BonusCoin Banner

Selasa, Januari 31, 2012

Dengar nasihat orang lama



Alhamdulillah... apa yang kita ada sekarang adalah hasil daripada mendengar kata orang-orang yang lebih berpengalaman, Insya-Allah. Seperti kata cikgu aku sebelum ini, belajar dari kesilapan orang lain. Hanya orang jahil sahaja belajar daripada kesilapan sendiri.

Isnin, Januari 30, 2012

Pelawat Google

Hari ni aku berjalan-jalan blog (aka blogwalking). Dari satu blog ke satu blog aku baca, asalnya cuma baca pasal.... apa ntah, aku dah lupa tapi macam-macam coretan lah. Dari kahwin, wartawan yang tersasul, artikel untuk wanita,  kecelakaan (yang ni banyak), sehinggalah kepada cross-stich. Banyak sungguh benda-benda yang dicerita.

Asalnya aku berblog kerana banyak benda yang tak terluah. Banyak benda yang ada dalam kepala. Cuma susah nak taip sebab banyak yang membaca (ye ke?) Susah nak luahkan apa yang ada dalam kepala aku nih. Sebabnya, kita semua ada sudut pandang yang berbeza. Sudut yang mahu kita pandang. Apa yang kita nak lihat dan percaya.


Apa yang kita nak pandang? Apa yang kita nak percaya?... haaa... kan dah tersasul, itu sebab kebanyakkan apa yang aku nak blogkan banyak tak jadi. Pada asalnya, pemikiran aku hanya nak ceritakan mengenai 'Google Friends Connect'. Aku tak aktifkan pun kat site nih...

Banyak blog-blog berbahasa melayu yang mempunyai beribu Google Friends Connect ni.... macam kata Ipin, "hmmm.... boleh percaya ke?"... Ada tu sampai 8,000 tuh kekewan. Ni yang buat aku terasa menarik sikit.

Selasa, Januari 24, 2012

is150.net kembali

Alhamdulillah... setelah beberapa tahun tidak dapat membeli kembali domain is150.net akhirnya domain ini kembali... 

Agak lama juga aku membeli domain is150.net dan ketika itu aku menggunakan domain untuk website salahsilah keluarga. Cuma malangnya setelah aku di naikkan pangkat dan tanggungjawab pada tahun 2008 lalu, aku terlepas pandang untuk membayar langganan domain. Agak lewat sebulan lah juga. Bila nak bayar dah ada orang beli. Sayang gak, domain tu dah ada nama dan rank yang baik. Banyak hasil daripada pakcik google yang aku terima. Tapi itu semua dah jadi sejarah.

Hari ini aku beli balik domain is150.net. Cuma kali ini aku lebih kepada berblog sahaja. Insya-Allah jika ada kelapangan akan aku mulakan balik laman web berkaitan salahsilah keluarga. Buat masa ini sudah hampir 300 nama ada dalam salahsilah keluarga Iskandar Syahril dan Noor Fitriah. 

Isnin, Januari 23, 2012

Baucer Belajar 1Malaysia


Baca reader hari ni nampak banyak blog mengenai penyalahgunaan baucer belajar 1Malaysia. Dan macam biasa, ada pihak kerajaan dan pembangkang. Apa isu baucer belajar ni? Apa kelebihannya? Apa impaknya? Adakah ini untuk meraih undi? Kekal berkuasa? Apa-apa sekalipun kita perlu rasa bersyukur dengan adanya bantuan belajar ini.

Politik di mana-mana ceruk duniapun lebih kurang sama. Masing-masing ada agenda tersendiri. Cuma aku lebih mahu agenda itu lebih kepada kemudahan rakyat di kemudian hari. Secara amnya, aku lebih suka dengan senario politik Malaysia sekarang. Kalau takde pembangkang yang kuat, takdelah bantuan seribu ringgit. Takde bantuan sekolah 500 ringgit. Takde bantuan belajar 200 ringgit dan pelbagai-bagai bantuan lagi. Jadi, dalam masa yang sama aku sangat bersyukur adanya kumpulan pembangkang.

hmmm... baucer di Malaysia... aku percaya mesti payah nak guna. Tak boleh beli buku yang dah diskaun, tak boleh beli selain buku, cuma kedai-kedai tertentu sahaja, tak boleh dapat baki, DSB. Banyak sangat cetakan halus sistem-sistem di sana. Semua ini menjadikan rakyat kebanyakkannya simpan sahaja baucer sampailah tamat tempoh.

Bagaimanapun, ini boleh menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan. Rakyatnya lebih suka memberi. Insya-Allah... Kalau aku dapat baucer ini dahulu, mesti aku beli buku-buku yang selama ini kita tengok je.  Dan disebabkan buku-buku ini aku beli dengan harga yang murah atau percuma, tak delah rasa terkilan untuk memberi kepada orang lain kelak. Bukan seperti sekarang ini, semua benda aku simpan. Sampai dah jadi stor rumah aku. Sebabnya? Sayang nak bagi. Susah payah simpan duit beli. Senang-senang je nak bagi lepas baca.... hehehe....

Selasa, Januari 17, 2012

Mula sejuk

Global warming... Tahun ini menyaksikan musim sejuk yang lewat. Sehingga hari ini suhu hanya sekitar -1*c sehingga 8*c berbanding tahun sebelum, waktu ini salji dah penuh belakang rumah. Berita tv dan radio banyak komen pasal cuaca nih, cuma bahasa german aku berkarat banyak jadi aku cuma faham yang dorang komen pasal cuaca je... Hehehe


Tak sabar anak-anak nak main salji belakang rumah. Tak sabar nak buat snowman. Tak sabar nak buat snow angel. Tak sabar nak golek-golek dalam snow.... Jumaat lepas balik solat jumaat ada lah turun snow sikit. Seronok Irisa tunggu tepi tingkap tengok snow turun dan tanya "dah boleh main snow ke Abah?"... Tunggu sabtu jelah... - Posted using BlogPress from my iPad

Location:Wildgänsegasse,Vienna,Austria

Khamis, Januari 12, 2012

Alangkah baiknya




Beberapa minggu lepas aku bawak Nuqman ke Flohmarkt. Flohmarkt ni macam pasar orang jual barang-barang terpakai. Memang aku suka pergi sana sebab banyak barang menarik yang boleh kita jumpa.

Nuqman pun pada mulanya cukup malas nak ikut. Apa yang menariknya pergi pasar dan ramai orang. Lagipun barang lama-lama yang banyak. Ada sekali tu dia ikut aku dan seperti biasa aku suka selongkar kotak-kotak orang jual mainan. Selalunya banyak mainan-mainan rare yang boleh jumpa, kata orang "one man trash is other man treasure". Antara mainan yang banyak orang Austria ni ada ialah Lego. Almaklumlah mainan mampu milik. Kalau di Malaysia Lego jadi permainan anak orang kaya. Dan beberapa kali juga kami jumpa aksesori-aksesori lego macam pistol Star Wars, blok-blok pelik dsb. Dan biasanya kalau tanya penjual berapa, dia bagi free je. Pernah sekali tu bila balik dapat dekat 20 blok lah jugak. Kalau 1 gerai jumpa 2-3 blok, balik rumah pasang jadi kereta. Seronok....

Satu perkara yang menarik di flohmarkt ialah banyak jual video tape (vhs) lama-lama. Nuqman pernah tanya "apa tu Abah?". Bila aku cerita orang dulu (a.k.a abah) tengok movie save kat sinilah, kagum nampaknya dia. Al-makllah, zaman dia tengok movie tak guna tape tapi DVD. Dulu dia tak percaya kena tukar VCD 1 dan 2.

Dan kat flohmarkt ni jugalah aku banyak cari barang-barang collectible Star Trek aku... Cuma yang tak seronoknya, sekarang masuk musim sejuk. Jadi tak banyak tapak flohmarkt yang buka.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Birneckergasse,Vienna,Austria

Rabu, Januari 11, 2012

Gaji naik tapi tak cukup

Duit, duit... dimana kau duit. Itulah lagu-lagu yang bermain di kepala setiap pekerja di Malaysia. Tak ketinggalan juga aku. Lagi kita bekerja, lagi tak cukup duit. Bukan aku sahaja, tapi kawan-kawan yang bujang pun mengeluh duit tak cukup.

Aku selalu bagitau mereka, masa zaman aku bujang dulu, aku dapat simpan sebulan hampir RM1k dalam bank. Dan ketika itu gaji aku hanya RM1.7k sebulan. Sebulan aku hanya perlukan RM 200 untuk sewa dan utiliti (duduk dengan kawan-kawan) RM150 untuk minyak dan kenderaan dan selebihnya untuk makan dan lain-lain. Aku agak beruntung dapat bekerja di institusi pengajian, yang mana kursus-kursus dewasa di Malaysia komponen utamanya adalah MAKAN. Jadi aku dapat jimat banyak duit dengan makan.

Lainlah orang berkeluarga, sewa rumah kena bayar penuh, RM500 pun paling murah. Itupun kalau sanggup bersempitlah. Perbelanjaan makan kena ingat kat keluarga, jadi kos makin meningkat. Jadi selepas berkeluarga, simpanan aku cuma tinggal RM300 je sebulan. Syukur, Alhamdulillah... dapat gak menyimpan.

Alhamdulillah, di tempat aku makan gaji sebelum ini, kami dapat kenaikan gaji sekurang-kurangnya 5% setiap tahun. Dan ketika itu jugalah kawan-kawan aku juga mengeluh. Gaji naik tapi tak cukup! Hakikatnya kenaikan 5% hanya membuat kita lebih miskin, terutamanya bila kerajaan tidak dapat mengawal inflasi. Cuba renungkan beberapa fakta di bawah:
  1. Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.
  2. Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang) - 11% kenaikan.
  3. Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.
  4. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).
  5. Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011).
  6. Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).
  7. Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).
  8. Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.
  9. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm.
  10. Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.
Secara kasarnya perbelanjaan kasar naik 13%, jadi gaji kena naik lebih dari 13%lah.

Aku pernah buat perbandingan pada tahun 2008 dan beberapa lagi post (malas nak cari). Perbandingan mudah yang pernah aku buat di facebook dulu ialah dengan sarapan di kedai mamak. Itu pun dah cukup buat kita rasa lebih miskin. Bayang tahun 2001 dulu aku cuma perlu RM2 untuk makan 2 keping roti canai dan segelas teh tarik, tapi 2011 aku perlu RM3 untuk makan benda yang sama. Itu pun bahagian dah di kurangkan.

Hmm... fikir-fikirkanlah...

Isnin, Januari 09, 2012

Apakah erti sayang anda jika…

Di ambil daari Blog Fikrah Islamiah, rasa terpanggil untuk peringatan dan perkongsian bersama, insya-Allah.

Masih teringat dalam benak ini kata-kata dan pesan pembimbing Tabung Haji dalam taklimatnya sebelum kami berangkat ke Arafah.

Pesan itu amat berkesan walaupun selama ini kita telah pun mengamalkannya. Saya titipkan kata-kata tersebut untuk perhatian pengunjung blok fikrah islamiah ini.

Kalau kita sayangkan Allah; berzikirlah kepada-Nya
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ اللهُ اَكْبَرُ

Kalau kita sayangkan Rasul; selawatlah kepadanya
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dan jika kita sayangkan diri sendiri; isytighfarlah selalu
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ اَلَّذِي لَا إِلَهَ اِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيهِ

Kalau sekadar menyebut subhanallah tidak mampu dilakukan apalah ertinya ucapan sayang kita kepada Allah.

Dan kalaulah sekadar ucapan Allahumasalliala Muhammad pun tidak mampu berada di bibir mulut, apalah ertinya anda mengaku sayangi Rasulullah.

Dan kalau ucapan astaghfirullah al-Azim tidak mampu disebut selalu, jelaslah anda tidak sayangkan diri sendiri.

Dicatat oleh Ahmad Baei Jaafar
Fikrah Islamiah

Jumaat, Januari 06, 2012

Salzburg Trip 2011

Tarikh perjalanan : 26 - 28 Desember 2011
Lokasi : Salzburg, Austria

Alhamdulillah, cuti sekolah "winter break" tahun 2011 kami sekeluarga ke Salzburg, Austria. Tarikh percutian ini di tetapkan dengan hasrat berjumpa makcik yang dalam masa yang sama dalam rangka percutian ke Eropah. Jadi, boleh dikatakan percutian sambil menyelam minum air. Satu keluarga rasa keseronokannya kerana ini cuti yang pertama sebagai sebuah keluarga sejak menjejakkan kaki ke Vienna, Austria.

Perjalanan di mulakan seawal 9 pagi dan mengambil masa selama kurang lebih 4 jam. Persiapan makanan dan permainan di dalam kereta telah di ambil kira terlebih dahulu. Al-maklumlah, kali ini kami sekeluarga menaiki kereta sedan, bukan lagi MPV. Jadi keselesaan anak-anak di belakang agak merisaukan kami...

Anak-anak di kerusi belakang
Perjalanan dari Vienna agak lengang. 26hb Desember merupakan hari cuti di Austria kerana 25hb (Hari Natal) jatuh pada hari ahad. Seperti biasa, waktu cuti jalan agak lengang. Masing-masing berehat di rumah. Kalau di Malaysia mau sesak jalan raya dengan orang keluar balik kampung, membeli belah DSB.... Di sini, shopping kompleks pun tutup...

Perjalanan yang selesa
Kami tiba di destinasi (hotel) lebih kurang jam 12 tengahari. Tetapi bilik hanya boleh masuk selepas 3 petang. Jadi lepas aku bayar harga sewa bilik 2 malam, kami terus mencari snow park. Agak kekok bila kali pertama hendak bermain-main dengan salji. Walaupun excited, banyak benda baru yang kami perlu belajar.

1st Snow Park
Seronok anak-anak bermain salji terutamanya Irisa. Nampak dia asyik tergolek-golek atas salji. Tak fikirkan langsung soal sejuk atau basah. Yang penting semua boleh bermain sepuas-puasnya. Lebih 2 jam di snow park tak terasa langsung. Masing-masing rasa seronok sangat, cuma yang agak terkilan aku tertinggal glider kat rumah. Tapi tak kisahlah... janji dapat main snow...

Habis main snow, kami balik ke hotel. Sempat singgah McDonald untuk makan, sepanjang perjalanan cuma makan roti-roti je... Malam jumpa Cik Dian dan alhamdulillah, kami jumpa sebuah restoren india makanan halal.

Dinner dengan Cik Dian
Esoknya kami berjalan bersama-sama Cik Dian. Di mulakan dengan melawat bandar Salzburg. Kami datang ke sini tanpa perancang. Hanya main redah ikut GPS. Banyak jugalah yang kami dapat jalan sekitar bandar Salzburg.


Kami bermula dengan mencari Mirabel Garden. Lepas dapat letak kereta, kami berjalan kaki ke rumah kelahiran Mozart. Kemudian ke Mirabel Garden dan akhirnya sempat singgah ke kedai Sacher Torte.


Di Mirabell Garden
Rumah Kelahiran Mozart
Habis merayau sekitar bandar Salzburg, kami bawa Cik Dian berjalan ke kaki pergunungan Alps. Sambil mencari snow park. Kami mulakan perjalanan dengan cuba melawat Hitler Eagle Nest. Cuma sedihnya ia tutup sepanjang musim sejuk. Ia akan di buka selepas bulan mei. Kena lawat lagilah selepas bulan mei.


Kami hanya berjalan sahaja mencari taman-taman salji. Cari tempat berehat dan anak-anak bermain salji. Pencarian kami membawa ke Konigsee, Jerman.


Stesyen ke Hitler's Eagle Nest
Arah ke Eagle's Nest
Di Konigsee
Minum petang
Sekitar pekan Konigsee
Separuh hari kami menghabiskan masa di snow park, Konigsee. Seronok dan cantik tempat dia. Jam 5 petang (dah gelap pun) kami ke Salzburg Airport bagi mengantar Cik Dian meneruskan perjalanannya tour eropah. Malam semua budak dah penat, balik hotel terus tidur.


Hari terakhir di Salzburg (28hb Desember 2011) kami sekeluarga melawat sekitar bandar Salzburg. Di mulakan dengan Muzium Permainan, kami membawa anak-anak bercuti mengikut minat mereka. 


Tiket sekeluarga untuk masuk ke museum permainan hanya E8 sahaja. Jauh sungguh beza dengan muzium permainan di Pulau Pinang. Muzium sini memang sesuai untuk membawa keluarga. Penuh dengan informasi dan sejarah tentang permainan.


Irisa di muzium mainan
Anak-anak boleh bermain di Muzium Permainan
Dalam muzium permainan
Selepas ke muzium permainan, kami sekeluarga berjalan-jalan sekitar bandar Salzburg. Cuba mencari jalan ke kota di atas bukit. Alhamdulillah jumpa jugaklah tram bukit ke kota atas bukit. Cuma yang sedihnya kami semua dah habiskan bateri kamera dan telefon. Tak banyak gambar yang boleh di ambil.



Pandangan atas ke Bandar Salzburg
Perjalanan balik
Alhamdulillah, Perjalanan ke Salzburg amat menarik dan menyeronokkan. Insya-Allah jika di beri rezeki kami sekeluarga akan ke sini lagi.

Khamis, Januari 05, 2012

Rahsia Surah Al-Kauthsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sumber : IdhamLim

Sleep

Ugly Truth:

In Bed,
It's 6AM,
You Close Your Eyes for 5 mins...
...& it's 7:45

But in Office,
It's 9:30am
You Close Your Eyes for 5 mins...
& It's Still 9:31

Selasa, Januari 03, 2012

Mahasiswa milik siapa?


Saja nak kongsi sebuah video yang agak menarik mengenai mahasiswa 60an. dan Ini kenapa AUKU diperkenalkan...

Semalam seperti biasa orang rumah aku bermuka buku. Dia akan baca dan tonton video-video di mukabuku dan memberi komen-komennya kepada aku. Salah satu yang menarik perhatian aku dengan amarahnya dia menyalahkan situasi mahasiswa sekarang. Dan dengan pantas melabelkan ini semua boneka Pak Anwar Ibrahim. Memang dia cukup anti dengan DSAI dan cukup-cukup kagum dengan Tun Mahathir. Bagi mengelakkan selisihan keluarga, aku cuma berdiam diri dan buat tak reti.

Aku pernah terbaca yang mana DSAI ini juga perangainya sama seperti Tun semasa muda remaja. Berdemo dan meluahkan apa yang terbuku di hati... Boleh berpidato dan mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi. Jadi dengan menyalahkan DSAI yang mengawal mahasiswa sebenarnya menyalahkan tun sendiri... Jadi berdiam lebih baik...

Aku tidak ada masalah dengan idola orang rumah aku... cuma aku kurang minat dengan pemerintahan 22 tahun. Pemerintahan yang cukup lama dan cukup untuk melenyapkan satu generasi kepimpinan. Dan lihat apa yang berlaku sekarang? Sebaik sahaja Tun turun, semua orang berlumba-lumba mengaut harta. Secara tidak langsung dia telah memusnahkan Malaysia yang telah susah payah di bangunkan. Itu antara harga yang perlu dibayar.

Macamana ini boleh berlaku? Melenyapkan suara mahasiswa... Ya, aku percaya itu salah satu puncanya, dengan tidak membenarkan mereka bersuara dan mengeluarkan pendapat. Sebabnya, antara banyak otak aku berfungsi adalah semasa zaman mahasiswa. Aku tidaklah melibatkan diri dalam politik tapi aku cukup aktif dengan pelbagai aktiviti-aktiviti selain belajar 24 jam. Malah aku lebih banyak belajar dengan cara ini berbanding menelaah buku. Aku lebih paham apa yang aku belajar. Itu yang boleh di baca oleh Tun sebenarnya, dan beliau takut semua itu akan berubah...

Aku yakin dan percaya yang mahasiswa berpolitik ini bukan bermatlamat untuk menjadi YB. Tetapi lebih kepada untuk meluahkan apa yang difikirkan benar. Kerana aku pernah menjadi mahasiswa, dan pada waktu itu aku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar. Namun di dalam kepala banyak gen-gen protes yang cuba di sampaikan.


Jadi??? Siapa yang rugi dengan menyekat suara-suara mahasiswa?

Doa Kekal Hidayah

Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahhab
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Banyak yang perlu di jaga apa bila berada di tempat orang. Terutama di kawasan yang kurang mesra muslim. Banyak juga dugaan-dugaan terumatamnya buat kami yang sedang membesarkan anak-anak. Banyak pertanyaan-pertanyaan yang kadang kala mencabar buat seorang ibu/bapa.

Bila tiba musim perayaan seperti sekarang ini... dengan sambutan Holloween, Thanksgiving, Christmas dan banyak lagilah perayaan-perayaan agama lain. Tak lupa juga dengan pendakwah-pendakwah yang datang dari rumah ke rumah dengan membawa pelbagai media. TV juga banyak memainkan peranan, banyak siaran-siaran TV khas buat agama mereka. Bagaimanapun TV mengenai Islam tidak kurang juga hebatnya.

Buat masa ini terdapat tiga (3) siaran Islam yang dapat iaitu Islam TV (UK), Islam EU & Africa dan Iqraa. Tak kurang juga dengan beberapa siaran Al-Jazeera. Dapat jugalah sekali-sekala mengingatkan anak-anak dan diri sendiri, insya-Allah.

Ahad, Januari 01, 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat Tahun 2012. Alhamdulillah, tahun 2011 banyak memberi kenangan yang indah mahupun tidak. Dan tahun ini, kami sekeluarga menyambutnya di Vienna. Hari ini merupakan bulan ke-3 kami merantau di Austria. Petang semalam dapat bercakap dengan keluarga di Malaysia, dah jam 1 pagi di sana dan mereka semua berkumpul di rumah adik yang baru menyambut putera sulungnya, Muhammad Kaizer Mohd Kamil. Tahniah Anna dan Kamil, semoga dapat menjadi ibu bapa yang cemerlang di dunia dan akhirat, insya-Allah. Malam menjelang tahun baru ramai penduduk di sini bermain bunga api. Rasanya seawal jam 10 malam dah mula main. Mulanya terkejut juga, dengar bunyi berdentum-dentum seakan berperang. Semakin lama, semakin banyak... jadi kami buka grill dan tonton bunga api... cantik jadinya bila setiap orang bermain dan menyambut. Masing-masing menjadikan sambutan tahun baru lebih cantik.

Sambutan bunga api ni berlanjutan sehingga 12:30 tengah malam. Kami sekeluarga hanya menyambut di rumah sambil menonton movie "Ombak Rindu", Masterchef Malaysia Episod 50 dan Shrek The Halls.

Akhir kat, "SELAMAT TAHUN BARU" semoga tahun ini lebih baik daripada tahun 2011... Insya-Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...