BonusCoin Banner

Selasa, Februari 28, 2012

Do and Don't : Ibu Bapa dan Nurseri

Iman tamat tadika Krista Bandar Seri Putra 2010
Pagi ni buka FB, nampak member komen pasal Pusat Asuhan menganiaya anak-anak. Berpuluh-puluhlah komen mengatakan pasal si pengasuh ni. Banyak sangat isu pasal pengasuh, masing-masing memaki hamun pengasuh. Aku tahan je jari jemari untuk menaip (padahal malas nak taip pakai phone).

Dalam keadaan sekarang ni, bukan sahaja pengasuh yang mendera anak. Ibu bapa pun banyak kali kita dengar. Memang aku akui, bukan mudah menjaga anak-anak kecik ni. Anak sendiri yang seorang dua pun selalu buat kita marah, inikan pula 5-6 orang anak orang lain.

Alhamdulillah, petang ni terbaca blog jiran BSP yang kebetulan bercerita mengenai keluhan pengasuh lak. Jadi tanpa segan silu, aku memotong dan tampal di blog ni:

Geleng kepala si penjaga anak di taska bila anak yang dihantar dalam keadaan :

  1. Lampin pakai buangnya dah hampir tiris air kencing. Dah tebal sangat gelembung airnya. Apalah salahnya ditukar dulu lampinnya sebelum hantar ke taska. Silap-silap tiris air kencing si kecil di baju kerja, barulah rasa nak angin satu badan. Salah siapa, tanggunglah rasa. Tapi kalau tiris di baju pengasuh yang menyambut tu bukankah aniaya orang namanya. Agak-agaklahkan.
  2. Malas tahap gaban atau bebalnya si ibu atau si ayah bila pakaikan dua lapis lampin pakai buang. Kononnya nak tampung air kencing yang banyak. Situasi ini aku memang sangat-sangat menghairankan aku. Teori mana yang dia guna pun entahlah. Kalau gitu pakaikan aje 3 ke 4 lapis biar tahan sehari sebab dah malas sangat nak tukarkan lampin anak. Ini ada berlaku ye.. memang aku gelak besarlah masa tu, sebab berlaku depan mata.
  3. Ramai yang hantar dengan anak masih belum mandi termasuklah aku kadang-kadang tu. Oklah mungkin sebab tak sempat atau anak lena sangat tidurnya. Tapi tolonglah perkara 1 di atas tu jangan buat. Kalau dah belum mandi tentulah mulut pun ada air liur basi yang meleleh. Biasalahkan budak kecil. Apalah salahnya ambil sapu tangan lembab tu dan lapkan mulutnya biar bersih sikit dan cuit-cuit sikit jika ada taik mata melampau.
  4. Anak dah buang air besar masa kat rumah lagi. Basuhlah dulu sebelum hantar. Sempat-sempatkan ajelah basuh tu. Bukannya berlaku setiap hari pun. Lainlah kalau buangnya semasa dalam perjalanan ke taska. Terpaksalah dengan senyuman dan rendah suaranya meminta tolong pengasuh basuhkan. Jangan lupa "minta maaf ye kak!", berbahasa sikit bukannya mengarah. Barulah sejuk sikit hati pengasuh yang sedang menerima anak kita dalam keadaan yang sangatlah 'masam' tu.
  5. Hantarnya paling awal pagi dan ambil semula anak paling lewat malam daripada orang lain. Tapi bila pengasuh caj OT, macam nak melompat bila mendengarnya. Perkataan mahal dan tak bertimbang rasa pasti muncul. Pengasuh pun bekerja nak cari duit juga. Sebelum hantar dah tentu pengasuh beritahu siap-siap caj OTnya begini, waktu hantar dan waktu ambil. Kadang-kadang taska dah nak tutup pukul 9 malam pun, mak ayah tak juga muncul hingga pukul 10 ke 11 malam. Kesian pengasuh dan kesian si anak.
  6. Sudah diberitahu kepala anaknya berkutu dan mohon cuci kepala anak tu tapi tak ada tindakan lansung. Padahnya merebak ke kepala anak-anak orang lain di bawah jagaan pengasuh. Mulalah ibu bapa lain pun jadi marah juga.
  7. Anak terkena penyakit berjangkit yang serius seperti 'chicken pox', sakit mata dan sebagainya tetapi masih juga nak hantar anak ke taska. Ambillah cuti demi anak dan tidak menyusahkan orang lain pula. Janganlah jadi hamba kerja sangat.
Sumberwww.adzriel.com

Kadang kala kita hanya mendengar cerita di satu pihak. Teringat balik dulu masa lepak-lepak di kafe pejabat. Isu ini merupakan salah satu topik perbualan, terutamanya dengan mak-mak...

Bakat Terpendam Iman

Teknologi mengubah zaman. Dengan pelbagai gajet-gajet mampu milik kini, banyak perkara yang dahulunya mustahil atau susah dapat di buat dengan mudah. Bukan sahaja oleh orang dewasa malah kanak-kanak pun boleh buat.

Dengan kehidupan kini yang tak boleh pisah dengan google, youtube, facebook dan macam-macam lagilah... Terlalu banyak anak-anak terdedah sama ada secara langsung atau tidak. Nuqman sebelum ini dapat baiki macbook dengan hanya buat carian di YouTube.

Dengan YouTube juga membuatkan anak-anak aku tak berhenti-henti rakam video. Sama ada melalui kamera, ipod atau iphone.

Malam ni buat housekeeping iphone, dalam membelek-belek video yang dirakam... Aku cuba edit dan kongsikan. Banyak video-video beserta suara, cuma terlalu banyak kena potong dan ganggu. Jadi aku cuma amik satu video yang agak ok.


Video ini secara keseluruhannya dirakam oleh Iman @ Pica seorang. Review permainan dapur masakan dia dan adik. Cuma masa kedua-dua tangan guna blender tu aku tak pasti mana dia sangkut iphone.

Ni belum audit ipod dan kamera Iman. Ntah apa-apa video lagi yang ada.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, Februari 24, 2012

Vanila Coklat

Slot lestary TV3 : Vanila Coklat. Hiburan seisi keluarga minggu ini. Seronok Iman dapat tengok drama-drama cinta ni.


Habis marathon drama Vanila Coklat dari episod 1 sampai 10. Tak pasti lagi berapa episod, nak tak nak terpaksa lah tunggu sampai habis. Bak pesan bapa Gopal (Boboiboy), kalau buat sesuatu tu jangan buat separuh jalan. Jadi, aku kena habiskan slot drama Vanila Coklat sampai habis...

Macam drama-drama melayu, Vanila Coklat merupakan kisah keluarga dan cinta. Epik melayu lama di dalam zaman moden. Jalan cerita yang kurang konsisten. Macamanapun, minda perlu dibuka untuk menonton drama, bukan untuk logik. Jadi memang menghiburkan di sebalik dapat berinteraksi dengan watak.

Oleh itu, aku terhibur... Dan dalam masa yang sama tension kena tunggu episod akan datang...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Khamis, Februari 23, 2012

Makan-makan

Antara perkara yang paling seronok adalah berjumpa kawan-kawan. Mungkin orang lelaki memang sifatnya macam tu. Lebih pentingkan kawan daripada keluarga. Kebanyakan keluhan daripada wanita yang aku dengar ialah, orang lelaki lebih pentingkan kawan. Apa kawan nak semua boleh.

Bila bercerita pasal kawan ni, teringat arwah opah selalu bercerita pasal Abah kat aku. Abah seorang yang cukup gemar membantu orang. Ada satu waktu, abah balik dari sekolah bersama orang arab mana ntah, arwah opah bagitahu Abah bawa masuk rumah orang tu dan dia minta opah sediakan makan. Mana dan bagaimana abah jumpa orang tu, Wallahuallam.



Malam rabu, atau selasa malam lalu kami berkesempatan menjemput kawan-kawan dari Malaysia ke rumah. Ada 3 tetamu dari Agensi Nuklear Malaysia dan seorang daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di Vienna. Masing-masing atas urusan kerja. Insya-Allah jika ada lebihan rezeki yang diberikan Allah, dapatlah kami menjamu mereka. Alhamdulillah, Tn Syed Azmi dan Dr Moin dapat turut sama meraikan mereka. Kalau boleh nak jemput lagi ramai, cuma kerusi di rumah tak cukup. 

Menu malam tu biasa-biasa sahaja. Fit sediakan nasi kabsah, nasi putih, gulai udang, ayam percik dan speghetti. Alhamdulillah, menu cukup malam tu. Insya-Allah bulan depan ada beberapa kawan akan singgah ke rumah lagi.

Isnin, Februari 20, 2012

Hari Terbuka 1AL

Acapkali kita dengar berkenaan masalah anak-anak remaja. Masing-masing berpakat menyalahkan antara satu sama lain. Yang guru salahkan ibu-bapa. Ibu bapa menyalahkan sistem pendidikan. Salahkan pemerintah dan sebagainya. Satu masalah tunding menunding yang tidak berpenghabisan. Itulah akibatnya bila di besarkan dengan lagu bangau oh bangau. Masing-masing menuding jari sehinggalah si ular. Si ular yang nampak licik, sanggup mengaku salah dan apa yang dia dapat? Si ular yang berani ini akan lebih digeruni oleh semua!

Apa yang aku perhatikan, keadaan kita tidak seperti dahulu. Balik rumah ada emak, sediakan makanan, ingatkan kebersihan, pembelajaran dan macam-macam lagilah. Tetapi kini, anak-anak balik sekolah terus berjumpa pembantu rumah atau terus ke pusah asuhan. Kita tidak pernah peduli tentang apa yang berlaku seharian pada anak-anak. Yang selalu kita dengar, sekolah minta duit. Jadi ibu bapa mula merungut dan terus merungut.

Berbeza dengan menghantar anak ke Sekolah Antarabangsa Vienna (VIS) ini, ibu bapa tidak perlukan persatuan untuk menonjol. Malah setiap kelas, ibu bapalah yang banyak membantu cikgu. Sepanjang aku di sini sering kali mendapat emel daripada ibu-bapa mengenai jadual kelas anak-anak yang boleh di bantu oleh ibu bapa. Dan pada 2 minggu sudah (2hb Februari 2012), cikgu kelas membuat hari terbuka. Ini bukanlah seperti mana hari terbuka kelas di Malaysia, semua sibuk meraikan ibu bapa datang ke kelas. Ini cuma salah satu hari yang mana ibu bapa dijemput datang ke kelas dan melihat sendiri kaedah pembelajaran anak-anak. Ibu bapa ada di dalam kelas tanpa menganggu anak-anak dan cikgu.

Alhamdulillah, aku sempat mengikuti kelas matematik. Silibus memerlukan Gred 1 belajar mengenai masa dan penambahan sehingga 2 digit. Kelas Iman di pecahkan kepada 4 kumpulan terdiri daripada 5 orang murid. Dan di dalam kelas terdapat 2 murid yang agak advance belajar sendiri.

Antara bapa yang membantu
 Antara yang menarik ialah, ibu bapa (sukarelawan) yang membantu dapat mengajar menggunakan kaedah dia sendiri. Disini lebih memupuk anak-anak untuk berkomunikasi. Patutlah aku selalu di tegur oleh anak-anak kat VIS ni. Mulanya ingat anak-anak mat salleh ni memang peramah. Rupanya sistem pembelajaran mereka secara tidak langsung membuatkan anak-anak tidak rasa kekok bersembang dengan orang yang lebih dewasa. Mereka bukan setakat berkomunikasi dengan cikgu sahaja.

Sesi pembelajaran menggunakan macbook
Anak-anak juga mempunyai waktu di dedahkan dengan pembelajaran sendiri menggunakan komputer. Masing-masing nampak tidak terlalu stress dengan duduk tegak di meja mendengar apa yang cikgu ajar. Berbaloilah dengan yuran yang dibayar.

Bersama cikgu kelas
Kalau menggunakan kaedah ini, rasanya sekolah di Malaysia yang satu kelas lebih 40 orang pun boleh buat. Dengan syarat ibu bapa turut sama terlibat membantu cikgu. Tolak tepi yuran sekolah dan gaji cikgu, sebabnya kita membantu anak-anak kita sendiri.

Jumaat, Februari 17, 2012

Basuh pinggan

Antara benda yang paling malas nak buat ialah basuh pinggan. Dulu kalau bujang boleh basuh sikit-sikit (tapi sampai menimbun la jugak). Ni bila isi rumah dah cecah 5 orang yang boleh capai pinggan mangkuk, opsyen tu dah tak boleh guna.

Percayalah, cuci pinggan ni boleh jadi satu isu dalam rumah tangga. Hendak-hendak singki boleh penuh balik selepas 20 minit selesai makan. Mana datang semua tu ntah... Bila marah anak-anak, lepas ni nampaklah pula mereka makan biskut berterabur (takut nak alas guna pinggan), cawan bawah sofa, sudu kat bilik dsb.

Kat rumah ni ada mesin basuh pinggan, cuma malas nak guna (baca : tak tahu)




Akhirnya selepas beberapa insiden, merajinkan diri untuk guna mesin basuh pinggan automatik. Rasanya kos taklah berapa mahal. Sekotak sabun tablet/serbuk baru €10, ada 45 biji tablet. Boleh cuci 45 kali lebih kurang. Dan untuk pelarut air perlu garam, kos garam €1 untuk 1.5 kilo.

Kalau dibandingkan dengan basuh secara konvesional, dengan penggunaan air, sabun, span, tenaga dll. Rasanya lebih jimat guna mesin.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Ateliergasse,Vienna,Austria

Rabu, Februari 15, 2012

Syria oh Syria



Beberapa minggu ni kat TV asyik cerita pasal perang kat Syria je. Umumnya aku ada lebih seribu siaran TV di Vienna ni. Yang tengok adalah dalam 10 siaran. Dan dalam banyak-banyak siaran tu, adalah dalam 20 siaran berbahasa engeris macam CNN, CNBC, BBC, Russia Today, Al Jazeera, Sky News, Arirang, CNC dan macam-macam lagilah. Majoriti berpihak kepada zionis.

Boleh dikatakan, minggu lepas sibuk bersiaran langsung berkenaan ketegangan di Syria. Masing-masing cuba membuatkan kita percaya Amerika perlu campur tangan bagi mengurangkan kekejaman rakyat Syria. Asalnya memang aku tak nak amik port, tapi lepas fikirkan kenapa Syria? Siapa Syria ni? Lepas ni siapa pulak? Dari Vietnam, Iran, Iraq, Libya dan macam-macam negara lagilah. Kini Syria lak. Semua ini disebabkan negara pendatang (settler state) seperti Amerika, Israel, Afrika Selatan, Australia, New Zealand dan Singapura.

Yang aku pasti, tiada apa-apa yang berlaku kat Syria. Ianya hanya satu batu loncatan untuk Amerika. Terutamanya di dalam musim / tahun pemilihan presiden. Dan selepas habis semua ini barulah dunia akan sedar seperti mana sebelum-sebelum ini. Jadi, pagi ini aku cuba cari cerita pasal Syria, macam-macam yang boleh dibaca cuma yang menarik perhatian adalah dari blog Tukar Tiub. Banyak pencerahan yang diberikan terutamanya dari sudut sejarah.

Sabtu, Februari 11, 2012

Next Collection : Lightsaber

Sepanjang beberapa bulan aku berada di Austria ni, aku dah mula balik kepada hobi mengumpul model-model Star Trek. Banyak jugak lah aku belanja untuk beberapa kapal Star Trek. Bermula dengan €150 dari ebay.at dengan bebelas kapal Star Trek. Dan beberapa lagi... (Album Star Trek di Facebook). Kalau masuk pejabat aku dulu rasanya dah boleh jadi museum kapal angkasa.

Nuqman dengan 15 kapal angkasa
Salah satu impian aku adalah nak buat satu bilik yang penuh dengan koleksi-koleksi Star Trek aku. Rasanay beribu benda aku boleh pamerkan. Cuma beberapa koleksi selepas kahwin dan ada anak terpaksa diganti. Ada dua buah jam meja dah patah, beberapa koleksi Model dari Furuta dan Micro Machine dah hilang. Banyak kerja nak kena buat nih. Agak-agak berapa modal yang diperlukan nak buat mini museum ni?

Lepas baca Geekologie (konfirm yang aku ni Geek), macam nak tambah koleksi replika Star Wars Lightsaber pulak. Sebelum ni dah pernah beli beberapa lightsaber, cuma beli untuk anak-anak main. Jadi semua dah jadi bahan sejarah...

www.geekologie.com
Berapa kos yang berani nak keluar ni? Kena collect banyak-banyak dari internetlah kalau macam ni. Setakat ini bolehlah beli sebiji replika gred C sebulan. Nak kena cukup kutipan bulanan untuk 2 replika gred A++ baru boleh mula kumpul kot. Insya-Allah...

hmmmm.... ada dua lagi delay posting yang nak buat : Perasmian Masjid As-Salam dan Open Day kelas 1AL.

Jumaat, Februari 10, 2012

Harry Potter

Banyak-banyak filem yang aku tengok, aku tak pernah tengok cerita Harry Potter sampai habis. Baca buku dia apatah lagi... Kalau tak silap ada 5-6 filem Harry Potter ni kot. Semua filem HP ni ada kat rumah cuma tak tau bila nak tengok. Bila tau banyak kesinambungan dia rasa malas lak nak tengok dari satu filem ke satu filem.

Minggu depan cuti sekolah seminggu....



Komen setelah baca Blog Serius.

Rabu, Februari 08, 2012

Harga minyak


Baru dari balik jalan-jalan blog. Masa singgah blog AzamRashid, terpandang kepada widget harga minyak yang di pasang. Harga setong minyak masih di bawah USD100. Malah petang semalam di berita TV pun ada menyatakan begitu. Untuk enam (6) bulan yang lalu harga minyak kekal dibawah USD100 setong.

Dan waktu ini jugalah aku teringat harga petrol di Malaysia. Kalau tak silap September tahun lepas masih kekal RM 2.10 seliter. Itupu kerajaan terpaksa naikkan harga petrol sebab harga minyak dunia meningkat, di anggar lebih USD 170 setong. Berbeza dengan harga minyak di Austria ini, harga petrol sekitar Euro 1.30 - 1.80 seliter. Kalau di convert memang terlalu mahal... dekat RM 4 seliter! Jadi rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur! Kerjaan berjiwa rakyat memberi subsidi minyak. Apa yang rakyat lupa ialah gaji lepasan sekolah (diploma) sini sekitar Euro 2 ribu. Berapa agaknya gaji pemegang diploma di Malaysia? Mungkin hampir RM 8 ribu.

Dan aku percaya sekarang, harga petrol masih belum di semak.

Testing

Blogpress di iphone tak boleh nak submit. Tiada sambungan, ni yang leceh bila dah taip banyak-banyak lepas tu tak boleh nak post. Dah masuk 3 hari macam tu. Try guna blogpress di ipad dan tengok ada atau tak keluar. Mungkin sebab ada post gambar kot. - Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bruckhaufner Hauptstra├če,Vienna,Austria

Ahad, Februari 05, 2012

Kekayaan

Apa yang kita tahu ialah manusia terkaya di dunia ialah Carlos Slim dari Mexico selepas En Bill Gates dan Warren Buffet mengeluarkan sebahagian harta-harta mereka kepada kebajikan. Sila semak Forbes untuk cerita selanjutnya.

Bagaimana dengan kerajaan / negara? Kerajaan mana yang terkaya di dunia? US? Eropah (tidak selepas semua hutang dan muflis)....

Amerika memang nampak macam kaya dan mempunyai kuasa ekonomi terbesar. Tetapi percayalah, US tidaklah kaya mana dengan hutang yang di tanggung sebanyak USD14.5 trilion! Bagaimana dengan UK? Gaji-gaji pekerjanya yang mewah, bayaran-bayaran pemain bola sepak yang berjuta-juta... Kerajaan UK juga mempunyai hutang tertanggung sebanyak USD9 trilion.

Selepas krisis kewangan 2008-2009, kerajaan terkaya dunia adalah:
  1. People Republic of China
    National reserves: $2,454,300,000,000
  2. Japan
    National reserves: $1,019,000,000,000
  3. Russia
    National reserves: $458,020,000,000
  4. Saudi Arabia
    National reserves: $395,467,000,000
  5. Taiwan (ROC)
    National reserves: $362,380,000,000
  6. India
    National reserves: $279,422,000,000
  7. South Korea
    National reserves: $274,220,000,000
  8. Switzerland
    National reserves: $262,000,000,000
  9. Hong Kong, China
    National reserves: $256,000,000,000
  10. Brazil
    National reserves: $255,000,000,000

    Dan bakinya di dalam Billion USD:

  11. Singapore / 203,436
  12. Germany / 189,100
  13. Thailand / 150,000
  14. Algeria / 149,000
  15. France / 140,848
  16. Italy / 133,104
  17. United States / 124,176
  18. Mexico / 100,096
  19. Iran / 96,560
  20. Malaysia / 96,100
  21. Poland / 85,232
  22. Libya / 79,000
  23. Denmark / 76,315
  24. Turkey / 71,859
  25. Indonesia / 69,730
  26. United Kingdom / 69,091
  27. Israel / 62,490
  28. Canada / 57,392
  29. Norway / 49,223
  30. Iraq / 48,779
  31. Argentina / 48,778
  32. Philippines / 47,650
  33. Sweden / 46,631
  34. United Arab Emirates / 45,000
  35. Hungary / 44,591
  36. Romania / 44,056
  37. Nigeria / 40,480
  38. Czech Republic / 40,151
  39. Australia / 39,454
  40. Lebanon / 38,600
  41. Netherlands / 38,372
  42. South Africa / 38,283
  43. Peru / 37,108
  44. Egypt / 35,223
  45. Venezuela / 31,925
  46. Ukraine / 28,837
  47. Spain / 28,195
  48. Colombia / 25,141
  49. Chile / 24,921
  50. Belgium / 24,130
Top 20... Malaysia. Cuma untuk beberapa tahun ini kerajaan telah terlebih belanja lebih USD15 billion. Kalau di teruskan lagi, Malaysia cuma tinggal 7 tahun ini terus beroperasi. Lain pula di Singapura, bagi menyelamatkan diri dari krisis kewangan dunia. Singapura telah terlebih belanja sebanyak USD 3 billion dan boleh terus terlebih belanja untuk 68 tahun akan datang.

Secara umumnya, sesebuah kerajaan boleh membuat pinjaman sehingga 100% KDNK. Dan bagi sesebuah negara yang mempunyai kekuatan industri yang besar, ia boleh pinjam sehingga 200% KDNK. Dan tidak akan di isytihar muflis sehingga pinjaman melebihi 250% KDNK. Hutang Greece hanya 113.4% KDNK dan dianggap bahaya kerana Greece bukanlah negara industri. Tetapi Singapura dan Jepun masing-masing mempunyai hutang sebanyak  113.1% dan 189.3% KDNK, dan tidak dianggap bahaya sehinggalah mencecah 200%. Dan hutang Malaysia setakat ini hanyalah 53.7% KDNK sahaja. Amerika pula berhutang sebanyak 62% KDNKnya sahaja. (Jauh lagi nak muflis)

Negara tanpa hutang langsung adalah Brunei, Liechtenstein , Palau , Nieu, dan Macau ( China ).

Aku share pasal baru kira-kira berapa nilai diri aku.... hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...