerumahnya... kami ke Kg Bukit dengan membawa pulang kancil KBC...

Image hosted by Photobucket.com
Nuqman Bawa kancil

Balik singgah gerai Ikan Keli Lang.. semua lauk berunsurkan ikan keli... ikan keli ni dibela sendiri di kolam dekat rumahnya...

Image hosted by Photobucket.com
Gerai Ikan Keli Lang

Image hosted by Photobucket.com
Ikan Keli Goreng

Image hosted by Photobucket.com
Di Gerai Lang

Image hosted by Photobucket.com
Fit tengah tunggu ikan keli bakar

Sampai rumah, Pica mencuba baju yang Fit beli... dapatlah dua pasang baju biru untuk raya nie..

Image hosted by Photobucket.com
Pica test baju raya

Image hosted by Photobucket.com
Pica Test Baju raya

Berbuka bersama-sama.... ada Ayah, Mak, Kak Zah, Ajib, family Long, family kak Yan dan Family aku... seronok makan bersama-sama nie....

Image hosted by Photobucket.com
Berbuka bersama

Image hosted by Photobucket.com
Berbuka bersama-sama

Malam, semua rehat sambil tengok TV... makan pizza, lemang, chicken pie dsb.. erghhh... makan lagi... air teh sampai 3 teko...

Image hosted by Photobucket.com
Pica nak berjalan

Image hosted by Photobucket.com
Pica... cubaan untuk berjalan ke Pak Long

Jumaat, Oktober 07, 2005

hantar merc

hari nie balik Lumut... hantar keta pinjam.. memandangkan dah pinjam, jadi kena ler hantar semolek yang mungkin... mula ingat nak hantar tukar bulb lampu kat kedai along (fasa 4 tamb. Bandar Baru Bangi) memandangkan hari nie Jumaat, jadi semua workshop orang islam tutup.. terpaksaler hantar kat kedai malaun nie... dulu kedai nie dah ranapkan pintu Spectra aku... tapi dah takde alternatif lain... rezeki dapat kat malaun nie lah...

Image hosted by Photobucket.com
tgh tuka bulb dashboard

Image hosted by Photobucket.com
tuka bulb depan dan belakang sekali

punya ler mahal... 5 bulb dan upah sampai RM160... malas nak bertekak bulan posa nie sbb dah tau malaun nie mesti charge punya... last-last bayar jer lah..

Image hosted by Photobucket.com
bil yang kena

dah ler buat keja lambat... balik... tengok ada lak satu benda dia tak pasang... tempat kuar aircon kat kaki takde... kosong jer... hangin tul.... nasib baik dia tak salahkan aku... kalau tak.. lagi ler angin...

Image hosted by Photobucket.com
hilang laa pulak...

arggghhh.. buang masa aku jer.. jadi memang aku 500% tak rekemen kedai malaun nie... memang dia terkenal workmanship macam hampeh...

abis tuka bulb hantar cuci kat kedai biasa.... dah masuk 5 tahun dah budak india nie bukak servis basuh keta... dah banyak kemajuan kat kedai dia... caj pon berpatutan.. RM10 jer...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

selesai basuh semua, baru amik Fit kat AELB dan anak-anak di rumah Mak Ros. Dalam jam 1.30 petang kami bertolak ke Lumut... Alhamdulillah, dalam jam 5 petang kami sekeluarga selamat tiba di rumah Abah...

Mak masak Lasagna, Apple Chiken pie dan Pizza utk berbuka... pergh... lama dah tak makan lasagna yg mak buat... Alhamdulillah...

Khamis, Oktober 06, 2005

main beskal...

seronok tengok anak-anak main beskal... walaupun berselerak satu rumah masa main... tapi bila nengok bebudak nie sedang membesar... sejuk jer hati..

Image hosted by Photobucket.com
Iman Nafeesa

Image hosted by Photobucket.com
Ismail Nuqman

gembiranya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...