BonusCoin Banner

Sabtu, Mac 31, 2012

Gulai Kicap Daging

Selasa lepas sempat beli daging 2 kilo. Daging batang pinang sekilo dalam €9.99 je. Confirm takde lemak dan urat. 2 kilo jugaklah Fit buat gulai kicap. Alhamdulillah, hari rabu jamu 3 orang makan dirumah. Masing-masing dari AELB.



Dari hari rabu sampai malam ni (sabtu) aku makan gulai kicap ni. Gulai kicap ni kira signiture dish kampung aku di Kg Tengah, Parit, Perak. Rumah arwah opah dulu tak pernah takde gulai kicap ni, malah hari raya pun kami makan lemang dengan gulai kicap. Sampai sekarang, kalau aku makan lemang mesti cari gulai kicap.

Aku perasan, yang masyarakat laun tak makan lemang dengan gulai kicap masa lepas aku kahwin. Alhamdulillah, Fit belajar buat gulai kicap ni. Dapatlah aku merasa makan gulai kicap di mana kami merantau.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, Mac 30, 2012

Belajar memandu

Cuaca semakin panas, kereta-kereta sudah mula topless. Motosikal sudah banyak di jalan. Memandu pun kena lebih berhati-hati sebab ramai orang mula berjalan kaki atau berbasikal.

Disebabkan ramai menggunakan pengangkutan awam, parkir kereta di kawasan sekolah agak banyak. Aku je agak malas nak naik bas dan keretapi. Mungkin sebab terlalu sibuk ber'online'.

Dalam cuaca sekarang ni, kelas menunggang motosikal agak banyak. Yang menariknya, belajar menunggang motosikal termasuk di atas jalan. Bukan hanya belajar di kawasan lapang.



Aku tak pasti cikgu di depan atau belakang. Kalau ikut pemerhatian, cikgu di depan. Kaedah belajar menunggang motosikal ni confirm tak boleh buat kat Malaysia. Melainkan motor kapchai dah tak digunakan lagi. Motor besar je ada atas jalan.

Hmmm... Rasa macam nak belajar bawak motor lak.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Izd Tower,Vienna,Austria

Khamis, Mac 22, 2012

Dah jam 1 pagi

Lama gak ni tak kemaskini blog. Kebelakangan ni agak sibuk dengan pelbagai aktiviti. Al maklumlah, cuaca tengah cantik. Seronok lepak-lepak kat taman. Cuma nak kongsi gambar ada masalah.

Dari macbook sampailah ke ipod, semua cakera keras hampir penuh... Tunggu masa nak buat spring cleaning harddisk lak! Bila semua kapasiti penuh, mulalah prestasi menurun... Ini semua alasan malas nak kemaskini blog.

Oklah, nak masuk tidur dah ni. Dah jam 1:20 pagi. Saja tahan mengantuk sebab dah lama tak dengar Sinar Pagi. Seronok dengar komen-komen mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam lagu-lagu Mat Salleh... Nasib baik ada apps DVR ni, boleh juga dengar radio-radio Astro live streaming.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Rabu, Mac 14, 2012

Radio Kereta


Dah seminggu cerita ni ada dalam kepala, baru pagi ni sempat nak tulis. Itu pun sebab sekarang tengah lepak kat McDonalds sementara menunggu kereta siap ganti. Semalam pergi ÖAMTC untuk tukar Pikerl, kira macam cukai jalanlah kat Austria ni. Lepas check, dorang suruh tukar absorber belakang kanan. Memang ada bunyi sikitpun, malah masa memandu dalam salju hari tu, terasa tayar belakang ada skid sikit.



Ok, minggu lepas masa perjalanan balik ke rumah. Tetiba Iman bertanya "Abah, radio kereta ni tahu ke kita kat mana?"

Aku jawab "Tak tahu sebab Abah tak beli software GPS Mercedes"

Iman sambung "Habis tu macamana kat radio dia tulis country Austria?"

Aku jawab "Itu Abah yang set lah"

Iman tanya lagi "Kenapalah Abah tak letak country Malaysia. Kalau tak boleh kita dengar radio bahasa Melayu. Takdelah dengar orang cakap Jerman je"

Hahaha, kalau bolehlah macam tu. Senangdah hidup kita nak oiii...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Isnin, Mac 12, 2012

Minum petang

Petang ni lepas amik anak, terus lepak ke Mc Cafe. Sepatutnya semalam pagi atau petang ke Mc Cafe, tapi rasa malas nak keluar rumah. Lebih-lebih lagi hari ahad.



Malam ni tak tau nak makan apa. Rasa macam nak singgah kedai Turkey di Donau Zentrum je, beli mee dan nasi. Tu semua jadi penyebab singgah Mc Cafe. Habis €9.36 beli Cuppucino, Ais Coklat, Cheese Cake, Donut dan Cookie. Bolehlah, harga untuk berehat dengan anak-anak sambil minum petang...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Wagramer Straße,Vienna,Austria

Sabtu, Mac 10, 2012

Cerita kemas rumah




Petang semalam ramai-ramai ber'spring cleaning' ruang tamu rumah. Boleh je rumah bersih, bila habis je kemas rumah tetiba Iman bersuara. "Abah nak tau magik tak?"

"Magik apanya?" tanya aku.

"Lepas ni rumah berselerak balik" jawab Iman sambil gelak-gelak.

Nuqman lak bila time kemas rumah terus hilang. Campur dengan Irisa tetiba mengantuk, terus naik bilik tidoq.

Alhamdulillah, kemas gak rumah. Tak sampai sejam pun. Habis kemas, solat dan tengok muvi. Kali ni tengok cerita "Lion King". Budak-budak ni semua tak tau pasal Lion King. Aku pun baru tau. Kemudian baru perasan Lion King ni cerita tahun 1994. Dah 18 tahun rupanya, dah habis SPM pun...

Kami tengok Lion King ni pun sebab Nuqman asyik nyanyi lagu "in the jungle" tak habis-habis. Bila aku sambung dia terkejut. Kemudian baru tau yang dorang semua tak pernah tengok Lion King.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Bruckhaufner Hauptstraße,Vienna,Austria

Isnin, Mac 05, 2012

Pra Musim Bunga

Alhamdulillah, suhu beransur-ansur semakin panas. Minggu ini suhu diantara 4 ke 12 darjah celsius. Mood musim bunga dah kelihatan.

Petang tadi bila berjalan-jalan di Donaupark, dah mula nampak putik-putik bunga tulip. Kedai-kedai pun dah mula promosi barangan kebun.



Sekarang keluar rumah tak perlu pakai banyak aksesori. Cap dan sarung tangan dah boleh simpan, malah jaket aku dah ganti dengan yang lebih nipis. Seronok dapat berjalan kaki sekitar kawasan rumah.

Hujung minggu lalu kami sekeluarga ke Flohmarkt. Kali ini ke Gewerberpark Stadlau. Flohmarkt hari ahad sungguh mengujakan. Banyak gerai-gerai dibuka, cuma kami masih keluar rumah lewat. Kalau nak best, kena keluar awal pagi.




Nak ke flohmarkt ni kena pandai berbajet, kalau tak semua nak dirembat. Biasanya aku peruntukkan bawah €40. Barang-barang yang kami beli selalunya kurang dari €5.

Minggu depan akan pergi ke Flohmarkt Renbahweg...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, Mac 02, 2012

Cerita 1 sen

Apa ada pada nilai 1sen? Rasa macam takde gunanya pun 1 sen di Malaysia. Sampaikan kerajaan ambil keputusan hapuskan je duit syiling 1 sen. Di vienna mereka masih guna syiling 1 sen, malah syiling 2 sen pun ada.




Beze dengan di Vienna ni. Nilai 1 sen amat banyak. Selain dari bagi tip, aku sudah beberapa kali terserempak orang bayar guna segenggam syiling 1 sen. Pernah dulu masa di Malaysia aku cuba bayar 5 sen guna syiling 1 sen. Orang tu siap bagitau, duit 1 sen boleh guna kat pejabat pos je. Mungkin ini salah satu sebab kita banyak buang je syiling 1 sen ni.

Apa signifikannya duit syiling 1 sen ni? Dari apa yang aku fikirkan, banyak peranan 1 sen ni dalam membangunkan masyarakat yang lebih mulia. Dalam masa tidak langsung, kita terdidik menilai sesuatu itu sehingga nilai terkecil. Bayangkan anak-anak boleh ke kedai dan beli sebiji gula-gula dengan 1 atau 2 sen. Berbanding dengan apa yang ada sekarang, anak-anak cuma campak je duit syiling 1 sen tu.

Secara tidak langsung, dari rebung lagi kita telah di didik membuang duit. Mula-mula 1 sen, selapas tu 5 sen... Malah kita hampir berjaya membuang nilai 1 ringgit pada satu ketika dahulu. Dan ini semua telah memupuk semangat ketamakan dalam masyarakat. Masing-masing mencari keuntungan, masing-masing mengejar nilai wang yang lebih besar.

- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...