BonusCoin Banner

Selasa, Julai 31, 2012

Ini baru panas

Alhamdulillah, minggu pertama ramadhan di Vienna cuaca mendung dan sejuk. Mudah anak-anak nak berpuasa. Mulanya risau gak, macamana anak-anak nak berpuasa selama 17-18 jam. Syukur, Allah itu maha kaya. Di permudahkan umat islam mula berpuasa dengan cuaca dan suhu yang selesa.

Selepas seminggu, dapatlah kami di sini merasa kembali kehangatan musim panas kembali.


Suhu luar
Ahad lepas, seharian kami sekeluarga di luar rumah. Bermula dengan berjalan-jalan di Flohmarkt Geweberpark. Kemudian terus ke rumah baru di Portheimgasse. Sempat jugalah susun almari di cellar. Sebelum balik, sempat trim pokok-pokok di belakang rumah. Dalam perjalanan balik lalu donau tengok orang main bot dan kapal layar. Kemudia kami sekeluarga singgah ke Romaplatz. Jarak dari rumah dalam 800 meter je. Sejak mula musim panas har teringin nak berehat-rehat tepi sungai.

Trim pokok
Dalam cuaca panas-panas ni, memang seronok dapat berendam di dalam sungai. Dapat jugalah sejam berendam. Ikutkan nak main lagi lama, memandangkan perut kosong takut termuntah pula. Lepas main air, baring-baring kat rumput sambil keringkan badan. Seronok tengok orang lapak-lepak sambil berpiknik dan menikmati cahaya matahari.

Dah duduk di negara 4 musim, barulah rasa nikmat cahaya matahari. Dapatlah merasa 2-3 bulan panas sebelum mula sejuk.
Mandi dengan anak-anak
Vienna Austria
Mandi tasik Romaplatz
Balik Malaysia nanti ada berani manti sungai tengah bandar? Sungai kat kampung pun kurang dah masyarakat menikmati.

Sabtu, Julai 28, 2012

Harga Kereta

Pagi ni tertarik dengan komen NGO Pro Kerajaan berkaitan cadangan Pakatan Rakyat berkaitan pemansuhan duti eksais kereta. (Rujuk Yahoo! News). Kereta mewah import akan menjadi jauh lebih murah. Dan yang paling penting jauh lebih menjimatkan. Kereta aku sekarang (buatan 2001) ini mampu berjalan 9km/l lebih kurang kereta yang aku guna dulu masa di Malaysia buatan 2008. Ini sebab jalan dekat-dekat je, kalau ikut jalanraya jauh lebih jimat lebih 22km/l.

Rasa macam nak share data-data minyak Wira - Spectra - Grand Livina. Malas lak nak bongkar-bongkar data. Tapi yang penting setiap satunya, penggunaan minyak lebih baik atau lebih kurang sama. Tapi kalau masukkan nilai CC di dalam pembolehubah, memang makin bertambah baik.

Ok, balik kepada komen yang buat aku teruja nak post dalam blog.

"Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama..."
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali

Kenyataan yang secara terang merendahkan mutu kereta Proton. Dalam masa yang sama mengesahkan yang harga kereta Proton tinggi. Ini tak baca lagi blog-blog yang bakal mengupas kenyataan ini.

Jangan salah faham, aku bukan tak suka kepada proton. Malah kereta pertama aku merupakan Proton Wira. Proton Wira yang di bawa balik dari Australia pada tahun 1997. Bangganya menjadi rakyat Malaysia bila mana nampak kereta proton menjalar di negara-negara barat. Ingat lagi tahun 1999 di Autobahn, German rasa bangga bila nampak sebijik proton bergerak laju di jalanraya.

C200
Mercedes C-Klasse C200
Dan ini pandangan dari seorang rakyat biasa, dengan berbekalkan €7,000 dapatlah guna Merc yang dah hampir cecah 10 tahun. Berapa agaknya harga Merc C200 secondhand di Malaysia? Merc E200 abah yang sebelum tahun 200 pun masih mampu terjual lebih RM 80,000.

Lebih menarik lagi, cuba buat perbandingan teknologi Merc C200 (tahun 2000) dengan Proton Perdana (tahun 2012). Banyak lagi standard features yang tak mampu di tandingi. Betullah kata Setiausaha PERKASA, memang protong tak mampu nak lawan.

Insya-Allah, aku faham apa yang Rafizi nak cuba buat di Malaysia kelak.

Khamis, Julai 26, 2012

Buat duit dengan main game

Main game pun boleh buat duit. Dalam zaman Facebook, semua orang main game. Tak payah nak klepet bagi tau tak pernah main game dalam komputer. Game-game FB macam Farmville, Mafia wars, Cafe World DSB. Mesti pernah cuba. Tak kiralah siapapun kita, tak kira pangkat apa, tak kira umur berapa. Ada sahaja game yang pernah dicuba dan yang nasib kurang baik, buat sampai ketagih.

Dalam seminggu yang lalu aku cuba main game Anno 1777. Permainan virtual yang berkisarkan tahun 1777, kita mula dengan menjadi hamba dan boleh memilih untuk menjadi Pemimpin, Peniaga atau Jeneral Tentera. Setiap satunya boleh membawa keuntungan.

ANNO 1777 is150
Memandangkan baru seminggu sahaja main belumlah nampak hasil yang boleh di kongsikan. Insya-Allah, dengan pengalaman bermain dalam seminggu ini, bolehlah nampak perkembangannya.

Memandangkan aku akses internet dari Austria, masa register terus dapat kerakyatan dan penempatan di Austria. Mula main dengan kesihatan 50% dan terus pergi cari kerja. Gaji kerja bergantung kepada negara. Di Austria dalam 2.10ATS sejam. Bila pilih automatik kita bekerja untuk 8 jam. Masa ini memang tak boleh buat benda-benda lain. Jadi, 2.10ATS x 8 jam x 20% produktiviti dapatlah dalam 3.4ATS. Kemudian lengkapkan maklumat diri dapatlah extra 8ATS. Produktiviti dan tahap kesihatan bergantung kepada permainan kita. Setiap hari bekerja produktiviti akan meningkat, dan bila bekerja 5 hari berturut, Negara memberi bonus. Bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

Kemudian, aku boleh pergi melawan pemain-pemain yang lain untuk dijadikan hamba. Hamba-hamba ini boleh di jual di pasaran untuk mendapatkan Emas (Gold) dan di simpan. Setiap bonus duit yang diterima oleh hamba di bawah, kita akan mendapat peratus juga. Cuma yang tak best, kerajaan Austria tidak memberi bonus kepada kita setiap hamba yang dapat kita tawan. Berbanding negara Romania, setiap hamba yang di tawan, kita akan dapat bonus. Mungkin aku boleh berhijrah ke Romania selepas ini.

Setakat ini tips yang penting untuk main game ni ialah:
  1. Mula bekerja sebelum masuk tidur. Sebab tak boleh buat apa-apa dalam tempoh 8 jam. Jadi sepanjang hari kita di depan komputer boleh guna untuk berlawan.
  2. Sewa rumah, beli makanan yang mempunyai semaksimum bintang. Ini boleh meningkatkan tahap kesihatan yang maksimum.
  3. Kutip bonus harian selepas makan dan minum. Jadi akan dapat bonus maksimum.
Buat masa ini kumpul duit (ATS) banyak-banyak. Dari ATS boleh tukar ke Emas (Gold) dan seterusnya ke Euro.

Sekarang ni, aku stop dulu main game di Facebook, ganti main di ANNO 1777 pula. Boleh kumpul 20-30 ATS lah juga sehari.

Selamat bermain.... Jom jadi ahli ANNO 1777

Rabu, Julai 25, 2012

Update : DQsC

Lama sungguh tak update laman DramaQueensCloset. Ni bila musim-musim perayaan memang sibuk sikit. Waktu biasa-biasa, stok tak banyak. Al maklumlah, semua pemegang saham sibuk. Kalau ikutkan idea memang banyak. Cuma bisnes tambahan ni susah sikit nak tumpu. Dengan tanggungjawab keluarga lagi, kerja utama DSB.

Untuk syawal 1433 ini, baju kurung kanak-kanak menjadi tumpuan. Alhamdulillah, ini semua adalah atas permintaan ramai.

Camanapun, jemput lawat www.DramaQueensCloset.com atau like Fan Page DramaQueensCloset di Facebook.


update 20120725
www.DramaQueensCloset.com
Jom, sama-sama memeriahkan lagi syawal tahun ini dengan koleksi-koleksi DramaQueensCloset.

Ahad, Julai 22, 2012

Gajet : B&D Pivot Vac 18V

Bulan ni beli lagi satu gajet baru. Kali ini untuk rumah dan kereta. Sebuah penyedut hampagas mudah alih dari Black & Decker. Asalnya cuma nak beli penyedut hampagas untuk rumah. Bila dah pusing-pusing saturn tu, boleh lak tangan ni gatal amik Pivot Vac ni sekali. Nampak futuristik punya pasal terbang €99 bulan ni. Jadi lepas ni tak payah lagi pergi BP express untuk bersihkan kereta. Tak perlu lagi heret vacuum besar-besar keliling rumah, semata-mata nak sedut habuk bawah meja.
Pivot Vac™ 18V Cordless Pivoting Hand Vac
Hmm... apa nak komen pasal gajet ni ye... Belum guna habis lagi, hari pertama kasi charge dulu. Sekarang nak cari tempat simpan je, kasi nampak kemas sikit. Ok, nak pergi kemas dulu!

Khamis, Julai 19, 2012

Salam Ramadhan


Masih menunggu pengumuman 1 Ramadhan di laman web Pusat Islam Vienna. Hari ni hujan daripada petang. Kalau baca berita tadi, insya-Allah 1 Ramadhan di sambut pada hari sabtu 21hb Julai 2012.

1st time berpuasa 17-18 jam, berbanding 14 jam di Malaysia. Satu ujian juga tu.

Sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al Mubarak, is150 memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung is150.net sekiranya ada sebarang kesilapan apa jua.

Rabu, Julai 18, 2012

Antara Isteri dan Emak


Sungguh berat nak tulis posting-posting sebegini. Namun bila memikirkan ramadhan yang hampir tiba, tidak tahu pula bila lagi kita akan bertemu denganNya. Aku gagahkan juga diri ini untuk meluah apa yang tersemat di hati. Bagaipun begitu, aku tidak nafikan yang mana entri-entri di blog sebelum ini ada kaitannya dengan apa yang tersirat di hati. Aku hanya berharap, bara yang dipendam lama akhirnya akan menghasilkan berlian. Mintalah di jauhkan daripada bara yang dipendam menjadi api, yang akhirnya meninggalkan abu dan asap sahaja.

Aku tahu, ini semua bukanlah satu masalah besar pun. Lagi mana aku percaya, Allah swt tidak akan memberikan ujian kepada mereka yang tidak mampu menghadapinya. Bila di fikir-fikir, masing-masing menjadi diri mereka sepertimana yang dijadikan Allah swt. Masing-masing menjadi ibu, melindungi dan risau terhadap anak masing-masing.

Bila terjadi perkara-perkara begini, barulah aku faham apa yang di maksudkan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'. Buat apa pun serba tak kena. Kedua-dua pihak aku tidak dapat berkata apa-apa.  Lelaki dan wanita memang ada bezanya. Menurut John Gray (penulis 'Men are from Mars, Women are from Venus') lelaki berfikiran secara analisis dan wanita berfikir secara intuisi, lagi mana lelaki juga berkata-kata menyampaikan fakta dan informasi, berbanding wanita berkata-kata seolah bernafas. Oleh itu, diam adalah sebaik-baik bicara buat masa ini.

Cuma hati kecil ini agak terkilan, bila mana seseorang yang kita kenali tidak pernah lupa mendirikan solat 5 waktu, tak cukup dengan itu membaca al-quran serta solat-solat sunat seperti tahajud dan dhuha ketika lapang boleh meluah kan hati yang kurang enak di laman muka buku. Sesuatu yang masih tidak dapat aku cerna dan terima. Biarpun kata-kata itu tidak di tujukan kepada sesiapa. Namun maksudnya sudah jelas.

Sepanjang pagi ini, banyak posting-posting panduan yang aku baca. Sekadar untuk melembutkan hati daripada terus menaip-naip apa yang tak sepatutnya. Alhamdulillah, ada satu cerita yang menarik minat aku untuk di kongsikan.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya bagi isteri, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa suaminya. 
Sumber : Minda Islami
Moga-moga dapatlah jadi sedikit panduan buat diri aku, insya-Allah

Ahad, Julai 15, 2012

Musang Berjanggut

Akhirnya tengok juga aku cerita P.Ramlee Musang berjanggut. Lakonan P.Ramlee dan Saadiah. Sebelum ni aku cuma tonton part nak habis je... Bila semua menteri nak mengorat Saadiah.

Seronok dapat tonton cerita melayu lama. Penuh dengan maksud tersirat. Salah satu cerita yang mempermainkan pemerintah dan pembesar negara. Dan bagaimana mereka yang di atas boleh buat apa sahaja.

Antara babak yang aku suka ialah bila mana Puspawangi bertanyakan Datuk Nikah Kahwin (Mustarjo) mengenai undang-undang negara. Beliau bertanya apakah kesalahan bagi seorang lelaki memasuki rumah wanita yang ketiadaan suami. Datuk Nikah Kahwin berkata itu kesalahan besar negara. Cuma ianya tidak bersalah bagi dia kerana mereka yang membuat undang-undang.

Puspawangi (Saadiah) dan Tun Nila Utama (P.Ramlee)
Puspawangi (Saadiah) dan Tun Nila Utama (P.Ramlee)
Mesej utama ialah menjaga maruah diri. Tidak kira lelaki mahupun wanita, mereka yang baik adalah mereka yang menjaga maruah. Membataskan diri dengan mengingati nilai maruah boleh membantu dalam menghasilkan masyarakat yang harmoni, aman dan sentosa.

Jumaat, Julai 13, 2012

Kembali sejuk

Bangun pagi hari ni dalam keadaan menggigil... Gagahkan diri bangun dan tutup kipas dan tingkap. Jam menunjukkan 5:30 pagi. Terlepas subuh lagi.

Musim panas ni, nak menunaikan solat isya dan subuh sungguh mencabar. Isya biasanya jam 11:20 malam dan subuh pula jam 2:30 pagi. Ada lah beberapa kali aku dapat subuh. Itupun biasanya tak tidur lagi.

Ok, kembali kepada perkara tajuk!

Minggu ni Vienna agak berawan dan sekali sekala hujan. Kesian anak-anak, kurang dapat keluar ke taman permainan. Minggu ni juga, suhu terpanas ialah 30 darjah C. Hari ni suhu bawah 20 darjah C. Kena cari balik baju-baju tebal.

Khamis, Julai 12, 2012

Gunakan Bahasa Kebangsaan


Ini salah satu sebab kenapa aku masih berbahasa melayu. Dalam perlembagaan malaysia, bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu, bukan bahasa Malaysia. Kalau betul ingatan akulah. Ingat lagi di Malaysia, kerajaan suruh belajar bahasa inggeris. Semua itu untuk negara bertambah maju. Betul ke?

Bila menginap di negara yang tidak mempedulikan bahasa inggeris. Terpaksa lah kami belajar bahasa jerman sama. Dalam masa yang sama di rumah memang aku galakkan berbahasa melayu. Kadang-kadang tergelak sendiri pun ada bila anak-anak terutama Nuqman dan Iman bersembang. Banyak istilah-istilah dalam bahasa melayu yang Iman tak tahu. Maca minggu lepas, Iman cerita pasal kumbang dia belajar di sekolah dia. Bila Nuqman bagitau yang istilah sebenar "kumbang" tergelak-gelak Iman. Tak percaya dia bugs tu kumbang dalam bahasa melayu.

Hari ni pula kami tonton Upin-Ipin musim 2012 di YouTube. Kami belajar satu perkara baru, ladybug dalam bahasa melayu ialah kumbang kura-kura. Aku pun baru tahu. Nasib baik ada YouTube, boleh juga tengok cerita-cerita terbaru di Malaysia. Dan anak-anak boleh belajar sama.

Selasa, Julai 10, 2012

Video Pertama Iman

Dah berminggu Iman minta ajar buat video untuk YouTube. Akhirnya dapat gak dia upload satu. Berpuluh-puluh video dia buat. Akhirnya petang ni dapat gak upload sebijik. Habis penuh HardDisk ipad dan iphone sebab buat video nih.



Sekarang ni, Iman tengah exited. Sibuk buat episod 2 pulak. Semua video berkaitan mainan Littlest Pet Shop yang berlambak-lambak kat rumah.

Insya-Allah esok giliran Nuqman pulak buat video.

wii Fit Plus

Pergh,... diam tak diam dah dekat 20 hari aku tak kemaskini blog. Aktiviti agak sibuk dengan anak-anak bercuti musim panas, dengan nak pindah rumah lagi, DLL.

7hb Mei lalu, kami mendapatkan pengganti wii. Wii yang ada dulu dah sedekah pada kawan sebelum kami berhijrah ke Vienna. Alhamdulillah, kali ini semangat nak menurunkan berat badan semakin jitu. Aku cuba sedaya yang mampu untuk bersenam setiap hari. Paling tidakpun seminggu tidak kurang 3 hari bersenam.

Syukur daripada OBESE aku dah capai ke OVER-WEIGHT. Berat aku bukan lagi tiga digit. Yang peting istiqamah. Satu benda yang paling susah kita nak lakukan. ISTIQAMAH. Tak boleh nak gembira sangat sebab masih lagi dalam kategori terlebih berat.

Data berat badan 7-Mei-2012 ke 10-Julai-2012
Siapa kata main game takde faedah? Setakat hari ini insya-Allah aku cuba bermain game sekurang-kurangnya 30 minit. Cuma waktu-waktu cuti sekolah ni, kena berebut dengan anak-anak untuk main game.

Insya-Allah menjelang Syawal, boleh capai BMI yang sepatutnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...