BonusCoin Banner

Selasa, Februari 27, 2007

Sendirian

Alhamdulillah... tak tau apa yang boleh aku ucapkan lagi dah... memang apa yang berlaku semua kehendak Allah swt. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang dan merancang. Sebaik mana pun perancangan kita, memang tidak boleh lari dengan perancangan Allah. Semua ini ada hikmah yang besar di sebaliknya. Betapa kita cuba mengelak sekali pun... apa yang di tetapkan akan di tentukan juga....

Semalam, bermulalah episod aku bersendirian. Kali ini tiada tempoh masa diberi. Setakat yang aku pasti, kemungkinan untuk selamanya. Kehidupan aku dah kembali kepada basic. Aku menyewa sebuah bilik kosong. Pada mulanya, aku cuba mencari apa yang aku hilang... tapi aku dapat rasakan semua ini biasa pada aku. Aku memang selalu hidup sendirian. Aku terlalu kerap di tinggalkan walaupun ada kalanya aku memohon untuk tidak di tinggalkan. Tetapi aku tidak mahu menjadi penghalang kepada sesiapa. AKu tidak mahu mengawal hidup sesiapa. Aku tidak mahu memaksa diri aku berbuat apa yang orang lain tidak suka.

Bila kemas-kemas semalam, aku dah buat beberapa senarai barangan yang aku raaskan perlu. Pertama aku hendak ambil bakul baju, rak buku kecik dan kipas. Kemudian bulan depan jika ada rezeki, insya-Allah aku akan beli cermin, tempat gosok baju dan rak gantung baju. Memandang aku nie seorang yang pemalas, jadi aku berkemungkinan besar akan menghantar ke Dobi jer semua baju-baju kotor aku.

Photobucket - Bilik Aku
Tempat tidur

Photobucket - Video and Image Hosting
Sebahagian sudut bilik

Photobucket - Video and Image Hosting
Tempat aku gosok baju

Photobucket - Video and Image Hosting
Bantal dan anak patung anak-anak

Hakikatnya aku memang rindu kepada kehidupan aku yang sebelum ini... memang terlalu sebak rasa di hati bila mengenangkan semua yang berlaku. Aku paling rindu pada anak-anak aku... ada lebih kurang sebulan untuk aku berjumpa dengan anak-anak aku lagi.... insya-Allah. Buat masa ini aku boleh membuat persiapan untuk menerima kehadiran anak-anak aku pulak.

Kita semua tertipu, ditipu dan menipu..................

Jumaat, Februari 23, 2007

8P untuk Pasangan

P E T U A 8P S I T I N U R B A H Y A H

  1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
  2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
  5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  7. PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
  8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU MEMBACA SURAH AL-IMRAN AYAT KE-31 ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH SAMA BAGI MENGURANGKAN PANAS BARAN SUAMI.

KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.

KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA,? KATANYA.

Khamis, Februari 22, 2007

Perfect relationship

5 secrets for a perfect relationship ...

  1. It's important to have a woman who helps at home, who cooks from
    time to time, cleans up and has a job.
  2. It's important to have a woman who can make you laugh.
  3. It's important to have a woman who you can trust and who doesn't
    lie to you.
  4. It's important to have a woman who is good in bed and who likes
    to be with you.
  5. It's very, very important that these four women don't know each
    other.

hahahaha

Rabu, Februari 21, 2007

Dalam Hati ada Cinta

Bos takde, dan ramai orang masih bercuti... boring giler.... walaupun, pada hakikatnya, kerja aku menimbun...

Tengah lepak-lepak baca surat khabar, teringat kisah semalam... malam semalam, aku dan Fit duduk bersama menonton TV. Waktu tue ada cerita "Dalam Hati ada Cinta 4". Scene yang kami tengok lebih kurang begitu:

Scene Ako Mustafa tengah makan bersama Umi Aida. Dalam masa makan tue Umi Aida bersuara, "Lepas nie jemput datang ke rumah saya pulak. Biar saya masak." Kemudian Ako membalas "... hmm... nak datang dengan siapa?"...

Umi Aida terdiam sejenak, kemudian bersuara "Datang dengan Kak Tini..." (Kak Tini kot nama pompuan tue...) ... kemudia Aku diam membisu untuk beberapa saat dan membalas "hmm.... ok"..........

Tiba-tiba, Fit bersuara... itulah lelaki... tak paham.. Bila pompuan kata macam tue, dia maksudkan sebaliknya..... Pompuan selalu macam tue... apa yang di inginkan, dia akan beri hint macam tue...

hmm..... aku tak tau nak kata apa... melainkan, kalau seorang perempuan kata dia Cinta atau Rindu... apa yang di maksudkan yerk? Susah betul nak hidup dekat dunia nie macam nie... Apa yang lelaki kena buat? semua perbuatan nampak salah.

The Guys' Rules

Finally , the guys' side of the story.

We always hear " the rules " From the female side.

Now here are the rules from the male side.

These are our rules!

Please note.. These are all numbered "1" ON PURPOSE!

**********

  1. Men are NOT mind readers.

************

  1. Shopping is NOT a sport. And no, we are never going to think of it that way.

************

  1. Crying is blackmail.

************

  1. Ask for what you want.
    Let us be clear on this one:

    Subtle hints do not work!
    Strong hints do not work!
    Obvious hints do not work!
    Just say it!

************

  1. Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.

************

  1. Come to us with a problem only if you want help solving it. That's what we do. Sympathy is what your girlfriends are for.

************

  1. A headache that lasts for 17 months is a Problem. See a doctor.

************

  1. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all comments become null and void after 7 Days.

************

  1. If you won't dress like the Victoria 's Secret girls, don't Expect us to act like soap opera guys.

************

  1. If you think you're fat, you probably are. Don't ask us.

************

  1. If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one

************

  1. You can either ask us to do something Or tell us how you want it done. Not both.
    If you already know best how to do it, just do it yourself.

************

  1. Whenever possible, Please say whatever you have to say during commercials.

************

  1. Christopher Columbus did NOT need directions and neither do we.

************

  1. ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings.
    Peach, for example, is a fruit, not A color. Pumpkin is also a fruit. We have no idea what mauve is.

************

  1. If we ask what is wrong and you say "nothing," We will act like nothing's wrong.
    We know you are lying, but it is just not worth the hassle.

************

  1. If you ask a question you don't want an answer to, Expect an answer you don't want to hear.

************

  1. When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine. Really .

************

  1. Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topics as baseball, the shotgun formation, or golf.

************

  1. You have enough clothes.

************

  1. You have too many shoes.

************

  1. I am in shape. Round IS a shape!

************

  1. Thank you for reading this.
    Yes, I know, I have to sleep on the couch tonight;

************

hahahahaha

Management Lesson

One fine day, a bus driver went to the bus garage, started his bus, and drove off along the route. No problems for the first few stops - a few people got on, a few got off, and things went generally well.

At the next stop, however, a big hulk of a guy got on. Six feet eight,built like a wrestler, arms hanging down to the ground. He glared at the driver and said, "Big John doesn't pay!" and sat down at the back.

Did I mention that the driver was five feet three, thin, and basically meek? Well, he was. Naturally, he didn't argue with Big John, but he wasn't happy about it. The next day the same thing happened - Big John got on again, made a show of refusing to pay, and sat down. And the next day, and the next.

This grated on the bus driver, who started losing sleep over the way Big John was taking advantage of him. Finally he could stand it no longer. He signed up for body building courses, karate, judo, and all that good stuff.

By the end of the summer, he had become quite strong; what's more, he felt really good about himself. So on the next Monday, when Big John once again got on the bus and said, "Big John doesn't pay!"

The driver stood up, glared back at the passenger, and screamed, "And why not? "

With a surprised look on his face, Big John replied, "Big John has a bus pass ."

Management Lesson: "Be sure there is a problem in the first place before working hard to solve one."

Jumaat, Februari 16, 2007

Anak-anak

tengah boring-boring nie... maklumlah, dah nakcuti (CNY) panjang... dan bos lak takde... jadi bila kucing takde, tikus semua menari-narilah... nak main hanpon dah tak bole, kena barr sebab aku tak bayar lagi RM90 (bulan lepas nyer...) . Tinggal updet blog nie jerlah tugas aku..

tue yang teringat ada beberapa gambar kerenah Nuqman dan Pica duduk bersama aku. Kalau umi takde, memang kami makan benda-benda yang ringkas jer... biasa nya roti-roti ler.. paling mudah. Paling malas pun, makan biskut jer... tue sebab aku dah kurus giler sekarang nih...

Insya-Allah petang nie Umi balik... jadi ada lah makanan-makanan berkhasiat sikit... hahahaha

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica makan roti bakar

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica tengok Transformer di YouTube

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica main laptop

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica makan Limau

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica makan cokelat

Semalam, kami balik singgah beli Berger OTAI jer... Nuqman dan Pica makan berger daging kosong bersama mayo dan sos. Kau sebagai boss akan makan berger spesel... lepas makan tengok movie "Herbie:Fully Loaded" di Disney Channel....

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan berger

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica tengah bukak berger

Photobucket - Video and Image Hosting

camtulah kebiasaannya....

Rabu, Februari 14, 2007

Kail

dapat pps daripada online friend... menarik sesangat... tersentuh sekejap...

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....

Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...

Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya
ia dibuang....

Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.

Menyayangimu. Mengasihimu.

Mengapa kamu berlengah, terus mencoba membandingkannya dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yang akan menyesal.

Tersentuh aku sekejap....

Tak nak bangun

aku dah agak, mesti budak-budak nie semua bangun balik tengah malam... elok aku off laptop... Nuqman bangun nangis nak tengok transformer kat YouTube.com. Dah beberapa malam kami tengok cerita-cerita kartun, transformer, Bob The Builder kat YouTube nih....

Pagi nie semua malas nak bangun, aku hampir-hampir lewat masuk office.

Photobucket - Nuqman dan Pica Tidur

Kena cari DVD transformer nih... hmm, ada lagi ke kedai DVD pirate nih? dah lama aku tak beli DVD....

Sexual Harassment

Saja nak kongso beberapa maklumat yang aku dapat...

Isu sexual harassment :

  1. Peng'harass' selalunya >40thn, rendang/rendah, buncit, bermisai -- ini yg selalu bermain di fikiran org ramai. Mengikut kajian ianya tidak benar. Yg kurus tinggi pun meng'harass' jugak. Yg berlebai kopiah pun sama. Sape2 pun boleh meng'harass'. Jadi anggapan ini adalah tdk benar.
  2. Lelaki di'harass' sama ramai dgn wanita ! Tapi mereka takut nak suarakan/mengadu. nak cakap kat bini pun takut! Kuang...kuang...kuang....
  3. Paper qualification does matter. Org yg tiada paper qualification tapi worked 30 yrs kalau give talk masih org pertikaikan. Tp kalau ada PhD, bila bercakap, org akan lebih mendengar.

Sekian pelajaran utk hari ini.

Selasa, Februari 13, 2007

2nd Day

Hari nie, hari ke dua Umi berada di Pulau Tioman... macam biasa aku dan anak-anak buat aktiviti sendiri. Hari nie balik lewat sikit, dekat jam 6 petang baru keluar dari pejabat. Amik anak-anak kat rumah Mak Ros dan tanya dorang nak makan apa malam nie... Macam biasa, paling mudah ialah ke kedai Mamak...

Photobucket - Pica dan Maggi
Pica makan megi goreng

Nuqman tak berapa nak makan, Roti dijamah sikit, Milo ais pun minum sikit jer. Lepas amik keropok, Nuqman tunggu dalam kereta. Tinggal aku dan Pica jer makan Megi dan Roti canai. Makan malam dan singgah 7-eleven, abis RM18. Balik rumah, tengok movie Polar Express di HBO...

Photobucket - Video and Image Hosting
Hobi baru Pica... menulis

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman kagum tengok movie

Photobucket - Nuqman Kaget
Nuqman dan Pica khusyuk tengok 'Polar Express'

Lepas tengok cerita Polar Express kat HBO, hujan lebat lak.... cam biasa ASTRO hilang ntah kemana bila waktu hujan... jadi anak-anak dah masuk tidur dengan aku seawal jam 9.30 malam. Camanalah esok nie... ntah-ntah kejap lagi dorang bangun..... hehehehe

diam

Dua hari nie aku cuba berdiam... tetapi tidak mampu pun sebenarnya. Perasaan risau dan kasih itu masih ada. Ya, memang aku sedikit kecik hati bila mengetahui dia terpaksa pergi untuk minggu kedua. Memang jauh di sudut hati, aku mengharapkan dia ada di sisi. Bukan aku hendak menghalang perkembangan kerjaya dan personaliti... tetapi aku hanya mampu bersabar untuk seminggu sahaja di dalam sebulan... bukan untuk berturut.

Aku dah tak tau apa yang perlu aku katakan lagi.... cuma mampu bersabar dahulu. Tetapi situasi ini membuatkan aku banyak berfikir. Aku mampu hidup seorang. Aku mampu pergi jauh. Aku mampu berbahagia. Kenapa mesti aku pertahankan semua ini? Kenapa mesti aku yang beralah?

Dalam seminggu dua ini, ada aku mencari pekerjaan lain. Dengan harapan aku mampu mengawal semula kewangan keluarga. Aku tidak mahu di katakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Manusia yang pentingkan diri sendiri. Cuma aku sekadar mampu tersenyum dan menahan diri daripada terus di hina.

Hujung minggu lalu, aku di didik "something are best said, unspoken". Jadi aku akan tetap cuba berdiam selama mana yang mampu.

Mampukah aku terus berdiam sehingga hari Jumaat?.......

KIND OF EMPLOYEE

WHAT KIND OF EMPLOYEE ARE YOU?

Capricorn Employee Profile
======================

A Capricorn employee with too much to do is a happy worker.

They need plenty of projects and responsibility. There is no sadder sight than a Capricorn worker without a sense of responsibility. They need to be needed. They are covertly ambitious - usually not flashy or obvious about it-but you will usually know that they are serious and determined about advancing themselves.

They are completely scrupulous, so much so that they can be self-disparaging. But they are no pushovers. They can wear down even the toughest customers. Their persistence is incredible. Once they set their sights on a goal, they work away at it until the bitter end-whether the goal be that hard sell or the new hardware release.

Capricorns don't work for free, however. They expect to be paid handsomely and be given more and more responsibility. They need to come out ahead of the pack in the end, and they see the work environment as their primary vehicle.

They won't go in for the typical office gossip and politics, though.

They want to get down to business at work and see it as no place for fooling around.

With a strong sense of duty and respect towards their superiors, it is rare they will join in on boss-bashing or knocking the system.

They can get frustrated, however, with blue sky management schemes that lack common sense, and they will interject their dry sense of humor in the most critical ways.

If they want change, they will be unyielding. If all their effort leads to naught the result will be deep moods of darkness and depression with a sense of hopelessness.

Keep your Capricorn employee happy by paying them fairly and giving them plenty of hard work. Arrange for a path of advancement within your organization for them. If you don't,you might find them looking for other opportunities.

Leo Employee Profile
=================

Leo workers want to be first and at the center of the office. Even if they can't lead, they'll look for every opportunity to increase their own status and if someone else seems ahead of them, look out. They will make it clear that they aren't happy by pouting and complaining. They want advancement so much that they'll take on more responsibility and carry a heavier load than anyone else does in the office. And they are self-promoters. It is likely that they are telling everyone in the office what a great job they are doing as well as giving everyone unwanted advice.

They know they are superior and want everyone to know it as well. This arrogance can sometimes cause problems when working with management. But typically, they are just hard workers out to demonstrate just how good they really are.

They thrive in sales positions - they can promote a product or company just as well as they promote themselves.

Their strength and arrogance isn't just show either. In a crisis situation, Leos really demonstrate their true courage.

Leos want to lead and will be pushing for more responsibility and rewards. They are happy to train and mentor new co-workers as they enjoy giving advice and being in positions of authority.

If you are trying to manage a Leo employee, you'll need to give them plenty of praise, responsibility, and independence. They will certainly want to help lighten your load of management responsibilities. Just be careful- the next thing you knowthey could be taking over your job.

Ahad, Februari 11, 2007

Pica dan cokelat

Petang tadi Pica tertidur sambil makan coklat... comel sangat... hehehe

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Masa nie Umi dan Nuqman dah tidur dah... suruh tidur tak mau, tau-tau pegi dapur amik coklat dan makan kat tepi katil... sedar-sedar Pica dah tertidur...

Sabtu, Februari 10, 2007

CINTA

Photobucket - CINTA
Poster promo CINTA

Hari nie tengok vcd CINTA dengan Fit... dah dekat seminggu beli (yang ori yerk...) baru pagi nie dapat tengok bersama... menarik cerita dia, berbali kalau tengok...

Sebuah cerita yang mempunyai 5 buah kisah cinta.... kisah cinta antara kekasih, veteran, adik beradik, suami isteri dan remaja... Lepas tengok, fit tanya aku "Abang dah paham apa maksud CINTA?" satu persoalan yang tak tau apa jawaban yang di kehendaki...

Daripada penghayatan cerita ini, aku bergenang air mata bila melihat kisah cinta antara Cikgu Elyas dan Mak Bi (Ruiah) dan kisah Cinta Ris dan isterinya (aku tak ingat apa nama wife dia... Airin kalau tak silap). Aku memang orang yang sensitif... memang setiap cerita yang aku tengok, setiap lagu yang aku dengar... aku teliti... itu sebab kalau seseorang menyanyi, aku boleh terasa... bagi aku tiada cerita atau lagu yang sedap dan menarik... semuanya ada ciri-ciri tersendiri.. dan bagi aku, maksud yang disampaikan di sebalik lirik...

Di akhir cerita CINTA, aku dapat simpulkan cinta itu cuma satu sahaja.... kelima-lima kisah menunjukkan perkara yang sama (walaupun Fit tak setuju...) "cinta itu hadir bila orang yang memberi dan orang yang menerima gembira".... aku setuju yang lima kisah itu mempunyai pengakhiran yang berbeza... tetapi hasrat yang ingin disampaikan hanya satu... CINTA...

Dalam cerita CINTA nie... aku suka sountrack lagu Zainal Abidin "Ikhlas Tapi Jauh"...

P E R S O N A L I T Y

Ini cuma sebahagian sahaja, dapat melalui emel... hanya mereka-mereka yang penting di dalam hidup aku... menarik dan terasa ada kebenarannya...

  • Januari 10-24 ~ Tikus
  • Januari 25-31 ~ Singa
  • Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
  • Mei 14-21 ~ Merpati
  • Ogos 16-25 ~ Tikus
  • November 17-30 ~ Kucing

Tikus :

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa :

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain
dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Harimau Bintang :

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm... kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Merpati :

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Kucing :

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

iims modul 1

5-9 Feb 2007, aku join kursus "MS1722 & OHSAS 18001 - Interpretation & Implementation" Modul 1 anjuran NCSB (NIOSH Certification Sdn Bhd). Kursus nie merupakan salah satu modul dalam program pembangunan Consultant NIOSH. Di akhir kursus ada assessment...

Kursus di ajar oleh En Nor WAhid Kemon dan En Mohd Jaflis Jaafar. Kedua-duanya berpengalaman dalam OSH-MS...

Tahun nie aku rancang banyak kursus NIOSH nak settle kan... Insya-Allah by April aku amik NIOSH Train The Trainer... di samping settlekan 8 program wajib NIOSH Consultant Development...

Photobucket - Wahid in action
En Wahid in action

Photobucket - Video and Image Hosting
antara topik En Wahid

Photobucket - Video and Image Hosting
En Jaflis in Action

Memandangkan umi takde... aku tido di Hostel dengan Nuqman pada Malam Khamis dan Rabu... Ntah kenapa Pica tak nak ikut balik.. jadi dia tinggal di rumah Mak Ros... Seronok Nuqman dapat tidur hostel... sampai tak nak masuk rumah, bila balik hari Jumaat...

Nuqman makan roti dan air kotak
Nuqman makan roti dan air kotak

Photobucket - Nuqman tido
Nuqman tido

Photobucket - is tidur
Ntah bile Nuqman amik...

Alhamdulillah... lepas nie kena rancang nak ambil modul 2 lak...

Jumaat, Februari 09, 2007

Amik Umi di KLIA

Alhamdulillah, akhirnya tiba jugak masanya umi balik dari outstation. Kami bertolak ke KLIA jam 9.15 mlm, umi naik flight dari Alor Setar jam 9.20 malam. Sempat isi minyak kereta sikit dan tunggu dalam 20 minit gak sehingga Umi keluar terminal dalam jam 10.30 malam. Seronok anak-anak dapat pergi KLIA. Punyalah lasak dua-dua orang.... tak terkejar... MAsuk kereta Pica terus tidur...

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman dan Pica main panjat-panjat

Photobucket - Ismail Nuqman
Ismail Nuqman

hmm... masih letih lagi nampaknya....

Sabtu, Februari 03, 2007

Pica

Hari nie Umi ke pejabat, banyak kerja katanya. Sampai petang kemudian Umi teman Yulin @ Ulin beli baju baby.... sebabkan aku mengajar hari nie, lepas kelas terus balik, kemudian tidur kepenatan... bangun-bangun... dah jadi macam badutlak... kalau umi takde... camnilah jadinya....

Photobucket - Iman Nafeesa
Pica ber lipstik

hehehehe... nielah akibatnya kalau kucing tidur...

Khamis, Februari 01, 2007

Pagi di KLCC

Pagi nie kami sekeluarga ke KLCC. Hari nie cuti sempena Thaipusam dan hari nie gak Hari Wilayah, jadi banyak ler masa terluang... saja bawak anak-anak berjalan. Dah lama cadang nak bawak anak-anak ke taman permainan KLCC nih... Baru ler hari nie berkelapangan. Seronok dapat tengok anak-anak main di playground dan kolam...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Nuqman

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica main slide

Lepas Pica nampak kolam... semua kelam kabut nak main dalam kolam lak... memang dah stand-by baju mandi pon...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica dalam air terjun

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Pica n Nuqman dalam baby pool

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Apa lagi yang seronok dari lihat anak-anak gembira....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...