Project 99 | Captain’s Log #009: Bila Restart Pun Tersangkut

Project 99 Captain's Log 009 Consistency Reset
Consistency Reset • 4 November 2026 • Day 96 • 18 Days Before Checkpoint

Masa saya publish Captain’s Log #008 pada 7 Oktober, semuanya nampak macam Project 99 sudah kembali on track.

Exercise dah mula balik.

Weight turun.

Dashboard hidup semula.

Saya siap tambah satu eksperimen 28-Day Tai Chi Walking - cuma tujuh minit sehari.

Nampak cantik.

Kemudian...

Saya malas.

Ya.

Tak ada ayat motivasi.

Tak ada alasan complicated.

Bukan sebab doktor suruh berhenti.

Bukan sebab masuk hospital lagi.

Bukan sebab Project 99 tak ada plan.

Saya cuma mula tangguh.

“Esok start.”

Kemudian jadi:

“Isnin nanti.”

Kemudian:

“Minggu depan lah.”

Dan begitulah beberapa minggu berlalu.

Saya bukan tak tahu apa nak buat.
Masalahnya saya tak buat.

Reality Check

Bila saya buka semula data Project 99, benda pertama yang saya nampak ialah:

Data tak pernah berhenti bercakap.

Saya sahaja yang mula berhenti ikut plan.

Project 99 Reality Check lost momentum data
Lowest weight pada 9 Oktober: 119.4 kg
Weight pada 4 November: 120.87 kg
Perubahan dari lowest: +1.47 kg

Last proper structured exercise: 11 Oktober
Structured exercise selepas itu: 0 sessions
Tai Chi challenge: 5 / 28

Sebenarnya weight belum “lari” terlalu jauh.

Saya sempat turun ke 119.4 kg, kemudian kebanyakannya masih bergerak sekitar 120-121 kg.

Jadi masalah paling besar sekarang bukan nombor atas scale.

Saya kehilangan momentum lebih cepat daripada saya kehilangan progress.

Kali Ini Bukan Medical Hold

Ada satu beza besar berbanding apa yang berlaku pada September.

Masa Captain’s Log #006 , CT Scan mengubah seluruh arah Project 99.

Masa itu saya memang kena berhenti.

Exercise masuk Medical Hold.

Saya kena masuk hospital.

Angiogram.

Stent.

Recovery.

Kali ini bukan.

Doktor sudah benarkan saya kembali beraktiviti.

Tak ada siapa suruh saya berhenti.

Jadi kalau nak cari siapa yang bertanggungjawab...

Kali ini memang saya sendiri.

Tracking Ada. Action Kurang.

Satu perkara yang saya masih buat ialah rekod beberapa data daripada phone dan health devices.

Weight masih ada.

BP ada pada beberapa hari.

Resting HR.

Sleep.

Medication pun ada yang sempat direkod.

Jadi Project 99 sebenarnya tidak mati sepenuhnya.

Ia cuma jadi seperti kapal yang sensor masih hidup...

tetapi enjin tak bergerak.

🩺 BP Masih Salah Satu Data Yang Saya Pantau
Selain weight, tekanan darah masih antara nombor yang saya rekod dalam Project 99. Untuk yang mencari monitor BP digital untuk kegunaan di rumah, boleh tengok pilihan ini:

English Voice Wrist Blood Pressure Monitor di Shopee

Dashboard Pun Sampai Penghujung

Bila saya buka dashboard semula, saya sedar satu lagi benda yang agak kelakar.

Project 99 asal memang dibina sebagai 90-day mission.

Day 90 jatuh pada 29 Oktober 2026.

Selepas itu saya masih masukkan beberapa data...

tetapi kolum Day dan Week dah tak bergerak.

Mission Control pula masih membaca weight lama.

Maksudnya:

Project belum selesai.
Dashboard saya yang dah habis runway.

Jadi dashboard itu saya sambung.

Daily Log sekarang dilanjutkan sampai 23 November / Day 115.

Weekly Review juga sambung sehingga appointment seterusnya dengan Dr Butt.

Dan saya cipta satu phase baru.

Phase 2: Consistency Reset

PROJECT 99 // PHASE 2
CONSISTENCY RESET
4–21 November 2026
18 Days
Minimum 10 Minutes Movement
Target: 14 / 18 Days

Kali ini saya tak mahu buat grand plan.

Tak perlu terus kembali kepada treadmill 45 minit.

Tak perlu cover balik semua exercise yang saya miss.

Tak perlu fikir mileage.

Minimum baru cuma:

10 MINIT
intentional movement sehari

Walk boleh.

Treadmill boleh.

Tai Chi pun boleh.

Kalau rasa okay dan mahu teruskan 20 atau 30 minit, itu bonus.

Tetapi mission minimum cuma 10 minit.

10 minit terlalu kecil untuk dibanggakan.
Tetapi cukup besar untuk mematahkan alasan.
Project 99 Consistency Reset 18 day mission tracker

Kenapa 14/18?

Sebab saya tak mahu target perfection.

Kalau saya target 18/18, satu hari miss pun mudah jadi alasan:

“Dah rosak challenge. Buat apa sambung?”

Saya dah kenal perangai itu.

Jadi kali ini sistemnya lain.

✅ Minimum 10 minit
✅ Target 14 daripada 18 hari
✅ More is bonus
✅ Miss satu hari? Sambung esok
❌ Tak perlu bayar “hutang exercise”
❌ Tak perlu restart challenge dari Day 1

Dan eksperimen Tai Chi lama?

Saya tak akan sambung pura-pura dari Day 6.

Result sebenar:

5 / 28
Attempt closed.

Tak cantik.

Tetapi itu data sebenar.

Dan Project 99 memang sepatutnya merekod realiti, bukan hanya benda yang nampak cantik.

👟 Untuk Misi 10 Minit Ini, Yang Penting Bergerak
Tak semestinya kena terus kembali ke gym atau buat long workout. Kadang-kadang pakai kasut dan keluar berjalan 10 minit pun sudah cukup untuk tick hari itu.

Kalau sedang mencari kasut casual/sports yang ringan untuk walking harian, boleh tengok pilihan ini:

Men Shoes Fashion Casual / Sports Shoes di Shopee

18 Hari Sebelum Checkpoint

Timing kali ini pun memang sesuai untuk saya berhenti berlengah.

22 November 2026
Blood test : fasting 12 jam
Echo test

23 November 2026 • 10:00 pagi
Follow-up dengan Dr Butt

Saya memang tak boleh undo tiga minggu yang hilang.

Tak ada workout yang boleh pergi ke masa lalu.

Tetapi saya masih ada 18 hari untuk tunjuk satu perkara:

Saya boleh bina balik consistency.

Kalau weight turun, bagus.

Kalau waist turun, Alhamdulillah.

Tetapi KPI utama kali ini bukan berapa kilogram saya boleh hilang sebelum 23 November.

KPI saya cuma:

≥ 14 / 18 DAYS
minimum 10 minit movement

Tak Perlu Grand Restart Lagi

Saya dah beberapa kali “restart” Project 99.

Dan mungkin itu sendiri masalahnya.

Setiap kali momentum hilang, kita rasa kita perlukan satu hari istimewa.

Isnin.

Awal bulan.

Lepas event.

Lepas travel.

Lepas mood datang balik.

Sedangkan sebenarnya...

CAPTAIN'S LOG #009
CONSISTENCY RESET
Project 99 tak perlukan
satu lagi grand restart.
Saya cuma perlu bergerak
10 minit hari ini.
Esok, buat lagi.
TARGET: 14 / 18
No drama.
No catch-up debt.
Just move.
Mission continues.
🖖
Live Long and Prosper.
Nota: Catatan ini ialah perkongsian pengalaman peribadi Project 99. Aktiviti fizikal dan weight-management plan saya dibuat berdasarkan keadaan serta nasihat doktor saya sendiri.
Pautan Shopee di atas ialah affiliate link. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin menerima komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

Ulasan